KHALID IBRAHIM DALAM DILEMA IKUT ARAHAN SULTAN ATAU ANWAR IBRAHIM?





Mesyuarat Pakatan Pembangkang pada Selasa lepas memutuskan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan diri ketika berhadapan dengan DAP dan PKR dalam persoalan akidah.

Manakala, bagi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengalu-alukan kenyataan PAS (merujuk kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang) itu sebagai pendirian bersama Pakatan Pembangkang.

Susulan itu, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim kini berada dalam dilema apabila mahu mengikut titah Sultan Selangor atau arahan ‘bos’nya Anwar Ibrahim? Ini memandangkan Selangor kini menjadi negeri perhatian sama ada di pihak Pakatan Pembangkang mahupun BN.

Dalam satu artikel yang disiarkan di akhbar nasional, PKR Selangor pendirian untuk membenarkan agama bukan Islam menggunakan kalimah Allah selagi tidak mempunyai unsur-unsur penghinaan terhadap kalimah tersebut. Apakah dengan mengenakan syarat tidak mempunyai unsur-unsur penghinaan terhadap kalimah maka penggunaan Kalimah Allah itu dibenarkan?

Keputusan PKR Selangor itu sekali lagi dilihat seolah-olah melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri ini (Selanngor) oleh mana-mana agama bukan Islam.

Difahamkan Khalid Ibrahim telah menggunapakai warta kerajaan negeri Selangor iaitu fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diwartakan pada 2010 dengan mendakwa bahawa tindakan sekatan diambil jika terdapat penyalahgunaan kalimah tersebut dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan.

Ini secara terang membuktikan Khalid Ibrahim melanggar titah Sultan Selangor dan mengikut arahan Anwar Ibrahim seperti mana keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini. Ini semua kerana kemaruk nak ke Putrajaya dan takut tidak dicalonkan semula dalam PRU-13 nanti.

Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya pasti amat disanjungi DAP dan PKR. Malah ahli Dewan Ulama PAS seperti Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak diambil endah. Sebaliknya suara Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lialibiti kepada keputusan PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu baru-baru ini yang mengesahkan parti itu bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan dalam kalangan parti-parti komponen pakatan pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger