SARAWAK REPORT BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENYEBARAN FITNAH DAN BERITA PALSU NAJIB RAZAK



Sehingga artikel ini ditulis dan disiarkan, portal Pakatan Pembangkang Sarawak Report masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan berita yang disiarkannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengalami penyakit strok ringan pada 5 Januari 2013.

Apakah Sarawak Report pengecut kerana hanya pandai mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak pandai untuk menafikannya jika benar itu bukan artikel Sarawak Report? Inilah konspirasi tertinggi terkini Pakatan Pembangkang dalam menjatuhkan Najib Razak dan BN.

Semalam, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah telah membuat laporan polis kepada SPRM untuk disiasat. Diberitakan JMM mempunyai beberapa bukti kukuh yang boleh mengheret penulis Sarawak Report itu untuk diadili dengan seadil-adilnya.

“Blog ini kami percaya telah dibayar oleh beberapa kalangan individu yang mempunyai kepentingan politik, yang berniat jahat untuk membuat fitnah terhadap Perdana Menteri dengan cuba merosakkan nama beliau, dan mencetuskan satu gerakan menghancurkan ekonomi negara.

Azwanddin tidak menolak kemungkinan besar mereka (Sarawak Report) dari kalangan pemimpin politik. Biar SPRM buat siasatan dulu. Tetapi bukti yang ada sangat kukuh untuk mendakwa mereka.

Bagi meredakan ketegangan rakyat terhadap berita palsu itu, Perdana Menteri menafikan dakwaan Sarawak Report kononnya beliau diserang strok ringan dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan khabar angin. Ini adalah taktik khianat yang dilakukan unruk mengelirukan rakyat. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 10, 2013 at 5:17 PM

Mudah2an serangan angin ahmar secara ghaib berbalik kpd si-pemfitnah...Amin.

Anonymous
January 17, 2013 at 7:19 PM

Ape la penulis blog ni buat dahyah murahan macam ni...... cari la topik yg lagi bagus dari buat cerita bohong lagi membohongkan ni.... tolong yer penulis blog Sarawak Repor jangan la buat cite karut marut ni lagi, x suka la pakcik cam ni... :)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger