7 JANJI NAJIB RAZAK GELISAHKAN NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN



Sepanjang 23 tahun memerintah Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS hanya membina sebuah masjid di Kelantan. Sebab itu, Nik Aziz selalu saja memberikan kuliah Subuh mahupun Magrib Isyak di masjid itu sebab dibina oleh PAS. Manakala, kebanyakan masjid dan surau yang terdapat di Kelantan adalah atas usaha UMNO dan BN.

PAS menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Tetapi, apabila Najib Razak dalam lawatannya ke Kelantan dalam program Janji Ditepati minggu lepas dan berjanji akan menunaikan 7 janji untuk rakyat Kelantan, pemimpin PAS Kelantan mula mempersoalkan janji Najib dan BN.


Seperti biasa komen pemimpin PAS yang bermaustautin di Kelantan.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

Ini terbukti apabila isu air kotor yang selama ini menjadi duri dalam daging rakyat Kelantan juga tidak dapat diselesaikan. Bila ditanya, semua ini salah UMNO dan BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati BN.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.

Seperti rasuah juga, Kelantan sehingga hari menjuarai peningkatan kadar jenayah di Malaysia termasuk gejala sosial. Kata Serambi Mekkah tapi gejala sosial melambung tinggi. Difahamkan juga sarang maksiat terletak tidak jauh daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan itu.

Isu tanah Kelantan yang kaya dengan balak yang diberikan kepada Pengerusi DAP Perak dan Setiausaha DAP Perak sehingga kini masih belum ada penyelesaian daripada Nik Aziz sendiri walaupun kedua-dua pemimpin DAP itu telah mengakui menerima tanah balak.

Kini, rakyat Kelantan berpeluang menukar Kerajaan seperti mana yang akan dilakukan oleh rakyat Selangor. Rakyat Selangor sudah marah kepada Pakatan Pembangkang dan akan menunaikan hajat majoriti rakyat Selangor untuk memilih BN.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger