Jika sebelum ini Nik Aziz menyatakan hasratnya untuk terus bertanding dalam
PRU-13 akan datang, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak pula menegaskan
keinginannya mengikut jejak langkah Nik Aziz untuk terus bertanding biarpun
kesihatannya terganggu dengan keluar masuk hospital.
"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan
saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas)
nak tanding, saya pun nak tanding juga.
Azizan yang baru sepenggal memegang jawatan Menteri Besar Kedah sebaik
menang PRU 2008 kini mahu meneruskan legasi itu untuk terus memerintah.
Sepanjang memerintah, Azizan kerap diselubungi kontroversi dan isu namun bijak
menyembunyikan masalah ini daripada pengetahuan rakyat Kedah.
Semenjak kesihatannya terganggu banyak urusan rasmi yang melibatkan
pengaruh Menteri Besar terabai khususnya dalam menjaga kebajikan rakyat.
Manakala, sehingga kini ADUN PKR dan DAP yang tidak sebulu dengan Menteri Besar
juga semakin dirasai. Inikan pula sikap pemimpin PAS Kedah khususnya Exco yang
tidak menyukai Azizan akibat daripada pembahagian projek yang dijanjikan.
Seperti mana Nik Aziz, Azizan juga menyatakan kesihatannya kini bertambah
baik dan wajar untuk beliau bertanding semula. Persoalannya kini, apakah PAS
Pusat akan mencalonkannya untuk bertanding dan seterusnya memegang jawatan
Menteri Besar Kedah jika Pakatan Pembangkang menang di Kedah?
Berbeza dengan Nik Aziz yang kebanyakan pemimpin PAS Pusat termasuk Abdul
Hadi Awang amat takut akan kelibat Nik Aziz yang dianggap setaraf ‘Nabi’. Selain
boleh mengeluarkan fatwa, Nik Aziz juga seorang yang amat ditakuti Anwar
Ibrahim termasuk pemimpin DAP. Jadi, tiada seorang pun di kalangan pemimpin
Pakatan Pembangkang termasuk PAS sendiri yang membantah Nik Aziz untuk
dicalonkan semula melainkan kuasa undi rakyat.









Kenapa tarik keluar artikel? Boleh emailkan pada kami? Releven di Semenanjung
BalasPadamAgaknya ... hati mereka kata mereka belum tua lagi ... sakit pun disembuhkan ALLAH tu tanda masih kuat dan 'approval' utk jadi wakil Rakyat beberpa penggal lagi !!!
BalasPadamAgaknya ... perkara sama berlaku pada YB PKR dan DAP
Agaknya ... org UMNO/BN pun sama juga kut !!!
Sedar-sedar lah diri tu ... Rakyat perlu jiwa baru dalam pentadbiran negara dgn wawasan benar-benar untuk Rakyat ... jadikan Tun Mahathir sebagai idola.