RAKYAT SELANGOR AKAN TERUS BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG?



Semenjak mengambilalih Negeri Selangor selepas PRU 2008, Pakatan Pembangkang yang diterajui PKR, PAS dan DAP ‘berjanji’ akan mengotakan segala macam janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Pembangkang Selangor.

Menerusi calon Menteri Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim setelah dipilih Anwar Ibrahim dan diperkenankan Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, ketiga-tiga parti itu bertekad untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat malah lebih baik daripada apa yang pernah diberikan oleh Kerajaan BN dahulu.

Baru sahaja pengambilalihan Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Pembangkang sudah menampakkan belangnya apabila beberapa pegawai tinggi Kerajaan Selangor ketika itu penyokong BN telah ditukarkan segera walaupun sebelum itu berjanji bahawa mereka yang bekerja dengan Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu risau akan masa depan mereka.

Isu ini sudah meleret kepada pelbagai isu lain seperti campur tangan Pembantu Khas Menteri Besar, Faekah terhadap pemberian tender kepada anak buahnya, isu pasir yang melibatkan beberapa ADUN dari PKR, isu ADUN PKR Selangor ditangkap berkhalwat di Pahang, isu gambar bogel Elizabeth Wong, isu air bersih yang kini ditahap membimbangkan, isu Ibu Tunggal di Selangor yang tidak ditunaikan janji seperti mana dalam manifesto PRU 2008, isu sampah yang tidak dikutip mengikut jadual, isu pembelian lori sampah dengan tender diberikan kapada anak Anwar Ibrahim, isu Padang Permainan PKNS, isu eset PKNS dijual dan 1001 macam isu yang ternyata menganiayai rakyat Selangor.

Walaupun dilanda dengan 1001 macam isu yang ternyata menganiayai rakyat Selangor dan sekaligus memberikan gambaran buruk kepada pemerintahan Pakatan Pembangkang di Selangor, namun Menteri Besarnya Khalid Ibrahim sedikitpun tidak gusar bahkan yakin Selangor akan terus kembali diperintah Pakatan Pembangkang.

Segala isu-isu yang pernah dan sedang berlaku kini di Selangor dikatakan ciptaan BN dan UMNO bagi menumbangkan Kerajaan Pakatan Pembangkang yang dipilih rakyat. Dan, kerajaan ini juga akan ditumbangkan rakyat dalam PRU-13 akan datang ini.

Menurut Khalid Ibrahim, sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Pembangkang yang beliau terajui sejak Mac 2008.

“Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.

“... graf penerimaan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang lebih tinggi daripada BN.

“Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha UMNO Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi UMNO Selangor) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus. Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus,” katanya Khalid Ibrahim lagi.

Sememangnya itu yang diperkatakan Khalid Ibahim di hadapan penyokongnya ketka memberikan motivasi kepada jentera pilihan raya PKR Selangor walaupun pada hakikatnya rakyat Selangor sudah mula sedar siapakah kerajaan yang benar-benar membantu rakyat.  


KESEDARAN BAHARU RAKYAT SELANGOR UNTUK KEMBALI SOKONG BN

SABAK BERNAM 26 Jan. - Kesedaran baharu telah wujud dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat banyak masalah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada setiap peringkat dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pihaknya mendapati sokongan rakyat kepada BN semakin baik

''Ini adalah lawatan kerja yang biasa saya buat dan saya akan teruskan untuk meninjau keadaan yang ada di Selangor dan berjumpa dengan ramai rakyat dan warga Selangor.

''Pada keseluruhannya, daripada laporan yang saya terima, nampaknya sokongan rakyat kepada BN adalah baik, kita sudah tahu laporan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama kira-kira satu jam bersama para pemimpin UMNO Bahagian Sungai Besar dan UMNO Bahagian Sabak Bernam di sini.

Pertemuan tersebut diadakan dalam rangka kunjungan mesra Timbalan Perdana Menteri bersama rakyat daerah ini hari ini.

Muhyiddin ketika melahirkan keyakinan BN dapat menebus kembali kekalahan BN pada pilihan raya umum 2008 di negeri ini, bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu terlebih jangka tentang sokongan rakyat terhadap parti itu.

Beliau berkata, usaha untuk mengembalikan sokongan rakyat merupakan suatu perkara yang mencabar.

''Kita tahu mereka (rakyat) berhadapan dengan masalah, banyak perkara yang tidak dapat disempurnakan di peringkat negeri.

''Terdapat isu-isu tertentu yang tidak mahu ditangani oleh kerajaan negeri, jadi saya percaya dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Selangor lebih faham dan lebih sedar," katanya.

Tambah beliau, kesedaran itu bukan disebabkan kerana BN mempolitikkan isu tetapi banyak perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tidak mengambil kira perkara yang patut dilaksanakan.

''Saya yakin rakyat mulai sedar tentang siapa kerajaan pembangkang yang ada pada hari ini di negeri Selangor

''Di Selangor masalah air menjadi isu utama apabila Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dapat dilaksanakan.

''Kita sudah menyatakan isu air menjadi isu utama di Selangor, perkara yang tidak boleh diabaikan. Pendirian Kerajaan Pusat adalah jelas sejak dulu dan sehingga kini, kita telah melakukan segala usaha untuk membina loji rawatan tersebut," katanya.

Kepada soalan mengenai isu kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meminta Bible versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dibakar, Muhyiddin berkata, pihaknya fikir Ibrahim telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

''Pihak polis sudah tahu apa yang patut dibuat, yang penting jangan diperbesarkan. Yang penting sesiapa sahaja yang hendak membuat kenyataan mesti mengambil kira sensitiviti agama dan kaum, tidak kira Ibrahim Ali atau sesiapa sahaja," katanya.


Rakyat Selangor kini sudah bersedia untuk memberikan mandat kepada Kerajaan BN bagi mengubah nasib mereka yang kini sudah semakin teruk akibat kelemahan pentadbiran Kerajaan Pakatan Pembangkang yang hanya mementingkan politik mereka berbanding kebajika rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger