BERAPA BANYAK KALI PAKATAN PEMBANGKANG MAHU BINCANG ISU KALIMAH ALLAH?



Ini bukan kali pertama dan juga bukan kali kedua tetapi sudah banyak kali isu kalimah Allah dibincangkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang. Tetapi, jawapannya tetap sama iaitu ‘tiada keputusan’. Terbaru Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang akan mengadakan perbincangan mengenai kalimah Allah setelah dibangkitkan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng semasa amanatnya sempena Krismas 2012 lepas.

Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Permintaan itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini sebagai suatu penghinaan hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Ia merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut Anwar Ibrahim, isu kalimah Allah akan dibincangkan Pakatan Pembangkang dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang yang dijadualkan pada Selasa ini. Apakah Lim Guan Eng akan menyertai Mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang?

Isu kalimah Allah perlu diselesaikan segera kerana boleh menyebabkan sokongan pengundi terhadap Pakatan Pembangkang akan merosot. Kemunculan isu Kalimah Allah ini sebenarnya telah memberikan kekuatan kepada UMNO dan BN dalam mendapatkan sokongan pengundi berdasarkan pegangan komponen BN.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga menjelaskan Majlis Tertinggi Pakatan Pembangkang sedia menerima cadangan dan pandangan baru berkenan isu Kalimah Allah ini.

Sekiranya ada pihak yang membangkitkan dan mengemukakan pandangan baru, Majlis Pakatan Pembangkang akan membincangkan secara terbuka. Jika majoriti pihak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah tersebut maka berkemungkinan Pakatan Pembangkang akan memperakui penggunaannya. Ini tidak mustahil.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 4, 2013 at 12:35 PM

TAK PAYAH BUANG MASA DAN TENAGALAH Pakatan Haram Rakyat untuk bincang isu penggunaan nama ALLAH oleh kafirun. Kalau betul-betul nak gunakan kalimah itu, suruh sahaja LGN dan konco-konco mereka mengucap dua KALIMAH SYAHADAH. Selesai perkara. Nak guna nama Allah tetapi tidak beriman kepadaNya dan Nabi Mohammed s.w.s. Tidak kah itu kafirun, musyrikun dan munafikun tahap super mega namanya?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger