DAP AKAN TETAP LETAK CALON DI PARLIMEN MAS GADING KETEPIKAN PKR




Biarpun PKR Sarawak telah mengumumkan bahawa calon parti itu akan bertanding di Parlimen Mas Gading pada PRU-13 namun sekutunya DAP membantah sekeras-kerasnya.

Naib Presiden PKR Pusat, Datuk John Tenewi sebelum ini menegaskan bahawa PKR akan meletakkan calonnya di Parlimen Mas Gading atas kapisiti majoriti Bumiputera dan PKR telah lama bertapak di situ.

Bagaimanapun, Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen menegaskan kenyataan Tenewi tidak menggambarkan pandangan sebenar pemimpin akar umbi PKR di Mas Gading.

Ekoran itu, DAP akan tetap mencalonkan calon mereka Mordi Bimol di Parlimen Mas Gading tanpa sebarang rundingan.


NAIB PRESIDEN PKR JOHN TENEWI KATA DAP TIDAK LAYAK BERTANDING DI PARLIMEN MAS GADING

Isu pertindihan kawasan Parlimen yang akan ditandingi Pakatan Pembangkang di Sarawak masih belum ada kata putus. Ini berasaskan kenyataan akhbar terbaru Naib Presiden PKR Datuk John Tenewi bahawa PKR lebih layak meletakkan calon bertanding pada PRU-13 di Parlimen Mas Gading berbanding DAP bersandarkan dua faktor.

Kenyataan itu memungkinkan PKR tidak akan semudahnya memberikan Parlimen Mas Gading kepada DAP dalam PRU-13. Ini sekaligus membuatkan calon DAP di Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding apatah lagi menjadi Ahli Parlimen kelak.

Jelas John Tenewi lagi antara dua faktor yang melayakkan PKR lebih layak bertanding di kawasan Parlimen Mas Gading ialah ianya merupakan kawasan majoriti Bidayuh dan PKR mempunyai sokongan kuat daripada kaum itu.

Juga, PKR mempunyai lebih besar peluang untuk menang berbanding DAP memandangkan 75 peratus pengundi terdiri daripada kaum Bidayuh.

DAP sengaja mencari calon Bidayuh bagi mewakili mereka sedangkan walaupun menyedari PKR telah lama bertapak di Mas Gading, disebabkan itu mereka lebih stabil kedudukannya.

PKR telah wujud di Mas Gading sejak 2008 dan beroperasi penuh dengan adanya pusat khidmat parti itu di Bau untuk membantu rakyat. Manakala, DAP hanya wujud menjelang PRU-13 dengan meletakkan Mordi Bimol sebagai calonnya dan mula ‘bekerja’ hanya untuk pilihan raya.

Adalah lebih baik sebagai sebuah pakatan, calon DAP Mordi Bimol membantu calon PKR di Parlimen Mas Gading dalam usaha merampas kerusi itu daripada BN-SPDP.

Dan, jika pertindihan kerusi ini masih berlarutan adalah tidak mustahil kita akan menyaksikan saingan 3 penjuru yang membabitkan calon BN, PKR dan DAP, juga berkemungkinan 4 hingga 5 penjuru jika calon Bebas turut serta.

Inilah Pakatan Pembangkang yang tidak sepakat dalam banyak hal dan salah satunya dalam hal pengagihan kerusi. ini disebabkan kedua-dua PKR dan DAP masing-masing mahu calon mereka layak dan lebih ramai antara satu sama lain termasuklah PKR dan PAS di beberapa kawasan majoriti Melayu.


Ini baru satu kerusi Parlimen dan dikhabarkan ada beberapa kerusi Parlimen lagi yang menjadi rebutan PKR dan DAP selain PKR dan PAS di kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 24, 2013 at 3:36 PM

Kaum bidayuh sudah matang memilih antara kaca dan batu permata. Lets voters be the judges hingga ada calon hilang wang cengkeram. Nice to see....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger