PARLIMEN MAS GADING: PKR DAN DAP TIDAK SEHALUAN



PKR Sarawak bertegas akan meletakkan calon mereka untuk bertanding di Parlimen Mas Gading yang sebelum ini direbut DAP. Selain Mas Gading, Parlimen Serian juga menjadi pilihan DAP memandangkan selama ini DAP kerap kali mengadakan program dan aktiviti dengan membawa turun Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.

Parlimen lain yang menjadi idaman PKR Sarawak ialah Parlimen Mambong yang dijangka akan menentang Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit. Terdahulu, PKR Sarawak sebelum ini akan mencalon Peter Ato namun tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia akibat kejadian helikopter terhempas di Sebuyau. Dan, kini Willie Mongin menjadi pilihan PKR di Palimen Mambong.

Walaupun PKR Sarawak bertegas mereka akan bertanding di Parlimen Serian dan Mas Gading, namun bagi calon DAP di Mas Gading yang juga Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching kenyataan Naib Presiden PKR itu keterlaluan.

Menurut Mordi Bimol, keputusan parti mana yang akan bertanding di Parlimen Mas Gading masih belum diputuskan lagi. Kenyataan John Tenewi suatu pengkhianatan kepada ‘Pakatan’ Pembangkang di Sarawak.

Sewajarnya John Tenewi tidak perlu mengulas isu ini kerana masih belum mendapat kelulusan dan kata putus daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.

Bagi DAP, calon mereka Mordi Bimol adalah calon terbaik dan paling layak memandangkan momentum rakyat Bidayuh kini memihak kepada DAP. Ini kerana sehingga ke hari ini, calon DAP Mordi Bimol mendakwa telah melawat lebih 90 kampung di kawasan Parlimen Mas Gading dan beliau percaya masa tidak akan menyebelahi seseorang calon tersebut jika hendak berkempen hanya setelah namanya dicalonkan.

Justeru itu, PKR Sarawak tidak sewajarnya hanya melihat sambutan yang hangat kepada kehadiran Anwar Ibrahim tempoh hari. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 15, 2013 at 8:16 PM

Minta saja Guan Eng lantik Bimol jadi ahli CEC macam Brian anthony.Tak kan Iban saja kot.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger