PAS KINI TOLAK ANWAR IBRAHIM DAN PKR



Walau apa pun ugutan dan desakan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam isu Kalimah Allah, Majlis Syura PAS bertegas dengan keputusan masyuarat yang TIDAK membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib percaya pemimpin PAS tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Bukan saja tidak terikut-ikut, tetapi tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam

"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa Pakatan Pembangkang kekal dengan pendirian membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Pendirian itu jelas bercanggah dengan PAS yang sebelum ini menerusi Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din mengingatkan orang Islam bahawa tindakan merendahkan kalimah Allah digunakan untuk agama-agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kufur.

Beliau berkata, kalimah suci tersebut tidak sesekali boleh dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain kerana akan mencemarkan kesucian Islam dan satu undang-undang perlu diwujudkan bagi melindungi kalimah Allah.

Tegas beliau, umat Islam wajib mempertahankan kalimah Allah meskipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Ditanya adakah kenyataan Anwar Ibrahim itu akan memberi impak kepada pakatan pembangkang khususnya kepada PAS, Harun menjelaskan, beliau yakin PAS tidak akan berhadapan masalah.

"Tidak ada masalah, malah dia (Anwar) orang PKR, dia bukan orang PAS. Kalau dia tak sokong kalimah Allah hanya untuk orang Islam, suka hati dialah.

Beliau turut mengulangi kenyataannya, kerjasama PAS bersama PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang adalah untuk kepentingan politik semata-mata, lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger