LIM GUAN ENG PERTIKAI DESAKAN SUARA AKAR UMBI DAP



Hanya kerana dirinya Setiausaha DAP dan bapanya Penasihat DAP, maka Lim Guan Eng boleh menidakkan suara akar umbi ahli-ahli DAP. Sejak pengumuman bahawa Zairil Abdullah dilantik secara eksekutif sebagai ‘wakil Melayu’ walaupun kalah dan pengumuman mengejutkan Pengarah Pilihan Raya, Pooi Weng Keong semasa pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan tersebut, DAP kini diselubungi krisis kepercayaan dan identiti.

Atas sebab itu, majoriti ahli-ahli akar umbi DAP mendesak Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang untuk mengadakan semula pemilihan CEC DAP ekoran kesilapan pengiraan undi dalam kongres parti itu.

Desakan itu dibangkitkan ahli-ahli daripada lebih 10 cawangan di Selangor, antaranya Taman Ehsan, Taman Gembira, Southern Klang, Raya Barat, Taman Chi Liung Indah dan Damansara.

Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany berkata, pemilihan semula itu sangat penting untuk membersihkan nama parti yang tercalar akibat kesilapan 'teknikal' seperti yang didakwa.

Pemilihan semula akan mencerminkan ketelusan serta integriti parti kepada umum yang rata-rata kini sudah mula hilang keyakinan terhadap parti ini. Selepas pengumuman mengenai kesilapan dalam pengiraan undi tempoh hari DAP kini menjadi perhatian ramai pihak terutama membabitkan intergriti dan ketelusan DAP dalam menangani sesuatu isu.

Atas kesilapan yang dilakukan ‘Microsoft Excel’ membolehkan Zairil Abdullah anak tiri kepada Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang sepatutnya ‘kalah’ dengan hanya mendapat 305 undi tiba-tiba mendapat 803 undi sehingga membolehkan di kedudukan ke-20 dalam CEC DAP.

Kesilapan Microsoft Excel itu satu hal dan hal yang lain pula kenapa semakan semula keputusan mengambil masa yang lama sehingga 3 minggu dan tidak dilakukan pada waktu itu juga.

Ramai tidak mengetahui bahawa Pengarah Pilihan Raya, Pooi Weng Keong yang dilantik DAP hanya setakat berpendidikan darjah enam.

Lim Guan Eng pula sebaliknya tanpa rasa segan dan malu menegaskan bahawa keputusan pemilihan CEC DAP adalah sah dan pemilihan semula tidak perlu dijalankan.

Tidak sepatutnya timbul kemusykilan kerana keputusan itu disahkan oleh pakar profesional.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger