MAT SABU KATA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT ‘AMAN’ – BOLEH JAMIN KE?



Bolehkah Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mat Sabu bertanggungjawab terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan dijadualkan pada 12 Januari ini selamat dan aman?

Menurut Mat Sabu, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan akan mengumpul seberapa ramai penyokong Pakatan Pembangkang. Apakah Pakatan Pembangkang tiada tempat lain untuk berhimpun memandangkan Stadium Merdeka tidak mampu menampung jumlah yang ramai.

Jika benar Pakatan Pembangkang yakin mampu untuk mengumpul ramai orang, kenapa tidak menggunakan Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan seramai 80,000 dalam satu-satu masa? Difahamkan juga aliran trafik di Shah Alam sangat baik dan tidak akan menganggu lalu lintas seperti mana jika diadakan di Kuala Lumpur.

Apakah Pakatan Pembangkang tidak mengambil iktibar di atas kejadian yang berlaku semasa himpunan BERSIH yang mengakibatkan kerugian dan jalan sesak serta kerosakan harta benda awam.

Dengan angkuh lagi sombong, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak bercadang menukar lokasi himpunan seperti yang telah dimaklumkan lebih awal. Sedangkan sehingga kini tiada sebarang permohonan rasmi untuk mendapatkan permit bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Walaupun Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan selama 2 jam bermula jam 2 hingga 5 petang namun implikasinya sebelum dan selepas itu jauh lebih teruk. Pengalaman BERSIH sebelum ini banyak mengajar tentang bagaimana sikap penyokong Pakatan Pembangkang yang hanya mahu merosakkan negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger