Friday, January 25, 2013



Layanan kelas pertama dan memeriksa perbarisan kawalan kehormat tentera Palestin dalam lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ke Semenanjung Gaza telah membuktikan pengiktirafan pemerintahan Najib Razak dan Malaysia di persada antarabangsa.

Selain menjadi Perdana Menteri pertama yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza, lawatan Najib Razak itu juga mencatat sejarah dunia dengan memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan Palestin yang diiktiraf sebagai sebuah negara.

Bagi rakyat Malaysia, keberanian Najib Razak dalam mengadakan lawatan ke Palestin yang ramai mengetahui ketika ini sedang berlaku kekejaman askar Rejim Zionis sesuatu yang menunjukkan keazaman seorang pemimpin Islam kelahiran Malaysia.

Rakyat Malaysia sangat mengkagumi keberanian yang ditunjukkan Najib Razak. Tetapi, tidak bagi pemimpin Islam PAS yang ternyata ‘marah’ dengan lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza.

Menerusi Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang membuat kenyataan dengan memperlekehkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

“Ziarah HAMAS melalui pintu depan tetapi membuat hubungan intim dengan Israel melalui pintu belakang adalah adalah merupakan satu sikap hipokrit tahap durjana”.

Inilah dia pemimpin Islam PAS....
Categories: ,

3 comments:

  1. Pemimpin hamPas yg hipokrit. Mulut suka maki dan caci orang macam hati mereka. Konon alim tapi penuh hasad dengki dan takbur. Biarlah tak nampak alim tapi hati ikhlas melakukan segala kerja. Astagfirullahalazim

    ReplyDelete
  2. Nasrudin ada bukti ke (urusan dgn Israel)? Jika tak ada bukti sahih, jangan war2kan, nanti jatuh hukum fitnah. Tak takut ke?

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!