NIK AZIZ ENGGAN JUMPA ORANG ASLI KELANTAN PASAL TANAH ADAT



Jika selama ini Pakatan Pembangkang memainkan isu tanah adat yang dirampas kerajaan di Sarawak dan Sabah itu tidak semestinya tidak berlaku di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang. Selain Selangor dan Pulau Pinang, Kelantan yang ditadbir PAS selama 23 tahun juga tidak terlepas dalam isu tanah adat.

Sekumpulan Orang Asli telah datang untuk berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat bagi menyelesaikan masalah tanah adat mereka yang diceroboh Kerajaan Kelantan. Hasrat Orang Asli itu menemui kegagalan apabila Nik Aziz dipercayai tidak mahu berjumpa dengan Orang Asli itu sebaliknya mengarahkan wakilnya untuk menemui dan menerima memorendum itu bagi pihaknya.


Kenapa Nik Aziz enggan berjumpa dengan sekumpulan Orang Asli bagi membincangkan tanah adat yang dipercayai menganggu kehidupan mereka yang hanya banyak bergantung kepada tanah. Sebaliknya, Kerajaan Kelantan dipercayai menceroboh tanah adat milik Orang Asli tanpa memaklumkan kepada mereka. Ini suatu kesalahan yang sukar diterima Orang Asli yang percaya Kerajaan Kelantan sepatutnya membela nasib mereka dan bukan menganiayai mereka yang selama ini mengundi PAS.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger