#KL112 ANWAR IBRAHIM TAGIH SUARA RAKYAT UNTUK JADI PERDANA MENTERI



Himpunan Kebangkitan Rakyat menagih simpati rakyat untuk memberikan peluang kepada Pakatan Pembangkang menang dan seterusnya memerintah Malaysia Baru dengan gaya ubah berkiblatkan Barat.

Suara Rakyat adalah suara keramat. Beri peluang kepada ‘kami’ untuk memerintah dan mendiami Putrajaya bagi menjadikan Malaysia ini sebagai Malaysia Baru. Malaysia Baru Bendera Baru.

Sekali lagi diulangi, hari ini Pakatan Pembangkang menang, ESOK harga minyak turun. Selain harga minyak, PTPTN kita akan hapuskan, tol dan AES kita akan tumbangkan.

Rakan Anwar Ibrahim dalam DAPig, Lim Guan Eng menjanjikan Malaysia Baru seperti model Singapura. "Ini bukan lagi satu impian, anda semua yang ada di sini Malaysia Baru di tangan kita," katanya,

Seperti biasa DAPig yang putar belit memperlekehkan pemberian BR1M yang disalurkan Kerajaan BN sebelum ini. "Tapi jangan suka terlalu awal, tangan kanan bagi duit, tangan kiri ambil balik. Kita nak haramkan dan hapuskan AES 1Malaysia.

Manakala, Presiden PAS Abdul Hadi Awang bercakap seolah-olah PAS sudah TIADA lagi isu yang hendak diungkitkan. Isu lama menjadi perhatian seperti mana yang selalu diperkatakan Nik Aziz. Dendam kesumbat lama masih diingati sehingga ke lubang kubur. "Walaupun menerima konsep Islam agama rasmi persekutuan, hak bumiputera Melayu, hak bahasa ibunda, raja mengikut perlembagaan, UMNO gagal memperkasakan Islam. Gagal memperkasakan Melayu Bumiputera.

Dengan Islam menjadi taruhan, Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO tidak tunjuk wajah Islam sebenar, hanya wajah rasuah, wajah penyelewengan, penipu. Sama seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, PAS akan akan hapuskan tol di Malaysia kalau kita ke Putrajaya, bebaskan cukai.

Sementara itu, Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mat Sabu sebelum ini tidak menafikan bahawa setiap peserta yang hadir diberi wang perbelanjaan sebanyak RM150 untuk tujuan duit minyak dan makan serta minum. Seperti mana diakui peserta, Mat Sabu tidak menafikan dan ini semua adalah kerana rakyat. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 13, 2013 at 1:42 PM

Kesian anuar si-pembohong besar, no matter how hard he tries Allah SWT tidak akan mengizinkan niat seseorang munafik untuk berkuasa kerana orang munafik dan orang yg melewati batas adalah musuh yg jelas lagi nyata bagi Allah SWT....So get lost the liar!!!

-Hsead hunters Soul & Spirit-

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger