Bermula hari ini 1 Januari 2013, semua penjaja Pasar Tamu Satok dan penjaja
Gerai Makan Benteng akan beroperasi di Medan Niaga Satok, Petra Jaya yang
dibuka secara rasminya oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri
Pelancong, Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg pada malam tadi
bersempena Sambutan Tahun Baru 2013.
Sebelum ini ramai penjaja yang berniaga di Pasar Tamu Satok yang kebanyakannya
berketurunan Cina adalah penyokong ‘hardcore’ DAP dan sebab itu mereka cuba
menjadikan perpindahan penjaja ini suatu isu politik. Pada hakikatnya, Kerajaan
tidak pernah memandang sama ada penjaja ini penyokong DAP mahupun BN untuk
diarah berpindah ke tempat yang lebih baik. Ini kerana Kerajaan sangat prihatin
dan memberikan transformasi kepada penjaja untuk berpindah ke kawasan dan
tempat yang lebih terjamin keselamatan dan kebersihanya seperti yang dijanjikan
sebelum ini.
Kos penyediaan kemudahan dan tempat ini tidak pernah diungkit Kerajaan
sebelum ini dengan kos bayaran yang dikenakan ke atas penjaja yang sangat
minimum. Menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat penjaja berniaga di kawasan yang
bersih dan selamat persekitarannya serta terjamin kualitinya.
Bantahan DAP yang diambil Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen sebelum ini
sebenarnya lebih kepada mengambil peluang di atas tindakan Kerajaan yang kini
banya memihak kepada kehendak dan keperluan rakyat. Namun, akhirnya mereka yang
selama ini terikut dengan budaya DAP itu sebenarnya merugikan diri sendiri. Manakala,
di pihak Kerajaan usaha untuk memastikan penjaja dapat menggunakan peluang dan
ruang ini wajar dihormati demi memastikan penjaja berjaya memperoleh keuntungan
dan rakyat mendapat manfaatnya.







