AKHIRNYA YB SUTAN SINARO BERMALAM DI LOKAP POLIS


Benar kata pepatah orang Melayu, kerana mulut badan binasa. Itulah yang boleh digambarkan kepada YB Sutan Sinaro atau lebih dikenali sebagai Yusuf Baharudin yang juga merupakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak yang telah ditangkap polis akibat keceloparan mulutnya terhadap pemimpin negeri.

Ini ekoran daripada kenyataannya dalam laman facebook yang mahu mencederakan Ketua Menteri Sarawak susulan daripada niat mahu mengadakan demonstrasi mahu mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Dipercayai YB Sutan Sinaro diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik sahaja menghantar Pengerusi SAMM, Chegu Bard pada malam Ahad lepas.

Tahniah kepada pasukan polis kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebaik sahaja menerima laporan polis berhubung ugutan ke atas Ketua Menteri Sarawak.

Jika tidak suka sekalipun tidak payahlah hendak mengugut mahu mencedera atau membunuh kerana Malaysia ini masih ada undang-undang.

Sarawak seperti negeri lain juga mempunyai amalan demokrasi dan ia boleh diselesaikan menerusi demokrasi.

Yang pasti Chegu Bard telah ‘lepas’ dan pulang ke Kuala Lumpur dengan aman, manakala YB Sutan Sinaro tidak terlepas sebaliknya bermalam di dalam lokap.


Selamat menikmati jamuan percuma dan tempat tinggal percuma kerana yang salah tetap bersalah.  
 

KEHADIRAN TIAN CHUA KE SARAWAK CETUS 1001 TANDA TANYA?


Selepas kenyataan terbuka beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak dan NGO’s propembangkang yang akan menganjurkan Himpunan Guling Kerajaan di Padang Merdeka, Kuching bersempena dengan ambang sambutan tahun baharu 2014, kehadiran Ahli Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PKR, Tian Chua ke Sarawak telah menguatkan lagi himpunan itu tetap diadakan biarpun ratusan laporan polis dibuat di seluruh negeri Sarawak.

Ahli Parlimen Batu itu terkenal dengan kedegilan dan menjadi ‘mastermind’ dalam beberapa perhimpunan dan demontrasi di Kuala Lumpur sehingga beberapa kali ditangkap polis dan penjara sudah menjadi rumah keduanya.

 

Kekebalan atas nama Yang Berhormat telah menyukarkan Tian Chua daripada terus duduk di penjara biarpun telah secara terang mengaku melakukan tindakan melanggar peraturan.

Tian Chua kini sudah berada di Kuching di mana datang menerusi penerbangan Air Asia pada jam 2.25 petang tadi. Beliau dijangka balik ke Kuala Lumpur pada 3 Januari 2014 jam 9.40 malam dengan menggunakan penerbangan Air Asia AK5217.

 
 

Sasaran pada malam esok pastinya Padang Merdeka, Kuching yang sinonim dengan beberapa perayaan kebangsaan dan kini menjadi pilihan Pakatan Pembangkang untuk mengadakan demontrasi dan perhimpunan haram.

Difahamkan juga selain Tian Chua, turut hadir bersama ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagi sama-sama memeriahkan sambutan tahun baharu 2014 anjuran PKR Sarawak.


Seperti biasa Pakatan Pembangkang akan mengunapakai Perlembagaan yang mengesahkan bahawa kebebasan bersuara dan berhimpun sekaligus ‘menghalalkan’ perhimpunan mereka esok.
 

PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG DIBENARKAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM TETAPI ...


Perhimpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada ambang tahun baharu pastinya akan disertai penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Ini susulan daripada kebenaran yang dikeluarkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, pemimpin Pakatan Pembangkang bebas untuk menyertai mana-mana himpunan selagi selari dengan perjuangan Pakatan Pembangkang.

Mengulas lanjut soal himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini, beliau akui tidak keberatan untuk turut serta.

"Itu bergantung pada setiap rakyat Malaysia. Seperti dulu juga, kalau ada himpunan Bersih dan himpunan lain, mana-mana pemimpin Pakatan Pembangkang bebas untuk menyertainya.

Saya sendiri insya-allah kalau ada kelapangan saya tak keberatan untuk turun," katanya kepada Sinar Harian Online.

Malah beliau turut mengingatkan pihak-pihak yang mengkritik himpunan aman bahawa rakyat bebas menyertai perhimpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Begitu pun sekiranya pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang yang menyertai perhimpunan itu ditahan polis, maka tiada jaminan untuk mereka dijamin sebaliknya menyediakan sendiri peguam dan bayaran sendiri.


Atau lebih tepat lagi itu adalah risiko sendiri dan Pakatan Pembangkang tidak akan menyediakan sebarang peguam bela.
 

MISI CHEGU BARD UNTUK HASUT RAKYAT SARAWAK GAGAL


Hasrat sebenar kedatangan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ke Sarawak telah disifatkan sebagai gagal.

Gagal kerana tidak berupaya menghasut anak muda tempatan untuk menentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dijadualkan semalam di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak di Jalan Bako.

Sebelum ini Chegu Bard yang juga pemimpin PKR Parlimen Jelebu itu telah mengajak rakyat Sarawak khususnya orang muda untuk melakukan demonstrasi bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Tindakan Chegu Bard itu yang cuba mencampuri urusan politik Sarawak telah menyebabkan rakyat Sarawak khususnya komponen BN Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP serta beberapa NGO’s lain membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu.

Sebaliknya hanya beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, SAMM Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang ‘berani’ menyahut seruan Chegu Bard.

Terdahulu sebelum ini beberapa pemimpin PKR Sarawak ‘membantah’ perhimpunan ini yang disifatkan sebagai ‘mencampuri politik Sarawak’ dan sekali gus menidakkan peranan PKR Sarawak di negeri sendiri.

Alasan yang diberikan ialah mengikut Perlembagaan bahawa demonstrasi dibolehkan atas nama kebebasan bersuara. Ini mengikut pemimpin AMK dan PKR yang kebanyakan mereka terdiri daripada peguam syariah.

Kehadiran Chegu Bard dan rombongan di Kuching sekitar jam 1.30 petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hanya disambut oleh beberapa ‘peminat’ sahaja.

Seperti biasa ramai di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak resah sekiranya Chegu Bard akan ditahan di lapangan terbang dan dihantar balik seperti mana yang dikenakan ke atas beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang lain sebelum ini.


Sebaliknya Chegu Bard dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa halangan walaupun kita ada kuasa untuk menyekat beliau kerana secara terang-terangan kedatangan beliau adalah berniat untuk menghasut dan menimbulkan kekacauan.
 

SURAT ‘C For CHOAS’ KEPADA RAFIZI RAMLI MENJADI TANDA TANYA


Kecoh dalam media sosial apabila sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh rakan karib Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.

Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.

Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.

Ini susulan daripada kejayaan taktik yang digunasama pada Perhimpunan BERSIH sebelum ini sehingga menjadikan perhimpunan itu mendapat sokongan masyarakat luar negara.

Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada UMNO dan BN dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.
Inilah modus operandi sebenar cybertrooper Pakatan Pembangkang dalam memastikan setiap pergerakan perhimpunan haram itu berjaya dan mendapat tontonan masyarakat dunia.


Tidak cukup dengan itu, surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.
 

PEMILIK AKAUN FACEBOOK ANCAM ‘BUNUH’ KETUA MENTERI SARAWAK?


Keghairahan penganjur Demontrasi Di Hadapan Rumah Ketua Menteri Sarawak ‘mengiklankan’ demontrasi itu di media sosial telah menyebabkan kelemahan ketara penganjur apabila kenyataannya di dalam facebook yang bersifat ancaman serius kepada Ketua Menteri Sarawak telah dikenal pasti.

Portal Sarawak Online dan blog Melanau Blogger telah mengesan dan menjumpai satu status laman sosial facebook bernama 'YB Sutan Sinaro' milik penama Yusuf bin Bahrudin membuat satu ancaman kecederaan serius untuk memecahkan kepala Ketua Menteri Sarawak yang mana ianya boleh menyebabkan kematian.

Ini sekaligus boleh diklasifikasikan sebagai ancaman bunuh dan suatu yang perlu diambil tindakan tegas, dan segera seperti mana yang dilakukan polis ke atas pemilik akaun facebook yang ditangkap di Saratok tempoh hari apabila bertindak sebagai penganjur dalam Himpunan Guling Kerajaan yang dijadualkan pada 31 Disember kelak.

Dipercayai Yusuf bin Bahrudin yang merupakan Setiausaha (AMK) Sarawak mengadakan bekerjasama dengan Pengerusi SAMM dari Semenanjung, Chegubard dalam mengadakan himpunan haram di hadapan rumah Ketua Menteri Sarawak pada esok hari 29 Disember 2013.

Bagi sesetengah pihak khususnya penyokong Pakatan Pembangkang menganggap apa yang cuba dibuat pemimpin mereka itu hanya bertujuan ‘baik’, tetapi bagi majoriti rakyat Sarawak yang pelbagai kaum itu melihat tindakan Pakatan Pembangkang itu sebagai serius dan membimbangkang khususnya ke atas kepimpinan tertinggi negeri yang dipilih rakyat.

Jelas bahawa Pakatan Pembangkang di Sarawak ini tidak menghormati demokrasi yang diamalkan di Malaysia seperti mana yang dilaungkan rakan mereka di Semenanjung.

Ini sekaligus menggambarkan Pakatan Pembangkang cetek ilmu dan mahu melihat kehancuran negeri dan negara di masa depan.


Apa yang penting segala maklumat dan ‘bukti’ berhubung tindakan Setiausaha AMK Sarawak ini sangat keterlaluan dan kini terpulang kepada tindakan pihak berkuasa keselamatan.
 

BLOG SEMATAN KE LAWAS DEDAHKAN IDENTITI PENGANJUR HIMPUNAN GULING KERAJAAN DI SARAWAK


Klik di atas gambar 

Selain di Dataran Merdeka, Padang Merdeka, Kuching juga antara pilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak bagi mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada malam ambang 31 Disember 2013.

Bertemakan ‘Kuasa Rakyat’, penganjur yang juga AMK Sarawak telah mula mengedarkan risalah di media sosial menerusi laman facebook dan blog dengan menyeru anak-anak muda yang inginkan perubahan landskap politik dengan menyertai Himpunan Guling Kerajaan pada malam tersebut.

Selain AMK Sarawak, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berhasrat mengadakan demontrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada 29 Disember juga turut serta bagi memeriahkan suasana himpunan.

Ekoran itu, seorang blogger tempatan Sarawak yang dikenali Sematan Ke Lawas telah mendedahkan beberapa orang identiti penganjur yang bertanggungjawab menganjur dan menyebarkan hebahan himpunan pada malam itu.

Menurut Sematan Ke Lawas di sebalik penganjuran itu ada 5 orang ‘wira’ Sarawak yang dijangka akan menjadi popular dalam masa yang singkat.


Selain bertindak sebagai penganjur, kelima-lima ‘wira’ ini juga akan bertindak sebagai mastermind kepada penganjuran kali ini yang diadakan serentak di Kuala Lumpur.

Ini adalah sebahagian sahaja dan dipercayai lebih ramai ‘mastermind’ memandangkan himpunan ini merupakan himpunan haram yang pastinya melanggar undang-undang.


Apa pun kini terpulang kepada pihak polis untuk bertindak berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat di seluruh negeri Sarawak.
 

CHEGU BARD TETAPKAN HASRAT BERDEMONTRASI DI HADAPAN RUMAH KETUA MENTERI SARAWAK


Hasrat Chegu Bard untuk ke Sarawak bagi mengadakan demontrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak yang dijadualkan pada 30 Disember ini tetap diteruskan berdasarkan tempahan tiket kapal terbang dari LCCT ke Sarawak.

Berdasarkan info terkini mengesahkan pergerakan Chegu Bard ke Sarawak dari LCCT ke Miri menerusi penerbangan Air Asia pada 29 Disember 2013.

Manakala, penerbangan Air Asia AK 6181 dari Miri ke Kuching pada jam 1335. Dan, balik ke Kuala Lumpur pada 30 Disember 2013 dengan menggunakan penerbangan AK 5217 pada jam 2140.

Melihat kepada perkembangan ini jelas pemimpin dari Semenanjung ini cuba mahu mengeruhkan politik Sarawak yang sememangnya aman dan bebas daripada segala bentuk ancaman.

Kepada pihak terbabit khususnya polis pasti anda tahu tugas seterusnya dengan memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada 29 Disember 2013 nanti.
 

BENARKAH PERHIMPUNAN TURUN TIDAK ADA KAITAN DENGAN HIMPUNAN GULING KERAJAAN PADA 31 DISEMBER INI?


Mengambil kira kos sara hidup, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar bertegas akan meneruskan kempen ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ melalui perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Persoalannya sekarang, apakah Perhimpunan Turun itu kesinambungan Himpunan Guling Kerajaan yang mahu dianjurkan pada tempat, tarikh dan masa yang sama?

Dengan penganjur Himpunan Guling Kerajaan kini sedang diburu polis manakala Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup pula telahpun disiasat polis bagi mengambil keterangan.

Berdasarkan pemerhatian adalah tidak mustahil Perhimpunan Turun itu merupakan kesinambungan Himpunan Guling Kerajaan memandangkan kos sara hidup merupakan sebahagian daripada tujuan Himpunan Guling Kerajaan.

Apa pun polis pasti lebih mengetahui memandangkan siasatan terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup telah disoalsiasat.

Jelas Pengerusi Turun, walau apa pun yang terjadi, beliau akan tetap meneruskan perjuangan tersebut bagi memastikan  nasib rakyat terbela dek kerana kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat kini.

“…sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang terjadi ini tidak akan memberhentikan saya dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) untuk terus memperjuangan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup kini.

“Kempen ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ akan terus berjalan dan Himpunan amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 ini akan diteruskan.

Mengulas perkara yang sama Azan menegaskan bahawa gerakan tersebut sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan.

“…saya menegaskan bahawa Turun sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan dan Turun sentiasa menghormati sistem demokrasi berparlimen di negara kita,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Apa pun dengan peningkatan kos sara hidup sekarang kerajaan sewajarnya mencari jalan alternatif untuk membantu rakyat khususnya yang berada di bawah berbanding mereka yang kaya dan berada. 
 

PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG DI SEBALIK HIMPUNAN GULING KERAJAAN?


Menurut sumber, beberapa pemimpin parti politik yang terlibat dalam beberapa siri perhimpunan haram di ibu negara termasuk BERSIH sebelum ini dikesan menjadi dalang dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.

Ini secara jelas menggambarkan pemimpin pembangkang ini tidak menghormati perlembagaan dan demokrasi di Malaysia seperti mana yang mereka sendiri laungkan dalam ceramah politik mereka.

Kesempatan Himpunan Guling Kerajaan ini sebenarnya pemimpin pembangkang telah menggunakan dan memperalatkan golongan belia termasuk mahasiswa untuk menentang kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Ini sesuatu yang sangat tidak baik dan memberikan masa depan yang gelap kepada mahasiswa dan belia yang keluarga menghantar mereka belajar di universiti untuk menimba pengetahuan dan bukannya menjadi alat perhimpunan haram.

Kata sumber itu, mereka berselindung di sebalik persatuan yang ditubuhkan mahasiswa bertujuan bagi menarik orang ramai khususnya golongan muda untuk berhimpun pada hari tersebut.

Difahamkan, provokasi melampau itu turut menyebabkan seorang pemilik akaun Facebook yang kini diburu polis mengeluarkan kenyataan menghasut melakukan rusuhan selain meminta orang ramai membawa bom untuk tujuan itu.

"Siasatan jelas mendapati ada penglibatan beberapa pemimpin politik dan pihak berkuasa telah mengenal pasti mereka ini.

"Pemimpin politik yang menjadi dalang dalam penganjuran perhimpunan ini adalah mereka yang sentiasa mengeksploitasi mahasiswa dalam perhimpunan terdahulu termasuk BERSIH.

Himpunan Guling Kerajaan yang dijangka diadakan pada 31 Disember ini mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan lebih 200 laporan polis dibuat di seluruh negara setakat ini bagi mendesak pihak berkuasa bertindak menghalangnya.

Jelas, dengan mesej penganjur dan komentar daripada beberapa pemimpin PAS yang menganggap Himpunan Guling Kerajaan ini dianggap sebagai Perhimpunan HARAM.
 

RAFIZI RAMLI DIMINTA KEMUKAKAN BUKTI JANGAN TUDUH KOSONG SAHAJA


Kenyataan akhbar Rafizi Ramli yang mendakwa kerajaan terpaksa menjual aset negara yang bernilai RM5.6 bilion itu telah dicabar Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh.

Hamdan telah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Pengarah Strategik PKR itu untuk membuktikan dakwaan tersebut melalui satu sidang akhbar sebelum tindakan undang-undang diambil kerana menjejaskan imej negara.

Sehubungan itu, Hamdan telah menggesa supaya Rafizi Ramli segera untuk memberi penjelasan terhadap empat perkara seperti disarankan tempoh hari oleh Presiden JMM, Azwanddin Hamzah iaitu:

i) Senarai nama-nama pembeli aset negara yang bernilai RM5.6 billion.

ii) Senarai penuh pembaziran kerajaan bernilai RM5.6 billion.

iii) Peraduan Anak-Anak Ikan peringkat antarabangsa di Pandan 2014.

iv) Tukar nama Comango kepada Comangay.

* Rafizi perlu beri penjelasan dan jawapan atas empat perkara itu untuk membuktikan bahawa beliau adalah anak jantan dan bukan anak ikan. Anak ikan tidak layak duduk di Parlimen tetapi hanya layak duduk di sekitar kawasan Segambut.

* Jika Rafizi gagal memberi senarai nama pembeli-pembeli aset negara bernilai RM5.6 bilion kepada media sebelum akhir tahun ini, maka kita meminta pihak berkuasa ambil tindakan undang-undang terhadap beliau sebab ini adalah satu pembohongan yang amat ketara dan merosakkan imej negara.


Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah Rafizi ini anak jantan atau anak ikan.
 

NENEK RASIS: KETUA PEMBANGKANG PULAU PINANG MAHU SAMAN LIM GUAN ENG


Minta maaf atau akan menghadapi tindakan undang-undang. Demikian menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid yang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung gelaran 'nenek rasis' yang diterimanya baru-baru ini.

Seperti biasa Lim Guan Eng diberi tempoh seminggu (7 hari) untuk meminta maaf kepadanya jika tidak mahu tindakan saman tersebut diteruskan.

Namun, ramai pihak berpendapat Lim Guan Eng memilih tindakan undang-undang disebabkan DAP mempunyai ramai peguam yang pembohong dan kaki putar belit.

Jahara berkata, tindakannya membangkitkan isu gerai peniaga Melayu dirobohkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam DUN ternyata telah diputarbelitkan oleh Guan Eng bagi mengelirukan rakyat tentang perkara sebenar.

"Memfitnah saya sebagai pembohong merupakan serangan peribadi yang serius dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang perempuan dan Ketua Pembangkang DUN.

"Kata-kata berbentuk serangan peribadi ke atas saya adalah tidak wajar dan saya meminta Guan Eng memohon maaf secara terbuka demi menjaga prinsip kebebasan bersuara dan keutuhan institusi DUN serta memelihara kehormatan dan integriti ketua Menteri dan Ketua Pembangkang," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Guan Eng dalam sidang akhbar semasa sidang DUN baru-baru ini menggelar Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Jahara menambah, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng perlu mendengar dan membantu menyelesaikan masalah rakyat serta tidak menyelar sesiapa yang membangkitkan isu sedemikian terutama daripada wakil rakyat.

"Saya minta Guan Eng sebagai ketua sesebuah kerajaan menganalisis semua fakta dengan teliti dan rasional serta positif," ujarnya.

Sudah menjadi amalan DAP yang selama ini rasis dengan kaum Melayu dan Bumiputera dan hanya berpura-pura hanya untuk mendapatkan undi pilihan raya.
 

BANDAR SEKS: DATUK BANDAR MBKS SELAR KENYATAAN AHLI PARLIMEN DAP STAMPIN


Kenyataan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan yang mengatakan Kuching sebagai ‘bandar seks’ telah diselar Datuk Bandar Majlis Bandar raya Kuching Selatan, Datuk James Chan.

James Chan mengingatkan Ahli Parlimen Stampin itu supaya menyemak fakta dengan tepat sebelum mendakwa Kuching dengan pelbagai gelaran negatif. Sebaliknya, Datuk Bandar MBKS menyifatkan Kuching merupakan antara bandar terbaik di dunia di mata masyarakat.

 “Saya bangga sebagai Datuk Bandar MBKS… segelintir individu begitu mudah menuduh bandar raya Kuching bakal menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral.

“Cuba anda lihat dengan baik adakah Kuching seperti itu? Saya rasa seseorang perlu menyemak dahulu fakta dengan tepat sebelum mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan nama baik tempat sendiri,” katanya.

Tambah Chan, semua pusat refleksologi di kawasan MBKS dipantau dan diperiksa secara kerap bukan sahaja oleh MBKS tetapi juga pihak berkuasa lain.

“Jika anda bercakap mengenai aktiviti haram atau tidak bermoral ia berlaku di mana-mana bandar.

“Jika anda cuba mengehadkan itu dan ini kadangkalanya bandar akan menjadi mati juga.

“Saya harap semua pihak akan mengatakan yang baik mengenai bandar sendiri dan walau siapa pun anda, jangan sesekali memburuk-burukkan bandar anda sendiri.

“Jika ada cadangan… sila kemukakan kepada saya atau datuk bandar yang lain atau terus kepada kerajaan, jangan hanya cakap lepas sahaja,” katanya.

Seperti biasa Ahli Parlimen DAP atau mana-mana pemimpin Pembangkang akan cuba untuk menjadi hero biarpun terpaksa memburukkan tempat dan kawasan sendiri demi untuk survival politik mereka yang kini sudah tidak lagi relevan di mata masyarakat. 
 

KERAJAAN BAGI BENIH KELAPA SAWIT PERCUMA TAPI DAP KENAKAN PINJAMAN SEHINGGA 20 TAHUN


Impian Sarawak anjuran DAP Sarawak yang menjurus kepada pemberian anak benih kelapa sawit kepada peneroka di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang sebenarnya indah khabar dari rupa.

DAP Sarawak telah mengagihkan bantuan sebanyak 100 anak benih kelapa sawit kepada Pekebun-Pekebun Kecil Tanah NCR Sarawak di Sri Aman bukan secara percuma tetapi bersyarat.

Pemohon tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada jualan selepas 2 tahun. Ini sangat mendukacitakan dan secara langsung telah membebankan pekebun kecil tanah NCR.

lihatlah bagaimana liciknya DAP menipu rakyat Sarawak yang dikatakan 'percuma' tetapi sebenarnya berbayar. 


Sedangkan kerajaan menerusi MPOB telah melaksanakan pemberian anak benih kelapa sawit kepada pekebun-pekebun kecil tanah NCR secara percuma.

Inisiatif kerajaan menerusi MPOB yang selama ini telah memberikan anak benih kelapa sawit secara percuma kepada peneroka seharusnya menjadi rebutan kepada pekebun-pekebun kecil di Sarawak.


Sehingga setakat bulan Februari 2013, sebanyak 24,740 anak pokok dan 165 beg baja telah diserahkan kepada 90 orang pemohon yang layak.
 

DAP MAMPU BINA RUMAH MURAH RM20,000 SEUNIT DAN TERBUKA KEPADA RAKYAT SARAWAK


Selepas satu poster Rumah Mesra Rakyat dimuatnaik di dalam media sosial telah membuatkan ramai di kalangan rakyat Sarawak cuba untuk memohon dengan datang ke setiap Pusat Khidmat DAP di kawasan berhampiran.

Ini susulan DAP cuba untuk menawarkan rumah yang sangat murah sebanyak RM20,000 seunit. Pada masa kini harga rumah di Sarawak telah naik disebabkan situasi pasaran dan harga tanah meningkat.

Justeru, kesempatan DAP menawarkan harga rumah yang murah telah mendorong ramai rakyat Sarawak yang berminat. Harga ini sangat murah berbanding rumah yang ditawarkan kerajaan dalam kategori Rumah Mesra Rakyat.

Pada Ceramah Perdana DAP di kawasan DUN Tupong dalam Parlimen Petra Jaya bertempat di Taman Heritage, penceramah DAP yang juga Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Mordi ak Bimol  telah mengumumkan di hadapan hadirin yang hadir bahawa kemampuan DAP membina Rumah Mesra Rakyat dengan kos hanya RM20,000, iaitu rumah yang sama dibina kerajaan BN dengan kos RM40,000.

"Kos DAP membina rumah PPRT hanya cuma RM20,000 berbanding pihak BN membina dengan kos RM40,000" kata Mordi.

Menurut Mordi lagi, mereka (DAP) telah berjaya membina rumah bantuan berkenaan di daerah Lundu dan bantuan rumah tersebut akan diteruskan ke beberapa daerah lain dalam program "DAP Go Rural".

Akibat daripada kenyataan itu menyebabkan ramai rakyat yang tertarik dengan kemampuan DAP membina rumah untuk rakyat.

Dengan kemampuan yang ada pada DAP ini agar tidak menyekat ribuan permohonan yang akan diterima.

Jangan hanya jadi jaguh di pentas ceramah, buktikan DAP mampu mengisi keperluan penduduk luar bandar "Go Rural".


Bagi penduduk yang teringin nak memiliki rumah bernilai RM20 ribu dari DAP, silakan bertemu dengan mana-mana ahli DAP dikawasan masing-masing. 
 

IMPIAN SARAWAK: DAP SARAWAK DAHULUI PEMBERIAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT DI SARAWAK


Program Impian Sarawak anjuran DAP Sarawak kini telah memasuki fasa baru dengan memperkenalkan Projek Membekalkan Anak Benih Kelapa Sawit Kepada Pekebun-Pekebun Kecil Tanah NCR Sarawak bertempat di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang.

Program masuk ke kawasan pedalaman ini merupakan anjuran Impian Sarawak yang ketuai DAP Sarawak.

Sebanyak 100 anak benih kelapa sawit telah diagihkan kepada para peserta dengan memaksa peserta yang menyertainya terpaksa membayar sejumlah RM10 bagi satu anak benih kelapa sawit.

Dikatakan mereka terpaksa meminjam selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada jualan selepas 2 tahun.

Ketua DAP Sri Aman Leon Jimat Donald bertanggungjawab dalam pemberian pinjaman anak benih ini kepada peserta di kawasan Sri Aman.

Apakah kerajaan BN tidak pernah memberi bantuan anak benih kepada para peserta tanah NCR?

Difahamkan agensi yang bertanggungjawab menyelaras pemberian anak benih kelapa sawit secara percuma di pihak kerajaan ialah Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

MPOB mempunyai skim pemberian sebanyak 500 anak benih kelapa sawit untuk diberikan kepada para peserta yang memohon. Apakah yang terjadi kepada permohonan mereka itu?

Inipun tertakluk kepada syarat penyukatan perimeter tanah NCR.

Mengikut Laporan Audit Negera, MPOB sebelum ini telah mengagihkan sebanyak 20 juta anak benih kelapa sawit pada tahun 2011, 20 juta anak benih pada tahun 2012 dan pada tahun ini dianggarkan sebanyak 30 juta anak benih.

Namun, persoalannya apakah peruntukan 30 juta bagi tahun 2013 ini telah diagihkan kepada pemohon dan peserta.

Apa pun Impian Sarawak ini telah membuka mata pihak-pihak yang berkenaan bahawa publisiti penting bagi pengetahuan rakyat bahawa DAP kini serius mahu menawan kawasan luar bandar.


 

KETUA POLIS NEGARA TOLONG TANGKAP MAT SABU


Secara terang tanpa perlu bersuluh, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu memberitahu PAS bersama Pakatan Pembangkang serta beberapa aktivitis propembangkang akan mengadakan demontrasi raksasa yang bertujuan membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan.

Difahakan menurut Mat Sabu, demontrasi besar-besaran itu akan diadakan pada 1 Mei 2014 sebagai kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin Pakatan Pembangkang selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.

Hal ini dilakukan hanya kerana mahu mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih pada 2007 yang turut dirancang enam bulan sebelum perhimpunan pada ketika itu.

Bagi mengelak nama PAS dan Pakatan Pembangkang tercemar sebagai penganjur, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan akan disokong oleh parti PR seperti PAS, DAP dan PKR.

Dalam memastikan demontrasi Pakatan Pembangkang ini berjaya, Mat Sabu mengatakan beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan untuk menjayakan demonstrasi raksasa itu.

Pada perkembangan lain, Mat Sabu juga Bersih juga akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil pada tahun hadapan.

“Saya difahamkan pengerusi baru Bersih sedang menyusun pasukannya. Sebaik sahaja selesai, mereka akan mula merancang demonstrasi yang mungkin akan diadakan tahun hadapan atau tahun berikutnya.”

Nampaknya Mat Sabu ini tiada kerja lain selain berusaha mengucar-kacirkan negara yang merupakan sebahagian agenda Pakatan Pembangkang selepas kekalahan dalam PRU-13 lepas.

Inilah pemimpin PAS yang membawa Islam ke arah kehancuran dengan hanya mahu melakukan rusuhan sedangkan kaum lain seperti Cina hanya memikirkan tentang bagaimana mahu meningkatkan ekonomi mereka.


Atas sebab itu tiada alasan lain lagi yang membuatkan polis tidak boleh menangkap Mat Sabu yang sudah secara terang mahu mengadakan demontrasi yang secara langsung menghuru-haraka negara.
 

NAJIB: SAYA LEBIH RELA TIDAK POPULAR HANYA KERANA MAHU MEMAJUKAN NEGARA


Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu di samping desakan rakyat yang mahukan kualiti hidup di Malaysia membuatkan kerajaan terpaksa mengutamakan kepentingan negara khususnya ekonomi.

Atas sebab itu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ‘terpaksa’ menolak kepopularan demi mahu memastikan ekonomi Malaysia berada di landasan betul dalam mencapai negara maju tahun 2020.

Berbeza dengan beberapa negara dunia ketiga di mana yang kini tersepit dengan keperluan ekonomi yang mendesak sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada bank dunia. Namun, tidak bagi Malaysia yang masih bertahan dan memastikan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang betul dan ke hadapan.

Sejak beberapa bulan lepas, kerajaan BN pimpinan Najib Razak sering dikritik akibat pelarasan subsidi minyak, pengenalan GST pada tahun 2015 dan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Akibatnya populariti Najib Razak jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Namun, itu hanya pendapat sebilangan mereka yang berada dalam Merdeka Centre di mana mereka hanya mengambil responden secara rawak dalam kuantiti yang kecil dan tidak mencermin hakikat sebenar kajian.

Apa pun yang berlaku sekarang ini pastinya mempunyai sebab dan kerajaan tidak akan sesekali membiarkan rakyatnya hidup menderita.


Seperti mana negara lain di dunia yang terpaksa mengharungi ketidaktentuan ekonomi dunia, kepimpinan negara akan terus memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan bersaing dalam usaha menjadi Malaysia sebuah negara maju dan rakyatnya hidup dalam berkualiti.
 

BILA URA-URA TOL NAIK, PEMBANGKANG BISING TAPI BILA AIR DI PULAU PINANG NAIK, PEMBANGKANG DIAM


Isu kenaikan menjadi topik utama rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada pemimpin pembangkang. Kononnya sebagai pembela rakyat sehingga sanggup mahu mengadakan demontrasi pada penghujung tahun ini bagi menggulingkan rakyat.

Mengambil situasi Thailand sebagai panduan kepada penyokong pembangkang untuk menukar kerajaan yang dipilih rakyat.

Selepas pengurangan subsidi minyak, pengenalan GST, kenaikan tarif elektrik yang hanya memberi impak kepada penggunaan RM150 ke atas sebulan dan kenaikan tol-tol di lebuh raya di Malaysia, pembangkang menjadikan isu kenaikan ini sebagai modal utama mereka dalam memburukkan rakyat tanpa mengambil kira rasionalnya kerajaan berbuat demikian.

Tetapi, apabila Kerajaan Pulau Pinang menaikkan harga air biarpun telah menidakkan kata-kata Lim Guan Eng sebelum ini yang mengatakan kerajaan pimpinan DAP tidak akan menaikkan harga air, ianya senyap dan tidak bising.

Tiada satupun pemimpin daripada PAS mahupun PKR yang membuat bising akan kenaikan harga air melainkan pemimpin BN.

Juga isu kenaikan gaji pemimpin di Selangor dan Pulau Pinang yang hanya bising sekejap sahaja, tetapi kemudiannya senyap disebabkan ia memberikan kepentingan kepada keseluruhan pemimpin pembangkang.


Ternyata kepimpinan pembangkang hanya bersikap populis berbanding mahu membantu rakyat. Tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang suka menangguk di air keruh itu hanya bersifat kepentingan politik sahaja.
 

FITNAH DAN TOKOK TAMBAH KENYATAAN MENTERI JADI TUGAS UTAMA PENYOKONG PEMBANGKANG



Selepas kekalahan dalam PRU-13, Pakatan Pembangkang kini sudah ketandusan isu sehingga beralih pula kepada permainan persepsi.

Dengan hanya mengambil setengah atau suku kenyataan mana-mana menteri dan menyambungnya kepada ayat yang akan memberikan suatu tanggapan negatif rakyat menjadikan persepsi menjadi pilihan penyokong pembangkang sekarang.

Jika isu GST dan pengurangan subsidi minyak menjadi antara mainan pembangkang yang kononnya membela rakyat, kini persepsi sudah menjadi suatu kebiasaan kepada pembangkang.

Seperti diketahui Ketua Pembangkang dan Setiausaha DAP serta beberapa pemimpin PAS yang merupakan ‘dalang’ kepada mainan persepsi.

Terbaru, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung media sosial.

Menurut Shabery Cheek, “Kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan pendaftaran media sosial atau mengenakan bayaran”.

Namun, penyokong pembangkang telah mengambil suku daripada kenyataan menteri sehingga mengatakan akan mewujudkan Jabatan Facebook Negara dan mengenakan bayaran.

Ini suatu fitnah yang amat terang lagi dahsyat. Nampaknya penyokong pembangkang kini sudah hilang akal logik sehingga sanggup berbohong.


Semoga Allah SWT memberikan balasa setimpal kepada mereka yang melakukan fitnah ini di dunia dan di akhirat.
 

TAHNIAH MAT SABU ATAS LANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG



Kemenangan Mohamad Sabu dalam jawatan Timbalan Presiden PAS yang lepas telah dibayar dengan ‘harga mahal’ apabila telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali berkata, pemilihan itu bertujuan untuk meneruskan kelangsungan parti termasuk dalam konteks kerjasama dengan Pakatan Pembangkang.

Menurutnya juga, faktor anak kelahiran Pulau Pinang dan biasa dengan negeri tersebut juga menjadi sebab kenapa Mat Sabu dipilih sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

"Oleh kerana beliau ialah Timbalan Presiden, saya rasa itu dapat membantu banyak dari segi menyelaraskan kerja-kerja ini.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah pelantikan Mohamad atau Mat Sabu disebabkan kontroversi pada Muktamar PAS ke-59 lalu, Mustafa berkata "Perkara itu tak ada kena mengena.

"Ini proses biasa, setiap parti dan negeri akan ada tukar ganti ini.


Bagaimanapun, ramai penyokong PAS tidak yakin dengan pelantikan Mat Sabu ini kerana sikapnya yang dingin dengan beberapa penyokong PAS Pulau Pinang dan ramai juga masih belum yakin sama ada Mat Sabu mampu atau tidak memimpin PAS Pulau Pinang.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger