DAP NILAIKAN BLOGGER PISAU.NET HANYA RM1,000



Bagi menutup kemaluannya, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini telah membuat kenyataan dengan menjanjikan habuan sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya mengesan pengendali laman blog pisau.net. Ini ekoran pendedahan ‘terbesar’ dalam sejarah Nga Kor Ming yang diaibkan blogger pisau.net bermula awal tahun baru 2013.

Namun, ramai yang tidak berpuas hati kerana hanya menawarkan RM1,000 sedangkan nilai tanah yang diperoleh Nga Kor Ming itu bernilai jutaan ringgit. Itu sangat tidak setimpal dan tidak masuk akal.

Tidak kurang juga ramai di kalangan pembaca blog menganggap tawaran Nga Kor Ming itu sebagai suatu ‘rasuah’ dan wajar tidak dilayan. Hanya untuk menghantar writ saman, Nga Kor Ming sanggup merasuah rakyat dengan nilai RM1,000 untuk mengesan pisau.net. SPRM wajar melakukan siasatan ini supaya gejala ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Tidak cukup dengan itu, Nga Kor Ming memberi masa pisau.net selama 24 jam untuk tampil dan menyerah diri. Namun, beliau tidak pula memberikan sebab jika tempoh itu tidak diendahkan.

Terdahulu, Nga Kor Ming perlu memberikan kenyataan akhbar dan penjelasan berhubung tanah balak Kelantan yang diperolehi bersama dengan Ngeh Koo Ham. Ini kerana rakyat Kelantan amat marah dengan tindakan dan perlakuan Nik Aziz yang memberikan tanah balak kepada dua DAPig ini hanya kerana jawatan Menteri Besar Perak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 9, 2013 at 7:51 PM

Walaupun nilainya hanya seribu, namun beliau bisa menggegarkan kuasa manusia syaiton rasuah yang bernilai puluhan juta ringgit sehingga terjelepuk ke tanah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger