PAKATAN PEMBANGKANG KELIRU: SIAPA PATUT LEBIH BANYAK KERUSI DI SARAWAK?



Akhbar Utusan Berneo Isnin lepas telah menyiarkan artikel bertajuk;

“PAS yakin tawan dua kerusi” dengan tag line PAS yakin akan menang di kerusi Parlimen Sibuti dan Parlimen Kota Samarahan, bertanding sekurang-kurangnya tujuh kerusi.


Kenyataan di atas diutarakan Ketua PAS Miri, Jofri Jaraiee yang dibuatnya di Miri bagi mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang menyatakan kononnya PAS hanya akan bertanding di dua kerusi sahaja.

Jofri dengan tegas mengatakan, PAS Sarawak akan bertanding di 10 kerusi Parlimen pada PRU-13 akan datang ini sebagaimana yang dipersetujui Pakatan Pembangkang.

Daripada jumlah 10 kerusi yang akan ditandingi, PAS hanya mengharapkan kemenangan di 2 kerusi, iaitu Parlimen Sibuti dan Samarahan.


Dalam akhbar yang sama juga Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen mensasarkan Pakatan Pembangkang akan memperoleh kejayaan dengan memenangi 10 kerusi Parlimen di Sarawak biarpun belum ada keputusan muktamad berkenaan pembahagian kerusi antara PKR, PAS dan DAP belum diputuskan Anwar Ibrahim.

Persoalan di sini, mengapakah Ketua PAS Miri dalam laporan akhbar itu PAS bertanding di 10 kerusi Parlimen adalah berdasarkan persetujuan Pakatan Pembangkang Sarawak?

Tegas Chong lagi, senarai akhir nama calon dan parti yang akan bertanding di satu-satu kerusi Parlimen hanya diketahui menjelang hari penamaan calon.

Seperti PAS, DAP telah mencongak jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka dalam PRU-13 akan datang. Daripada jumlah itu, DAP menurut Chong mengintai 10 hingga 15 kerusi Parlimen manakala PKR mensasarkan 12 hingga 15 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi PAS pula tidak dinyatakan sebaliknya mengharapkan PAS bersetuju dengan pembahagian kerusi antara Pakatan Pembangkang Sarawak.

Apa yang cuba dinyatakan Chong Chieng Jen di sini ialah pembahagian 10 kerusi Parlimen seperti yang dinyatakan Jofri Jaraiee yang akan ditandingi PAS itu adalah tidak tepat kerana tiada suatu keputusan muktamad daripada Anwar Ibrahim.

Dalam cadangan pembahagian kawasan yang akan ditandingi, sama ada DAP atau PKR akan mendominasi kerusi yang akan ditandingi dalam PRU-13 nanti dengan masing-masing mensasarkan sebanyak 15 kerusi Parlimen. Yang pasti PAS akan menjadi parti ketiga terakhir dalam Pakatan Pembangkang Sarawak dan berkemungkinan hanya mendapat 1 kerusi Parlimen jika kedua-dua DAP dan PKR memperolehi 15 kerusi yang akan ditandingi.

Seperti biasa, PKR tidak akan memperoleh jumlah kerusi yang sedikit berbanding DAP seperti yang berlaku dalam pembahagian di negeri-negeri lain walaupun mereka dalam satu Pakatan Pembangkang. Lihat saja PRN Sarawak Ke-10 lepas apabila PKR bertanding di lebih 35 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger