KETUMBUHAN PADA OTAK HALANG WONG HO LENG BERTANDING PRU-13



Setelah pelbagai spekulasi di dalam akhbar dan cakap-cakap rakyat di Sibu dan Bukit Assek akan tahap kesihatan Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Assek, akhirnya Wong Ho Leng mengakui bahawa beliau mengalami ketumbahan pada otak.

Walaupun penyakit itu dikenal pasti di peringkat awal, namun kesannya kepada kesihatan Wong Ho Leng membuatkan Ahli Parlimen Sibu itu kini sedang berehat sebaik menjalani pembedahan di Singapura pada 20 Disember lalu. Dijangka beliau tidak dapat bertanding dalam PRU-13 mahupun menjalankan kerja-kerja kempen atas faktor kesihatan. Malah doktor sendiri meminta Wong Ho Leng berehat dalam tempoh yang lama.

Menurut Wong, pakar bedah saraf telah menjumpai ‘glioma’ di dalam otak saya. Glioma ini masih pada peringkat awal dan tidak akan merebak ke bahagian lain.

“Ia juga menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk bercakap dan melemahkan fungsi otot-otot tekak. Ia perlu dirawat.

Wong juga akan mendapatkan rawatan radioterapi dan kemoterapi di Singapura bermula 8 Januari bagi tempoh enam minggu.

Bagi menggalas perkhidmatan di DUN Bukit Assek dan Parlimen Sibu, Wong menyatakan boleh merujuk kepada ADUN Pelawan David Wong dan ADUN Dudong Yap Hoi Liong.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 15, 2013 at 4:49 PM

Assalamualaikum bro..

Mohon di pautkan blog saya ini ye..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Semoga tali ukhuwah ter erat antara kita di alam maya..

Anyway, sempoi blog bro.. Hebat..

Tq bro..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger