Ketibaan tahun baru 2013 suatu yang sangat ditunggu semua orang di dunia.
Soalan pertama yang selalu ditanya menjelang ketibaan tahun baru, Apakah azam
tahun baru? Namun, bukan soalan itu yang akan dijawab sebaliknya sesuatu yang
lebih penting daripada azam tahun baru.
Bagi Bloggers Anak Sarawak™ yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2012 lepas,
pencapaian terbaik yang capainya ialah mengekalkan penguasaan blogger terbaik
di Sarawak.
Dalam rating terkini yang dikeluarkan blogger pengumpulblog.blogspot.com
menunjukkan rakan-rakan Bloggers Anak Sarawak™ bukan sahaja mengekalkan
penguasaan top 10 sebaliknya menyaksikan blogger kolokmee yang suatu ketika
berada di kedudukan 20 kini naik ke tangga 9. Lebih mengejutkan blogger
keadilanXsarawak yang masih ‘muda’ kini menduduki tangga ke 13 berbanding
tangga ke 28. Manakala kuchingitam naik satu anak tangga ke tangga ke 7.
Bagaimanapun blogger UnReportedNews masih mengekalkan kedudukannya di
tangga ke 5 juga blogger Wira Kenyalang di tangga ke 3 dan terus menguasai
carta blogger Sarawak tidak lain dan tidak bukan Melanau Blogger.
Kedudukan terkini ini sangat membanggakan kesemua Bloggers Anaka Sarawak™
yang berjuang dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan politik. Ini suatu
yang harus diterima mereka yng sudah lama berkecimpung dalam alam maya bahawa
perjuangan yang ikhlas akan menerima balasan yang baik. Seperti juga blogger ‘nyamuk’
yang bertapak di Semenanjung, Bloggers Anak Sarawak™ yang berlambangkan ‘Boyak’
kini sudah menampaknya taringnya.
Dengan kedudukan terkini ini membuatkan Bloggers Anak Sarawak™ akan terus
berusaha dan mencapai misi dan matlamatnya ialah BN mencapai majoriti 2/3 dalam
PRU-13.
Terima kasih kepada pembaca-pembaca setia Bloggers Anak Sarawak™ dan kami
akan menyajikan cerita-cerita menarik lagi panas untuk tatapan pembaca alam
maya menjelang PRU-13 sama ada mengenai politik Sarawak mahupun politik
nasional.
Kepada bloggers pro Kerajaan dan bloggers jalanan yang lain teruskan perjuangan anda demi masa depan anak cucu cicit kita dan agama, bangsa dan tanahair.
Kepada bloggers pro Kerajaan dan bloggers jalanan yang lain teruskan perjuangan anda demi masa depan anak cucu cicit kita dan agama, bangsa dan tanahair.
Tahniah juga kepada Blogger Pengumpul Blog yang berjaya naik 2 anak tangga dalam senarai terkini 30 Blogger di Sarawak.
Kredit Kepada Blogger pengumpulblog.blogspot.com








Salam Perjuangan buat semua teman-teman Bloggers Anak Sarawak™®, syukur & tahniah buat kalian semua kerana memulakan tahun 2013 ini dengan semangat yang jitu seperti yang terbukti jelas dengan kejayaaan menguasai blog ranking negeri Sarawak. Teruskan usaha kalian semua, peringatan buat kalian termasuk saya sendiri akan matlamat asal kita menceburi alam dunia maya ini mempertahankan entiti kerajaan yang kita yakini paling terbaik untuk terus menerajui kepimpinan negeri dan negara amnya. Imbuhan, ranking dan pujian adalah "bonus" semata-mata namun yang penting sekali, kita terus kekalkan identiti team Bloggers Anak Sarawak™® iaitu hanya memaparkan artikel berdasarkan hanya fakta, fakta & fakta bukan berdasarkan spekulasi & provokasi untuk mendapatkan "blog hits" yang tinggi mahupun memburu wang ringgit dan kemewahan. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Melanau Blogger™, Wira Kenyalang™, Sarawak Kolok Mee™® & Keadilan X Sarawak™. -UnReportedNews™®
BalasPadamTerima kasih.. selamat berjuang!
Padamtahniah buat rakan-rakan blogger, teruskan usaha menjadi blog pilihan rakyat.
BalasPadamTahniah rakan2 ... zorro unmasked itu bukan blogger sarawak dan tak tahu apa pasal sarawak.
BalasPadamDia blogger Petaling jaya Selangor dan Bar Fly tua dan pencen