HUBUNGAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG HANYALAH KERANA POLITIK



Biarpun terguris hati dengan desakan rakannya dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR, PAS tiada pilihan selain ‘menerima’ dengan seadanya. Ini adalah survival politik PAS dalam menghadapi PRU-13 kerana mahu merasai kerusi di Putrajaya sehingga terpaksa menolak ketepi perjuangan Islam.

Selain daripada kelompok Anwarisma yang berpangkalan dalam PAS, pemimpin PAS lain tiada pilihan kecuali menerima jika hendak merasai Putrajaya yang dijangka cerah pada PRU-13 akan datang ini. Peranan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hanya ibarat boneka sebaliknya yang berkuasa dan menentukan corak pemerintahan Pakatan Pembangkang ialah DAP. Anwar Ibrahim pula seperti biasa menjadi mastermind dalam menentukan perjalanan Pakatan Pembangkang dalam usahanya menjadi Perdana Menteri.

Kini, segala tindak tanduk PAS dalam Pakatan Pembangkang hanyalah bersandarkan kepada kepentingan politik semata-mata. Perjuangan Islam sudah jauh menyimpang. Lihat saja isu Kalimah Allah, pemimpin yang benar-benar mempertahankan keputusan Majlis Syura PAS adalah pemimpin yang berlandaskan Islam, manakala pemimpin PAS yang menentang keputusan Majlis Syura PAS adalah mereka yang liberal.

Tidak dinafikan ada beberapa pemimpin PAS yang berada di landasan yang benar untuk memperjuangkan Islam, tetapi mereka ini tetap dibayangi golongan Anwarisma yang sebenarnya mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka ini menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menolak Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri daripada PAS.

Amanat Haji Hadi yang secara terang mahukan ahli-ahli PAS berprasangka buruk kepada ahli-ahli UMNO dan BN. Namun, sehingga kini pengasasnya Abdul Hadi Awang tidak pernah menarik balik kenyataan itu sebaliknya bertarik tali mahu memberikan penjelasan lanjut.

Hakikatnya, PAS kini sudah jauh menyimpang dan tidak akan berundur kecuali dengan beberapa pemimpin PAS yang cenderung kepada liberal dan menyokong Anwar Ibrahim dapat dihapuskan dalam PAS. Jika ini berlaku, nescaya PAS akan kembali bersinar dan bebas daripada segala macam isu berhubung Yahudi, Anwar Ibrahim dan DAPig.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

January 26, 2013 at 6:22 PM

sama lah dengan keadaan di Sarawak. Adam Ahid and the gang hanya melukut ditepi gantang. Tanpa suara.

Anonymous
January 26, 2013 at 6:58 PM

PAS, Parti Anutan Syitan yg direjam.

January 27, 2013 at 12:52 AM

PAS adalah parti yang angkuh dari segala aspek, mengakui diri sebagai Islam sempurna walapun hakikatnya, mereka menipu diri sendiri terutamanya dalam isu berkaitan dengan keislaman dimana mereka dengan sewenangnya mengeluarkan fatwa ke atas isu tersebut agar memberi kelebihan pada PAS atau menurut pandangan PAS..Kekeke!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger