#KL112 PEMIMPIN PAKATAN TIDAK AMBIL PEDULI PESERTA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEMALANGAN



Kononnya mahu ‘ubah’ bersama Pakatan Pembangkang, kebanyakan ahli tegar Pakatan Pembangkang telah membanjiri Stadium Merdeka untuk bersama pemimpin Pakatan Pembangkang. Setelah mendengar amanat Mat Sabu selaku Pengerusi Penganjur dan diikuti ucapan Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP dan Abdul Hadi Awang mewakili PAS.

Ini disertai beberapa deklarasi (bukan janji pilihan raya) yang telah dipersetujui ketiga-tiga pemimpin Pakatan Pembangkang.

Majlis bersurai kira-kira jam 5.00 petang dan ada di kalangan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat terus pulang ke kawasan masing-masing. Dalam perjalanan pulang, seorang peserta Daud Abdul Manan mengalami kemalangan apabila motosikal dinaiki terbabas di Jambatan Temerloh, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, kira-kira jam 8 malam semalam.

Beliau berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama seorang lagi rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri himpunan di Stadium Merdeka.

Kemalangan itu telah mengakibatkan mangsa cedera teruk dan kini berada di hospital dalam kawalan ICU.

Sehingga berita ini ditulis, tiada seorang pun pemimpin Pakatan Pembangkang yang cuba melawat ataupun memberikan komen berhubung kemalangan itu serta nasib yang menimpa Daud. Sebaliknya akhbar milik pembangkang, Keadilan Daily yang memaparkan berita kemalangan itu.

Bagi mereka yang sudi untuk menderma bagi membantu mangsa, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mek Wook @ Rohaya Binti Awang 1110029849518290.

Berita yang sangat menyedihkan apakah pemimpin Pakatan Pembangkang mengambil berat akan keselamatan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang datang dari jauh dan terpaksa menanggung risiko kemalangan?
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 14, 2013 at 7:30 AM

apapasal nak derma, sikit2 derma, sikit2 derma, dahlah duit gaji aku disapu oleh umno dengan pelbagai saman yg dicipta untuk penohkan kocek belaci2 dia, pas tu nak suruh derma lagi, pandailah ko umno buat bisness

aku ada nama
January 14, 2013 at 8:27 AM

derma la anon 7.30...tu kan balaci pr yg eksiden tu. kesian dia..ish ish ishhhhhh

apa kena mengena dengan umno pulak bodo!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger