Masihkah anda ingat ‘Ustaz’ PKR Selangor, Badrol Amin Baharom yang pernah
ditangkap khalwat bersama Zati Iwani di sebuah hotel mewah di Kuantan, Pahang
pada Februari 2012 difahamkan telah menceraikan isteri keduanya yang dikenali
sebagai Inafiona pada 13 Januari 2013 jam 9:00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah
Hulu Langat, Kajang.
Menurut SMS yang diterima punca Badrol Amin Baharom menceraikan isteri
keduanya itu hanya kerana keengganan Inafiona menemani Badrol Amin ketika
pemimpin PKR itu masih dalam siasatan kes khalwatnya.
Kepopularan Badrol Amin mula mendapat perhatian rakyat apabila sangup
memberikan kaunseling secara percuma di sebuah hotel di Kuantan pada jam 3.00
pagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia sedang tidur dan dibuai mimpi tatkala
Badrol Amin memberikan kaunseling. Lebih dingin lagi apabila kaunseling itu
diadakan secara berdua-duaan tanpa ditemani orang ketiga.
Lebih mengejutkan Badrol Amin, serbuan JAIP itu turut ditemani suami kepada
wanita yang bersamanya, Zati Iwani.
Bagi mengelak dirinya disiasat lebih lanjut dan cuba melepaskan dirinya,
Badrol Amin menyatakan dirinya telah ditampar dan diterajang. Lebih mengejutkan
juga hasil siasatan ke atas fizikal Badrol Amin, tiada sebarang kesan-kesan
lebam dan luka.
Penceraian isteri kedua Badrol Amin sekaligus membolehkan beliau ‘berkahwin’
dengan wanita yang ditangkap khalwat bersamanya. Ketika ini kes khalwat Badrol
Amin dan Zati Iwani masih berjalan dan dikatakan cuba dipengaruhi politik.







ostat setan botak terkutuk yg direjam.
BalasPadamKisah saya diceraikan oleh Ust Dr Badrulamin, saya redho dgn apa yg berlaku . Semoga ada HikmahNya. Zati merupakan kawan kpd Zumrah, isteri prtama. Doakan mereka gembira dan bahagia dunia akhirat. Jangan menuding jari trhadap sesiapa, ini adalah ketentuan Allah. Salam .
BalasPadam