NAZIB SEKALI LAGI CUBA BOHONGI RAKYAT SARAWAK



Apakah kriteria pemilihan seorang ketua? Adakah kerana pengalaman, pengetahuan, ilmu, populariti atau kerana rasuah? Jika kerana pengalaman dan pengetahuan mahupun ilmu pastinya ia sesuatu yang baik. Tetapi, jika memilih kerana populariti mahupun rasuah, nescaya calon itu banyak kekurangannya dan tidak pandai memimpin.

Inilah yang berlaku ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari ketika berceramah di Desa Ilmu dalam Ceramah Merdeka Rakyat. Boleh dikatakan sepanjang Nazib berceramah hampir kesemua faktanya tidak boleh dipakai dan hanya persepsi serta mengandungi undur fitnah.

Bagaimana seorang ketua pemimpin seperti Ahmad Nazib tidak mengetahui nombor pangkal Parlimen Samarahan? Dari mula hingga akhir, Ahmad Nazib hanya menyebut Parlimen Samarahan sebagai P.194 Samarahan. Di manakah beliau memperoleh P.194 Samarahan sedangkan nombor pangkal Parlimen Samarahan ialah P.197 Samarahan. Lebih memalukan seorang pelajar yang memperbetulkan kenyataan Ahmad Nazib.


Tidak cukup dengan itu, Ahmad Nazib telah menggula-gulakan rakyat Samarahan termasuk golongan cerdik pandai pelajar universiti dengan mengatakan Kerajaan Malaysia berhutang sebanyak RM470 bilion. Angka ini dicatatkan selepas Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Yang menghairankan sewaktu menunggu kehadiran Rafizi Ramli dalam Ceramah Demi Rakyat tempoh hari Ahmad Nazib mengatakan hutang negara sebanyak RM500 bilion. Ini diulangi rakan karibnya yang juga si Tanggang Arip Ameran seperti mana yang dinyatakan Ketua Audit Negara. Ini memperlihatkan terdapatnya percanggahan kenyataan Ahmad Nazib di dua lokasi ceramah. Mana satu yang betul ni?

Mudahnya rakyat Samarahan diperbodohkan Ahmad Nazib hingga sanggup mengatakan sehingga kini janji Kerajaan BN mahu membina jambatan yang menghubungkan Asajaya dan Simunjan masih belum dilaksanakan. Agaknya Ahmad Nazib ini tidak mengetahui perkembangan semasa atau tidak baca akhbar? Inilah padahnya selalu sangat baca Suara Keadilan, Harakah dan Roket yang penuh dengan fitnah dan persepsi hinggakan pembinaan jambatan yang menghubungkan Asajaya dan Simunjan itu dikatakan belum dilaksanakan.

Pasal Highway Transborneo yang dicanangkan Ahmad Nazib itu dilihat suatu yang sangat tidak lojik. Ini diakui sendiri rakyat Samarahan yang mengatakan kenyataan Ahmad Nazib itu keterlaluan dan bohong. Jangan ingat bila bekerja di Selangor dan datang ke Sarawak mudahnya untuk membohongi rakyat Sarawak. Ini bukan rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang senang untuk dibohongi.

Bijak sungguh Ketua AMK Sarawak ini menipu rakyat. Jangan ingat apabila Anwar Ibrahim datang ke Sarawak maka boleh tunjuk lagak? Orang Sarawak tidak suka dengan Anwar Ibrahim apatah lagi dengan warganegara Sarawak sendiri yang cuba menipu rakyat Sarawak. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 8, 2013 at 2:04 PM

PKR = Parti Kepala Rosak.....yg tidak lagi boleh di-repair....Apabila sikepala taik busuk(nuar aljuburi) berkokok maka ekornya pun bergelombang dengan taik...Khak ptuiii!!!


=haedhunters Soul&Spirit-

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger