KALIMAH ALLAH: NGEH KOO HAM SETUJU DENGAN NIK AZIZ KECAM LIM GUAN ENG



Seperti Nik Aziz, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham juga membuat pusingan ‘U’ apabila bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz semalam yang bersetuju Kalimah Allah itu hanya khusus kepada orang Islam sahaja. Apakah tujuan Ngeh Koo Ham bersetuju dengan Nik Aziz dan sekaligus menidakkan cadangan Setiausaha DAP. Lim Guan Eng yang mahu Kalimah Allah digunapakai untuk semua rakyat termasuk yang bukan Islam.

Ngeh Koo Ham bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama PAS bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.

“Saya juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain.

Beliau mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.

Menurut Koo Ham lagi, asal perkataan Allah itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini.

Apakah persetujuan ini ada kaitannya dengan isu tanah di Kelantan yang menjadi kemarahan orang Kelantan terhadap Ngeh Koo Ham?
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
January 16, 2013 at 3:53 PM

Dia setujulah sebab konsesi tanah balak 4000 ekar dah dapat, semuanya boleh sajalah, tapi apa pula reaksi Lim Guan Eng lepas ini ya? Sama-samalah kita nantikan drama terbaru Pakatan Rakyat ini.

PRU 13 undilah Barisan Nasional untuk negara yang konsisten dan aman damai serta makmur. Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous
January 16, 2013 at 5:19 PM

'Penganugrahan' tanah Diraja Kelantanlah menyebabkan pemimpin DAP Perak itu berpaling tadah menyokong Nik Aziz...malangnya masih juga orang Melayu bodoh kerana percaya dengan Nik Aziz..ini menginatkan saya dengan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi dalam bukunya Pelayaran Abdullah keKelantan, dengan melihat sendiri cara-cara penghidupan orang Kelantan selama dia dan Stamford Raffles bearada diKelantan, Abdullah menulis: hei bodohnya orang Melayu!

Anonymous
January 16, 2013 at 5:24 PM

Ngeh akan boleh balak lagi lah nampak nya!

dan Nik Aziz akan dapat bala pulak!

January 16, 2013 at 8:12 PM

Hari tu macam nak runtuh langit nakkan jugak Allah diguna non-Muslim dan semua sehati sejiwa kononnya, la ni bila sorang uturn semua pun sehati sejiwa uturn termasuk si komunis ni... pelik2

So andaian aku, PR mmg takde pegangan yang firm dalam banyak benda, asyik try and error manjang, alih2 kejap tukar kejar tukar. Kalau pegang putrajaya mmg jahanamlah malaysia

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger