Tuesday, January 1, 2013



Rentetan permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mahu mengesyorkan kepada RTM dan TV3 tentang kesediaannya muncul di layar TV bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang selama ini telah menjadi punca berpecahnya perpaduan umat Islam di Malaysia, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula mahu juga muncul di TV.

Nik Aziz mahu muncul dalam TV sama ada di RTM dan TV3 kerana mahu bercakap dan memberikan penjelasan tentang perjuangan PAS. Ini kerana sejak akhir-akhir ini perjuangan PAS dilihat telah keluar landasan perjuangan Islam setelah menjalinkan hubungan dengan DAPig.

“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya.

Nik Aziz berucap sedemikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang.

Terdahulu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!