BUBAR DUN - PULAU PINANG DAN KELANTAN TIDAK SEPAKAT IKUT SELANGOR


Menjelang PRU-13 yang dijadualkan diadakan tahun ini, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Pembangkang tidak sepakat dalam pembubaran DUN masing-masing. Bermula dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sebelum ini mengesahkan bahawa Kerajaan Selangor akan membubarkan DUN selepas perayaan Cap Goh Mei.

Bagi MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat menegaskan Kelantan tidak akan sesekali mengikut Selangor dalam membubarkan DUN kerana selama ini sepanjang pemerintahan PAS, lebih senang bubar DUN mengikut Parlimen. Itu adalah tradisi Kerajaan PAS dan tidak akan terpengaruh dengan Kerajaan Selangor.

Jika PAS Kelantan mengikut langkah Selangor ianya tidak akan menguntungkan sebaliknya PAS lebih selesa dengan pembubaran mengikut Parlimen kerana menjimatkan wang rakyat.

“Saya dah buat kenyataan dulu dan akan bubar Dun secara serentak (bersama Pusat) bagi mengelak mengeluarkan perbelanjaan besar dan terlalu menjadi tumpuan,” kata Nik Aziz.

Manakala, bagi Kerajaan Pulau Pinang pembubaran DUN tidak akan berlaku serentak seperti mana yang diperkatakan Khalid Ibrahim. Walaupun selepas perayaan Cap Goh Mei, Kerajaan Pulau Pinang akan bubar DUN bersama dengan Parlimen, tegas Ketua Menterinya Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, pembubaran Dun Pulau Pinang akan diadakan serentak dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan serentak.

Pendirian kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak sehaluan dengan cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor selepas sambutan Cap Goh Mei.
  
Sambutan Cap Goh Mei diadakan 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.

Jelas, Pakatan Pembangkang bukan sahaja tidak sepakat terhadap pelbagai isu tetapi juga isu pembubaran DUN. Bagaimanapun, sehingga kini MB Kedah, Azizan masih membisu dalam membubarkan DUN Kedah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger