PKR ATAU PAS AKAN BERTANDING DI PARLIMEN SAMARAHAN?



Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR Sarawak di Desa Ilmu dalam Parlimen Samarahan ‘mengesahkan’ PKR akan bertanding di kawasan itu. Menurut sumber-sumber yang dipercayai PKR akan meletakkan calonnya, Arip Ameran, Bendahari AMK Sarawak yang juga bekas calon PKR di DUN Asajaya semasa PRN Sarawak Ke-10 April 2011.

Arip Ameran terkenal dengan kewibawaannya dalam mengendalikan kes-kes berkaitan syariah di Sarawak yang menawarkan perkhidmatan secara ‘percuma’ mengikut kes-kes tertentu. Atas sebab itu, tidak hairanlah Pustakawan Pustaka Negeri Sarawak, Razak Rambli menjemputnya untuk memberikan ceramah di Pustaka Negeri Sarawak pada penghujung bulan November 2012.


Semalam, akhbar Utusan Borneo telah menyiarkan artikel bertajuk PAS yakin tawan dua kerusi dengan tag line “PAS yakin akan menang di kerusi Parlimen Sibuti dan Parlimen Kota Samarahan, bertanding sekurang-kurangnya tujuh kerusi”.

Seperti yang diketahui dan ini diakui sendiri Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian bahawa dan disahkan Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen bahawa Pakatan Pembangkang masih belum menyelesaikan perbincangan kawasan-kawasan yang akan ditandingi PKR, PAS dan DAP termasuklah beberapa kawasan yang mengalami pertindihan.

Jika benar PAS bertanding di Parlimen P.197 Samarahan maka Arip Ameran yang bercita-cita menjadi Yang Berhormat (YB) akan kempunan lagi pada PRU-13 ini. Sebab ini saja peluang untuk Arip Ameran membuktikan kemampuan untuk berkempen dalam PKR kerana selepas ini PKR akan berkubur akibat kekalahan teruk PRU-13 akan datang nanti.

Arip Ameran sangat disayangi rakyat di kawasan DUN Asajaya yang merupakan sebahagian daripada Parlimen P.197 Samarahan. Jadi wajarlah, PKR Sarawak memberikan Arip Ameran peluang untuk bertanding di Parlimen P.197 Samarahan bagi membuktikan kerelevannya dalam PKR dan politik Sarawak. Jika PAS berkeras mahukan kerusi Parlimen P.197 Samarahan maka Arip Ameran akan kempunan dan terus kempunan.

Dengan keyakinan yang ditunjukkan PAS dalam kenyataannya di dalam akhbar Utusan Borneo, maka PKR akan berasa kerugian dengan kejayaan penganjuran Ceramah Merdeka Rakyat pada malam Isnin lepas. Manakala, PAS harus berterima kasih kepada PKR kerana ‘membantu’ dalam mengubah pemikiran rakyat Samarahan untuk mengundi PAS walaupun kebanyakan pemimpin PKR yang berceramah pada malam tersebut.

Inilah taktik PAS yang menganggap PAS lebih baik daripada PKR walaupun kini Amanat Haji Hadi sedang diserang habis-habisan oleh bekas penyokong PAS sendiri. Seperti biasa Anwar Ibrahim akan terus menjelajah membawakan fahaman sonsang yang disalahtafsirkan dalam pengertian buku tulisan Yusuf al-Qardawi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 8, 2013 at 10:42 PM

angan angan mat jenin tak akan kesampaian, malah akan terus jatuh menjunam....ibarat sudah jatuh ditimpa tangga konkrit yg tajam lagi keras....kesian mat jenin yg kuat berangan dan ckp tak serupa bikin.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger