PKR SARAWAK NASIHATKAN ANAK MEREKA JANGAN BAYAR HUTANG PTPTN



Adat orang berhutang atau meminjam, kenalah bayar balik hutang tersebut. Jika tidak di alam kubur Allah s.w.t akan tuntut hutang tersebut jika tidak dibayar. Bagi peminjam PTPTN, khususnya pelajar wajarlah membayar hutang itu kembali demi memastikan saudara kita dan adik-adik kita yang akan menyambung pelajaran akan dapat menikmati kemudahan yang pernah diterima dahulu.

Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memberikan kemudahan untuk membayar balik PTPTN tanpa sebarang bebanan. Ramai yang mengambil kesempatan atas keprihatinan kerajaan dan sewajarnya pelajar dan bekas pelajar mengambil peluang ini untuk melangsaikan hutang PTPTN.

Atas nama ‘pendidikan percuma’ yang diketengahkan PKR dan Pakataan Pembangkang, bekas calon PKR di DUN Simunjan, Dr. Mashor Hussen tanpa rasa malu dan segan telah mengarahkan dan menasihatkan kepada anaknya supaya JANGAN membayar hutang PTPTN. Apa jenis bapa macam ini yang mengajar anaknya untuk tidak membayar hutang?

Dr. Mashor Hussen berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Ceramah Merdeka Rakyat yang diadakan di Desa Ilmu, Samarahan malam tadi. Selain Dr. Ramlan turut sama berucap Ketua Cabang PKR Samarahan, Nazib Ahmad, Zuraida Kamarudin dan Anwar Ibrahim.

Inilah perangai dan tabiat PKR yang mengajar anaknya untuk tidak membayar hutang PTPTN balik. Secara langsung, ilmu yang diperolehinya itu tidak berkat dan boleh dikatakan ‘haram’. Jika sudah memerintah kelak, pastinya PKR dan Pakatan Pembangkang akan memaksa rakyat membayar balik segala kemudahan yang telah digunapakai bagi menampung perbelanjaan yang telah dikeluarkan mereka. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

January 7, 2013 at 2:26 PM

iBOH SEKOLAH MUN SIK MAUK BAYAR HUTANG

Anonymous
January 7, 2013 at 2:43 PM

Aku da lama keja di sarawak..org swk tetap bayar hutang bila bhutang....cuba kau pinjam duit kat mangkoko ni lepas tu kau tak bayar meka upah gangster cari kau..atau kau di bawah ke mahkamah..berak..UNISEL selangor pun tak Free semua berbayar..taik lah PKR..PAS pun sama KUIN d kedah pun berbayar tak ada free

Anonymous
January 7, 2013 at 5:45 PM

Kalau hendak menjadi pembangkang hebat yang dihormati carilah kekurangan kelemahan kelonggaran yang terdapat dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini. Analisa satu persatu, kemukakan kepada rakyat apa yang patut harus dan bisa diperbaiki diperbaharui direfomasi sekiranya barisan pembangkang mampu (jauh Pak Awi, kata orang Sarawak) mengambil alih putra jaya, bukannya main hentam kromong macam yang dilakukan oleh politikus tukang-tukang jual ubat dikakilima hari ini. Isu-isu BR1M, royality minyak, hasutan kepada rakyat supaya membenci pembangunan itu lapuk dan sudah lama ditolak rakyat Sarawak. Tidak perlulah saya bimbing, melalui political education (bidang kesarjanaan saya) macam mana hendak bercakap dengan orang Sarawak. Dalam realiti, Sarawak tidak perlu kepada apa yang PKR bawa dari Malaya kerana apa yang Kerajaan BN negeri dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan persembahkan kepada rakyat melebihi dari keperluan mereka. Bagaimanapun, sebagai seorang lulusan sarjana politik (dua puluh tahun yang lalu) usaha pembangkang mencari kelemahan Kerajaan BN pimpinan sekarang samalah seperti mencari sebilah jarum dalam timbunan tepung!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger