KARPAL SINGH LETAK ISLAM DI TAHAP TERENDAH



Isu DAP dan PAS (Karpal Singh dan Abdul Hadi Awang) masih belum sampai kesudahannya dan terbaru Pengerusi DAP itu memberikan amaran kepada Presiden PAS supaya menukar pendiriannya terhadap penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.

Seperti sudah tahap klimaks, Karpal Singh mahu rakan sejawatnya dalam Pakatan Pembangkang itu menurut kehendak DAP dalam isu Kalimah Allah. Ini suatu yang sangat mencabar akal dan minda seolah-olah Islam itu boleh dipermainkan.

Tidak cukup dengan itu ada segelintir penganut Kristian yang memihak kepada DAP secara terang-terangan menyebarkan Bible Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah menengah beragama Islam.

Melihat keadaan ini sudah jelaslah maksud Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu mempunyai tujuan tertentu khususnya mahu memurtadkan umat Islam.

Sewajarnya, PAS tidak terpengaruh dengan dakyah ini dan mengambil ketetapan khusus supaya DAP tidak menjadikan agama Islam itu suatu yang boleh dipermainkannya termasuklah dalam mempolitikkan agama.

Kesungguhan Setiausaha Majlis Syura, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang pada 9 Januari lalu.

Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

Jika benar hasrat DAP untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu itu tidak berhasrat untuk memurtadkan umat Islam, DAP dan Karpal Singh seharusnya menerima keputusan Majlis Syura PAS itu dengan hati terbuka dan bukannya sehingga memberikan amaran kepada PAS dan Abdul Hadi Awang.

DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger