ABDUL HADI AWANG PERLEKEHKAN TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU



Bekas guru dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) mengutuk kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang memperlekehkan taraf pendidikan berkas penyokong tegar PAS, Zainon Ismail yang juga lebih dikenali sebagai C.N. al-Afghani.

Seharusnya Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada Zainon kerana berjaya membongkar Amanat Haji Hadi yang selama ini membelenggu pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Harus diingat juga kejayaan Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang dan Presiden PAS sekarang ini adalah hasil daripada didikan guru yang mengajar sejak daripada sekolah rendah hingga menengah tentang asas membaca, mengira dan memahami.

Walaupun Zainon bekas guru sekolah rendah, tetapi harus diingat segala pengorbanan dan pengalaman beliau dalam mendidika anak-anak bangsa jangan dipandang mudah.

Ini susulan daripada tindakan Abdul Hadi Awang yang memperlekehkan kewibawaan Zainon atau C.N al-Afghani hanya kerana menulis buku Kafirkah Aku? Ini seorang guru sekolah.

Inilah perangai pemimpin PAS, jika golongan yang menentang mereka ini masih bersama PAS dan mendukung cita-cita PAS ditatang dengan penuh kasih sayang, tetapi apabila membongkar 1001 macam kesalahan PAS, mereka ini ditentang habis-habisan.

Seharusnya Abdul Hadi Awang bersyukur kerana tindakan C.N al-Afghani itu telah menyelamatkan ribuan penyokong PAS agar tidak terus terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang memecahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.    
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger