ADUN DAP SELANGOR AKAN SERTAI BN?



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mendedahkan yang seorang pemimpin DAP Selangor telah menyatakan hasrat menyertai BN dalam masa terdekat ini.

ADUN yang mewakili BN itu mendakwa, hasrat tersebut disampaikan oleh pemimpin itu kepada beliau melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya minggu lalu.

Abdul Rahman bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin DAP itu sebaliknya meminta wartawan menunggu 'berita baik' yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Pemimpin itu menyatakan hasrat menyertai BN kerana tidak berpuas hati dengan masalah dalaman yang menimpa DAP selain masalah dalaman pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

"Jadi kita tunggu sahajalah berita baiknya tidak lama lagi," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hua di sini petang ini.

Sumber: Utusan Malaysia
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger