ANWAR IBRAHIM REDHA JIKA TIDAK DIPILIH SEBAGAI PERDANA MENTERI



Jika BN telah dan bersetuju bahawa jika rakyat memberikan mandat sekali lagi kepada BN untuk memerintah Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang maka Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipilih sebagai Perdana Menteri tanpa rasa prejudis walaupun sebelum ini cuba diputarbelitkan kepimpinan Pakatan Pembangkang.

Bagaimanapun, kepimpinan Pakatan Pembangkang sama ada DAP, PKR mahupun PAS masih belum memutuskan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan tida bersedia mengumumkannya dalam masa terdekat. Ini secara jelas bahawa kepimpinan Pakatan Pembangkang masih belum bersedia menghadapi PRU-13.

Bagi empunya badan dan selaku Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak menjadi masalah besar kerana kini sudah dirahsiakan. Namun, apakah ini benar dan hanya semata-mata jawapan jalan selamat daripada kepimpinan Pakatan Pembangkang kepada rakyat?

Isu siapa calon perdana menteri tidak menjadi masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Begitupun, bagi pemimpin DAP mereka ini tidak berselindung dalam memilih calon dan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Semasa pembentangan manifesto Pakatan Pembangkang di Pusat Konvensyen Shah Alam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Anwar Ibrahim adalah calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU13.

Seolah-olah takut berhadapan dengan kenyataan bahawa dirinya bukan calon utama untuk menjadi Perdana Menteri di kalangan pemimpin dan ahli PAS, Anwar Ibrahim mengambil kesempatan untuk mendiamkan diri biarpun jawatan itu sangat digemari dan dicita-citakannya sejak memangku jawatan itu pada tahun 1997 semasa berada dalam BN.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger