MAT SABU: TUJUAN SEBENAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT MAHU JATUHKAN BN



Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mat Sabu tidak menolak himpunan yang diadakan pada 12 Januari lepas adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Hanya melalui demonstrasi jalanan dan mengadakan perhimpunan sahaja yang nampak menunjukkan kuasa rakyat, tetapi dalam pilihan raya Pakatan Pembangkang akui mereka akan kalah.

"Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan. Jawapan Mat Sabu ini susulan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengatakan himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan.

Menurut Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang terdesak untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai jalan terakhir untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang dipilih rakyat. Tiada cara lain dan jika beradu nasib di PRU-13 Pakatan Pembangkang pasti tersungkur dengan pelbagai isu dan masalah dalaman yang melanda parti mereka juga dikuatkan dengan penolakan rakyat akibat TIDAK menunaikan janji-janji pilihan raya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Shamsidar yang diadakan Pakatan Pembangkang, jelas Tun Dr Mahathir, jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi.

Apakah dengan mengadakan Perhimpunan Shamsidar, pemimin mahupun isteri pemimpin tidak boleh disabitkan dengan kes mahkamah? Asal ada kes mahkamah, maka ada juga demonstrasi jalanan! Jangan perkara yang salah akan cuba mahu diperbetulkan?

Jika sebelum ini Pakatan Pembangkang menunding jari kepada polis yang dikatakan sebagai ‘anjing’ kerajaan, tetapi HKR kali ini polis dipuji sejuta kali. Hakikatnya polis telah cuba menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin walaupun menjadi lumrah diprovokasi ahli-ahli Pakatan Pembangkang.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi sebaliknya himpunan anjuran pembangkang juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga hal-hal keselamatan negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger