GAMBAR YANG TIDAK INGIN DILIHAT ANWAR IBRAHIM



Calon Perdana Menteri Malaysia mestilah Islam, Melayu dan perjuangkan Islam. Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri bagi Pakatan Pembangkang dilihat TIDAK memenuhi kriteria di atas kerana beliau tidak perjuangkan Islam sebaliknya menjual Islam.

Mana tidaknya, Anwar Ibrahim secara terang-terangan menyokong Rejim Israel dalam krisis yang tidak akan selesai dengan Palestin. Di Malaysia pula, Anwar Ibrahim menghalalkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu bagi bukan Islam berbeza dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Menyokong LGBT juga satu lagi peranan Anwar Ibrahim ‘menjual’ Islam. Islam secara lumrahnya mengharamkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Anwar Ibrahim dah banyak kali terlibat dan disabitkan dengan kesalahan dan dakwaan LGBT.

Terbaru, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Semenanjung Gaza telah mencatat sejarah Malaysia dan akan dimuatkan ke dalam buku teks pelajaran SPM. Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejak kaki ke bumi Palestin.

Dari Mesir, setelah bertemu rakan sejawatnya,PM Morsi, PM Najib terus ke Gazza untuk bertemu PM Palestine, Ismail Hanayeh.

Kesungguhan Malaysia tentang isu perdamaian antara dua kumpulan besar yang inginkan kemerdekaan Palestine, Hamas dan Fatah amat konsisten. Ianya bukan satu jalan mudah ianya bukan setakat melibatkan masa yang agak lama malah melibatkan pertumpahan darah antara dua kumpulan ini yang dilihat seolah-olah tidak berpenghujung.

Inilah contoh kepimpinan Malaysia yang sebenarnya dan memperjuangkan Islam di dunia. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger