PEMECATAN NASHARUDIN MAT ISA ATAS NIAT KHIANAT



Apakah salah Nasharudin Mat Isa mengikuti lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza dalam melawat dan bertanya khabar kepada pemimpin dan penduduk Islam Gaza? Takkanlah Najib Razak nak membawa politik tempatan Malaysia UMNO-PAS ke Semenanjung Gaza? Nampak sangat pemikiran sempit pemimpin PAS termasuk Majlis Syura Ulama PAS.

Ramai yang berpendapat pemecatan Nasharaudin daripada Majlis Syura Ulama PAS kerana tindak tanduknya yang sering mengikuti rombongan Najib Razak melawat Mekah pada September tahun lalu dan terbaru melawat Semenanjung Gaza.

Tindakan PAS mempolitikan lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza disifatkan sebagai suatu yang terkebelakang. Sedangkan, Najib Razak datang ke Gaza dengan membawa imej rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Menurut Najib Razak, selama lawatan ke Gaza mahupun ke Mekah sebelum ini, tiada sebarang perbincangan mengenai UMNO-PAS terhadap Nasharudin sebaliknya lebih kepada perbincangan mengenai masa depan agama Islam dan umatnya di Malaysia.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, PAS perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik.

PAS tidak melihat kuman dan virus (DAP) di hadapannya yang secara terang cuba menghancurkan PAS dan Islam, sebaliknya melihat kuman dan virus (UMNO dan BN) jauh di seberang walaupun mempunyai niat suci mempertahankan Islam dan mensejahterakan rakyat.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger