Manifesto dan kempen Pakatan Pembangkang sama ada PKR, PAS dan DAP ialah
“memperjuangkan nasib orang Melayu dan memelihara kepentingan agama Islam.
Itulah cara untuk mendapatkan undi orang Melayu kata Anwar Ibrahim.
Di pihak BN pula pasti akan guna pendekatan yang sama dan untuk itu Anwar
Ibrahim meminta setiap ahli Pakatan Pembangkang mempersiapkan diri dengan
segala macam bentuk ‘serangan’ yang dijangka mampu menganggugat persiapan
Pakatan Pembangkang.
Justeru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan
kepimpinan PR dengan dibantu penyokong perlu kuat melengkapkan diri dengan
persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar berkata lagi pimpinan Pakatan Pembangkang sepakat untuk membersihkan
sistem pentadbiran.
"Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah,
kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara," katanya.
Sementara itu, Anwar turut menasihatkan masyarakat di Gemas, Tampin dan
kawasan sekitar untuk membantu hasrat Pakatan Pembangkang dalam menawan
Putrajaya dengan menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini.
“Kita kena tawan Negeri Sembilan. Kerusi sikit sangat ni... Pekan Cina,
kawasan India, Melayu dari Negeri Sembilan untuk bantu kita tawan
Putrajaya," katanya.
Terdahulu, pada siri jelajah sehari di Negeri Sembilan, Anwar Ibrahim turut
singgah di beberapa lokasi iaitu Melang, Kuala Pilah; Taman Anggerik, Batu
Kikir; Kampung Temeris, Senaling dan terakhir di pekan Pasir Besar.








Bukan dia amalkan depan belakang sama ke?
BalasPadamMereka yang disekeliling anuaraljubori perangai macam dia ge adalah pengemar bontot
BalasPadamnauzubillah! Allah itu maha mengetahui hambanya yang dizalimi semuga segala cemuhan itu akan dibalas di akhirat kelak. Bertaubatlah, hai, hamba Allah yang gemar mengaibkan sesama islam dan tempatnya di neraka jahanam .takuti takuti oleh kamu....
BalasPadam