MAHASISWA RAMAL BN MENANG MAJORITI 2/3 PRU-13



Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa yang dilakukan di 3 universiti utama di Malaysia mendapati majoriti responden memilih BN untuk menang PRU-13 dengan majoriti 2/3. Mengambil kira 3,000 responden dari UM, UPM dan UKM, BN dijangka tidak ada masalah untuk menang PRU-13 dengan selesa dan menambah kerusi di beberapa kerusi milik pembangkang.

Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.

Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Disember tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Selain itu, 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang.
  
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger