#KL112 KERUGIAN HARTA BENDA DBKL MAT SABU BERTANGGUNGJAWAB



Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di Stadium Merdeka pada Sabtu, 12 Januari 2013 harus bertanggungjawab terhadap kerosakan harta benda awam selepas himpunan itu diadakan. Ini sudah termaktub dalam perjanjian antara Mat Sabu sebagai Pengerusi Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat dan PDRM, dua hari sebelum berlangsungnya himpunan itu.

Seperti mana-mana perjanjian pihak yang bertanggungjawab harus menunaikan tanggungjawab itu demi kelangsungan nama dan imej penganjur. Justeru, dalam kerosakan harta benda ini, DBKL memohon Mat Sabu dan Pakatan Pembangkang untuk menunaikan janji dengan membayar ganti rugi mengikut nilai semasa.


Dalam perjanjian itu, Mat Sabu dan Pakatan Pembangkang telah melakukan kesalahan dan harus bertanggungjawab atas kesalahan seperti berikut:

1.         Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau kerosakan kepada harta atau alam sekitar
2.        Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.
3.        Membawa senjata atau barang-barang yang boleh memudaratkan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan dan menyebabkan kecederaan kepada orang awam, atau kerosakan kepada harta juga turut dilarang di samping memastikan penganjur dan peserta berhimpun secara aman.
4.    Penganjur dan peserta dikehendaki menentukan tidak berlaku sebarang perbuatan khianat atau bencana ke atas harta semasa perhimpunan.

Persoalan kini, apakah Mat Sabu dan Pakatan Pembangkang akan membayar ganti rugi harta benda awam yang diselenggara DBKL dengan nilai mencecah ribuan ringgit? 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger