Berikutan kejayaan Ceramah Merdeka Rakyat di Desa Ilmu pada awal tahun
2013, PKR Sarawak sekali lagi akan mengadakan ceramah yang bertajuk Ceramah
Kebangkitan Rakyat Sarawak bertempat di Kampung Tanjong Bundong, Samarahan.
Ceramah akan dimulakan dengan calon PKR di Parlimen Samarahan, Arip Ameran.
Sudah pasti beliau akan ‘menghentam’ Ahli Parlimen Samarahan, Sulaiman Taib
yang tidak pernah menjenguk kawasan Parlimen Samarahan. Sehubungan itu, Arip
Ameran mahu menuntut seberapa banyak tandatangan untuk diserahkan kepada
Sulaiman Taib bagi mendapatkan elaun Ahli Parlimen.
Selama ini Sulaiman Taib menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menerima elaun
‘buta’ dan wajar dikembalikan kepada rakyat Samarahan termasuk Arip Ameran.
Selain Arip Ameran, Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ahmad Nazib akan
bersama Arip Ameran dalam menyampaikan ceramah politik. Walaupun tidak
bertanding dalam PRU-13 ini, dikatakan beliau masih berminat untuk menakluk DUN
Satok yang kini disandang Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.
Desas desus mengatakan calon PKR Batang Sadong, Piee Ling yang merupakan
bekas guru dan kini penjual insuran sepenuh masa juga akan menyampaikan ceramah
pada malam itu. Selain menjual insuran, Piee Ling juga akan cuba membongkar
politik Sarawak yang kini kian dicemburui Pakatan Pembangkang.
Kemuncak malam itu, pastinya ceramah daripada Pengerusi PKR Cabang
Samarahan, Dr Ramlan Rahmat. Menjadi agenda utama PKR Samarahan dan PKR Sarawak
ialah mempertahankan Parlimen Samarahan daripada terlepas daripada jatuh ke
tangan PAS.
PAS sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi bahawa parti itu akan
bertanding di Parlimen Samarahan dan yakin akan berjaya menawan Samarahan. PAS
secara sinis tidak memberikan harapan tinggi jika PKR bertanding di Samarahan
dan atas alasan itu PAS percaya masih relevan di Samarahan dalam menghadapi
BN-PBB.
Kepada orang Samarahan, marilah ramai-ramai turun dan dengar ceramah PKR
Sarawak yang mahu rakyat Sarawak bangkit. Kalau boleh penuhilah segala ruang
dan kerusi yang disediakan sebagai mengambil iktibar daripada ketidakhadiran di
dalam Ceramah Che’gu Bard pada pertengahan Disember lepas.









Siapa sulaiman taib ya oo. . . Biskut orio kah. . Lekak lepas jwtn jd menteri kabinet lalu ilang. Dak PBB jak tauk. Bak kata org tua Sik beradab . Lekak terlolong mintak dipilih . Dah dapat lalu miyau,nda den lalu gaan ngak kah. Mun geji PBB akan lalui jalan sukar. Jgn ingat sunyi jak rakyat . Tapi meredak di hati kelak PRU13 jgn terkejut beruk. Apa pun boleh berlaku. Fikirkanlah BN
BalasPadam