TIKAM PBB-BN DARI BELAKANG SIAPA PUNYA ANGKARA?



Tiada angin tiada ribut kenapa bloggers Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak dikatakan memfitnah pemimpin PBB-BN? Apakah tujuan dan kemahuan yang menyebabkan UMB BN Sarawak menjadikan pemimpin BN sebagai bahan fitnah mereka? Ini persoalan yang diutarakan blogger Bujang Senang BN di dalam blognya  http://bujangsenangbn.blogspot.com/2013/01/fitnah-demi-fitnah-demi-menjatuhkan.html.

Dalam blog Bujang Senang BN yang disiarkan pada 2 Januari 2013 seperti di bawah:

Pelbagai cara dan artikel oleh audie61 menjatuhkan BN/PBB...
Tapi apa yang nyata disebalik spin yang dimainkan beliau sikit pun tidak memberi impak kepada BN/PBB Sarawak...malahan  ia cuma konspirasi "audi61" semata-mata...

Berdasarkan artikel di atas jelas nama Timbalan Pengerusi UMB BN Sarawak Audie Chua yang empunya blog audie61.wordpress.com telah dikaitkan dengan fitnah ke atas PBB-BN. Difahamkan artikel yang disiarkan Audie61 itu banyak mengaitkan nama Menteri Kanan Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah.

Menurut blogger Bujang Senang BN, tindakan dan artikel yang dihasilkan Audie61 itu berkenaan Awang Tengah langsung tidak memberi kesan kepada PBB dan BN Sarawak. Malah Bujang Senang BN menyatakan itu adalah konspirasi Audie61 semata-mata.

Persoalan kini, apakah konspirasi yang diperkatakan Bujang Senang BN? Apakah tujuan sebenar Audie61 mahu menikam PBB?

Melihat blog audie61 beliau merupakan Ketua Pemuda SPDP yang merupakan parti komponen BN Sarawak. Kenapa Audie61 mahu menikam PBB yang juga parti terbesar dalam BN Sarawak? Hanya Audie61 yang tahu jawapannya..


Di sebalik itu, komen yang diberikan ke atas artikel FITNAH DEMI FITNAH DEMI MENJATUHKAN BN/PBB yang dihasilkan Bujang Senang BN, ramai yang memberi komen negatif ke atas UMB Sarawak. Malah mereka tanpa segan silu juga mengaitkan nama Pengerusi UMB Sarawak, Abdul Aziz Tan Sri Adenan dalam skandal terbaru lagi sensasi ini.

Juga nama Raden Haji Kaderi dan Pandi Suhaili juga turut dikaitkan bersama. Suatu ketika mereka ini (Raden + Aziz + Pandi = RAP) sangat terkenal menjelang PRN Sarawak Ke-10 pada awal 2011.

Apakah ‘kemelut lama’ UMB BN Sarawak yang suatu ketika menjadi perhatian kini berulang kembali? Sewajarnya UMB BN Sarawak menjadi tunjang kepada ‘kepimpinan’ alam maya di Sarawak, tetapi hakikatnya sebaliknya.

Bagaimanapun, alhamdulillah Bloggers Anak Sarawak™ tidak terlibat dalam konspirasi ini. Ini kerana Bloggers Anak Sarawak™ berjuang atas nama sendiri tanpa dibiayai mana-mana pihak yang boleh meragut perjuangan asal memahat majoriti 2/3 BN dalam PRU-13 akan datang ini. 
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

January 3, 2013 at 12:37 AM

hebat betul 'wayang' sempena menyambut tahun baru 2013.
idooopp blogger..

Anonymous
January 3, 2013 at 1:47 AM

Saudara kat sana tak perlu risau kerana sesiapa juga ahli bn atau pbb d sarawak tak sehaluan dng pemimpin meraka akan terus d jauhi dpinggirkan lbh2 lagi aziz audei yng d harapkan dpt menangkis segala fitnah oleh pihak lawan pembangkang terhadap bn tetapi meraka sebaliknya mengfitnah pemimpin 2 Bn/Pbb serta anak muda pbb gelombang biru tujuan kemunkinan besar mereka berdua mahu menghancurkan/melemahkan. sokongan penyokong setia bn/pbb terhadap BN d PRU 13 itu dlm permahatian kami

Anonymous
January 3, 2013 at 2:48 AM

Dia orang dua ini (Aziz adenan Audei Chua )umb bn sarawak kah yang mengherankan kami mengapa tikam pemimpin pbb/bn dari belakang bapa aziz (Tan sri Adenan)seorang pemimpin yang paling kanan di dalam Pbb amat disegani oleh banyak pihak termasuk pihak pembangkang sarawak Pru ke 13 semakin hampir sepatutnya umb bn sarawak terus memberi info info yang bersemanget kepada penyokong2 Bn sarawak bukan utk mengfitnah dan menghancurkan perpaduan sesama Bn

January 3, 2013 at 6:31 AM

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya, semuanya ini wayang Bro, kita dok sandar belakang banggar wayang, mun mok ber"perang" padah, we are prepared and always ready..kekeke!!

Anonymous
January 3, 2013 at 2:13 PM

Yes bro kita sama sama perang musang berbulu syam dulu bersihkan dalaman BN separti kat sarawak sekarang blogr bujang senang bn dan pemuda pemuda pbb/bn gelombang biru perang hbs hbsan menghancurkan audei61dan aziz adenan mereka berduanya dng cerita telah mengfitnah pemimpin2 kanan pbb dan pemuda2pbb gelombang biru kami dpt info pemuda pbb ini telah lama bergerak k akarumbi menantang pembangkang meraka berkerja sukarela datas belanja (wang poket sendiri)utk mengmastikan BN terus berkuasa dan menubukan kerajaan buat selama lama nya Tahniah saya ucapkan bro bukan mudah hdk turun padang dpendalaman sarawak berkempen saya memang tabielah dng bro bro kita kay sarawak ini hidup BN 1MALAYSIA

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger