ISU TANAH DI KELANTAN: NGEH KOO HAM AKUI TERTEKAN



Jika sebelum ini Ngeh Koo Ham menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam pengambilan tanah yang diselaputi balak namun semenjak beberapa pendedahan termasuk dokumen yang dinyatakan Kerajaan Kelantan akhirnya mereka berdua tiada pilihan kecuali mengakuinya.

Segala bukti yang didedahkan Kerajaan Kelantan dan disokong blogger Pisau.Net membuatkan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tiada pilihan selain bercakap benar. Sebelum ini mereka berdua menafikan sekeras-kerasnya tetapi akhirnya terpaksa mengalah dengan segala bukti yang dibongkar. Ternyata kedua-dua pemimpin DAP Perak itu rendah akhlaknya dengan MENIPU dan BERBOHONG.

Akibat menipu dan perbuatan yang selama ini menyalahi dasar-dasar DAP dan Pakatan Pembangkang, kedua-dua pemimpin DAP itu mengakui kini tertekan seperti ‘orang gila’. Isu ini dijangka akan ‘membunuh’ karier politik mereka di atas tiada lagi akauntibiliti seperti mana yang ditegaskan Karpal Singh yang marah terhadap mereka berdua.

“Isu tanah ini menyebabkan orang Kelantan memarahi Kerajaan Negeri Kelantan dan kami.

Sambil mengharapkan agar rakyat Kelantan tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang melampaui batas sekiranya mereka berdua datang ke Kelantan untuk memeriksa tanah balak mereka.

Sehingga isu tidak tidak diselesaikan, selagi itulah ianya akan menghantaui Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Adalah menjadi kelaziman isu yang ‘panas’ ini tidak akan selesai selagi ianya tidak diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Ini susulan daripada artikel dan siaran media yang sehingga kini masih belum ada tanda-tanda isu ini akan ditamatkan dalam media dan akhbar.

Menurutnya, isu itu tidak seharusnya diperbesarkan memandangkan beliau telah menerangkan secara telus penglibatannya dalam projek penghutanan semula di Kelantan.

Demi membersihkan namanya yang telah kotor itu, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming menjelaskan telah menghantar surat saman kepada blogger Pisau.Net, Pengerusi Biro Kebajikan Persatuan Anak Malaysia Perak (Kami), Mohd Jeffery Amin Abdul Hamid dan akhbar Berita Harian.

“Tindakan undang-undang juga akan dikenakan kepada TV3, Utusan Malaysia dan lain-lain blog yang bertindak menyiarkan berita palsu itu.

Sebelum ini, blog Pisau.Net melaporkan Kerajaan Negeri Kelantan menganugerahkan tanah seluas 2,400 hektar kepada Ngeh Koo Ham dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming sebagai pertukaran bagi melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger