BR1M 3.0 DAN 4.0 AKAN DITERUSKAN JIKA KERAJAAN BN TERUS DIBERIKAN KEPERCAYAAN UNTUK MEMERINTAH PADA PRU-13



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan jaminan bahawa BR1m 3.0 dan BR1M 4.0 akan diteruskan kepada rakyat Malaysia sekiranya rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan BN untuk memerintah Malaysia selepas PRU-13.

Najib ketika berucap pada sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, menegaskan BR1M tidak akan dihentikan malah pemberin BR1M 2.0 akan disusuli dengan BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 pada tahun-tahun mendatang.

Menurut Najib Razak, ia (BR1M) diteruskan kerana seperti 139 produk 1Malaysia lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat hasil pertumbuhan ekonomi yang tinggi.


“Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti dahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

“ Sebab itu, kita buat BR1M dan kini BR1M 2.0 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan apa yang kita lakukan dalam tempoh empat tahun, the best is yet to come (yang terbaik akan menyusul).

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Janji Ditepati...
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 13, 2013 at 2:49 PM

WE LOVE BN !!!

The only goverment in this world that really cares to it's people.


gen2felda

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger