BARU BIAN CUBA ‘SEMBUNYI’ MASALAH BESAR PKR CABANG SARATOK



Sambil menafikan keterlibatan 65 orang ahli-ahli PKR Cabang Saratok keluar parti dan sertai SPDP-BN, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menegaskan isu itu hanya diperbesarkan pihak-pihak tertentu menjelang PRU-13.

Dengan nada risau, Baru Bian menafikan sekeras-kerasnya kumpulan yang mengisytiharkan keluar PKR dan sertai SPDP-BN itu adalah ahli-ahli PKR yang sah. Menurut Baru Bian lagi mereka yang keluar PKR itu tidak pernah berdaftar sebagai ahli PKR Cawangan Kabong atau Saratok.

Jawapan Baru Bian itu sama sekali menafikan hak kumpulan itu yang mengatakan mereka merupakan ahli PKR yang sah dan pernah membantu calon PKR pada PRN Sarawak ke-10 lepas.

Bekas Pengerusi PKR Cabang Kabong, Ismail Hussain, 65, yang turut mewakili kumpulan berkenaan bahawa mereka nekad meninggalkan PKR ekoran tindakan pemimpin PKR yang langsung tidak menghiraukan kebajikan mereka malah seringkali memburukkan pemimpin BN walaupun mereka bekerja untuk rakyat.

Menurut Ismail lagi, dirinya telah dipilih rakyat di kawasan Kabong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk menjadi pemimpin PKR di Kabong.

Untuk melindungi daripada kejadian yang sebenar, Baru Bian menjelaskan PKR Cabang Kabong dan Saratok telah mencatatkan jumlah penyertaan ahli baharu yang tinggi dengan merujuk keahlian terbaru PKR yang dicatatkan pada Januari 2013 sebanyak 100 orang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger