Sunday, September 30, 2012



Sebelum ini, Pakatan Pembangkang cukup takut dengan perkataan “Janji Ditepati” seperti mana yang ditunjukkan semasa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-55. Sekali lagi, Pakatan Pembangkang juga ketakutan apabila @NajibRazak membentangkan Bajet 2013 yang bertemakan ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.

Akibat ketakutan itu, Pakatan Pembangkang telah menggunakan senjatanya iaitu Kutuk, Hasut dan Janji untuk meraih simpati dan mengelirukan rakyat.

Dalam setiap ceramah Pakatan Pembangkang, pemimpinnya kerap ‘mengutuk’ pemimpin BN walaupun sesama agama seperti Islam, Kristian dan Buddha. Kutukan itu bersifat menjejaskan maruah pemimpin yang dikutuk dengan menyatakan sesuatu yang tidak benar dan bersifat provokasi. Sebagai contoh, @NajibRazak sendiri menjadi bahan ejekan dan kutukan melampau pemimpin Pakatan Pembangkang walaupun apa yang diperkatakan mereka itu sama sekali bohong.

Selain peribadi, pemimpin Pakatan Pembangkang juga mengutuk kerja-kerja dan dasar-dasar kerajaan yang selama ini amat diterima rakyat. Juga, projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan untu rakyat seperti Langat 2 yang kini menjadi bahan politik Pakatan Pembangkang walaupun ia dilaksanakan mengikut prosedur dan tender terbuka.

Selain kutuk, hasut atau lebih tepat lagi hasutan sememangnya sinonim dengan pemimpin Pakatan Pembangkang. Selain menerusi media sosial, hasutan Pakatan Pembangkang juga dilakukan semasa ceramah Pakatan Pembangkang yang kesemua kandungan ceramahnya bersifat menghasut terutamanya golongan belia. Hasutan ini merangkumi apa yang dilakukan kerajaan selama ini khususnya kepada belia dalam menyediakan platform untuk mendapatkan pekerjaan disifatkan sebagai janji palsu.

Janji, menjadi suatu senjata ampuh Pakatan Pembangkang. Hampir lima tahun PRU-12 berlalu dan kini bersedia menghadapi PRU-13, Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang masih belum menunaikan janji-janji manifesto PRU-12 kepada rakyat Selangor. Hanya 35 peratus sahaja janji Pakatan Pembangkang yang dilaksanakan manakala selebihnya akan digunakan untuk manifesto PRU-13.

Isu air percuma yang digembar-gemburkan Pakatan Pembangkang yang merupakan sebahagian daripada manifesto PRU-12 kini memakan diri apabila ramai di kalangan rakyat Selangor turun padang mengemukakan saman ke atas Kerajaan Selangor. Sehingga kini, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim senyap dan sunyi dengan enggan memberi komen sebaliknya berdolak-dalih bahawa itu semuanya disebabkan UMNO dan BN.
Inilah taktik dan senjata Pakatan Pembangkang yang digunakan untuk menyaingi pemimpin BN yang ketika ini di landasan betul bagi mengembalikan kegemilangan BN di hati rakyat. Pakatan Pembangkang tiada sebarang pilihan melainkan menggunakan senjata kutuk, hasut dan janji kepada rakyat. 


Tersentak dengan Bajet 2013 yang dibentangkan @NajibRazak yang secara keseluruhannya terbaik dalam sejarah pembentangan Bajet dan telah berjaya memuaskan hati rakyat. Seperti biasa, Pakatan Pembangkang pastinya akan membangkang apa saja yang dibuat BN walaupun keputusan itu bertujuan membantu rakyat.

Jika Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2013 sebagai gimik politik, Nik Aziz yang tidak tahu menahu tentang ekonomi menyifatkan Bajet 2013 itu sebagai ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan alasan ianya masih bersifat kebendaan dan jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.

Apakah Bajet 2013 Pakatan Pembangkang akan membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH?

Dakwaan Nik Aziz bahawa Bajet 2013 akan menggalakkan jenayah seperti bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH. Sebagai Mursyidul Am PAS, ternyata pandangan Nik Aziz itu sempit dalam ruang lingkup dan bersifat kecewa.

Kejadian jenayah seperti mana yang dinyatakan Nik Aziz itu berlaku di mana-mana saja di negara di dunia ini. Malah, di negeri-negeri di Malaysia, Kelantan merupakan negeri yang paling tinggi mencatat masalah sosial. Sebagai Menteri Besar Kelantan, apakah tindakan Nik Aziz untuk menanganinya dan adakah ia juga disebabkan BN?

Nik Aziz juga mengakui bahawa sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia  tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. Ini termasuklah DUN Kelantan yang sehingga kini membiarkan emas dan balak di Kelantan ‘dirompak’ dan masalah sosial dan jenayah meningkat saban tahun. 


Setelah mengesahkan dirinya bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menakluki Putrajaya pada PRU-13 akan datang, Anwar Ibrahim ‘berjanji’ akan menyenaraikan seramai 20 orang pemimpin kanan PKR untuk mengisi kabinetnya nanti.

Menjelang PRU-13 ini, PKR telah membayangkan beberapa pemimpin kanan PKR akan mengisi jawatan tertentu dalam kabinet Pakatan Pembangkang mengikut kepakaran masing-masing. Dengan keyakinan, pemimpin PKR akan mendominasi kabinet ini berbanding DAP dan PAS. Ini disahkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre.

Siapakah pemimpin kanan PKR yang akan mewarisi kabinet Pakatan Pembangkang kelak? Bagi mengiktiraf perjuangan pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Zuraida Kamarudin @maklampir, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Saifudin Nasution, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Chua Jui Meng, N Surendran, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Latheefa Koya. Lebih tepat lagi pemimpin PKR yang memegang jawatan timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

Manakala, mereka (ahli-ahli PKR) yang tidak terpilih sebagai calon DUN dan Parlimen akan diberikan jawatan untuk mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. 

Saturday, September 29, 2012



Bagi meraih simpati rakyat Malaysia kononnya Pakatan Pembangkang ‘TIDAK’ mempunyai dana untuk menghadapi PRU-13, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah mengadakan lelongan barangan peribadi kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang. Hasil penjualan lelongan barangan peribadi kedua-dua pemimpin Pakatan Pembangkang itu nanti akan digunakan untuk membiayai kempen Pakatan Pembangkang yang dijadualkan tidak lama lagi.

Aktiviti lelongan itu hanyalah gimik politik kononnya Pakatan Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan dalam membiayai kempen politik mereka walhal dana yang diteri daripada George Soros sebelum ini masih disimpan untuk kegunaan PRU-13. Tujuan mereka mengadakan lelongan hanyalah untuk meraih simpati.

Malaysiakini, SUARAM dan Pakatan Pembangkang menerima dana daripada NED yang merupakan NGO antarabangsa yang dibiayai George Soros, penyagak mata wang antarabangsa yang pernah melumpuhkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Dalam lelongan itu, Lajim Ukim, bekas pemimpin UMNO Sabah yang telah keluar parti pada Ogos lepas telah ‘dipaksa’ untuk membeli surat cinta Anwar Ibrahim yang ditulisnya kepada Wan Azizah sewaktu berada di dalam penjara dahulu dengan nilai RM50,000.

Selain surat cinta Anwar Ibrahim, turut dilelong ialah tongkat Nik Aziz yang pernah digunakan sewaktu sakit belakang selepas menjalani pembedahan dengan nilai RM12,000. Juga, lukisan yang dilukis Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.

DAP tidak ketinggalan dalam lelongan itu apabila Lim Guan Eng menjual pen yang pernah digunakan sewaktu di dalam penjara dengan harga RM23,000. Pen tersebut telah dibeli oleh rakannya dari Selangor, Roniie Liu hasil daripada wang kelab malam dan rumah urut.


Manakala, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak ketinggalan dalam melelong barangan peribadinya apabila menjual gambar dan terendak dengan harga RM17,000. Barangan tersebut berjaya dijual kepada Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor, Sri Jalaraman.

Begitu juga barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS yang berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Syed Husin Ali (RM15,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Secara keseluruhannya, Pakatan Pembangkang telah berjaya mengumpul lebih RM200,000 termasuk hasil jualan meja sebanyak RM22,000.

Ternyata, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menggunakan wang yang diperuntukan kepada mereka untuk membangunkan kawasan DUN dan Parlimen digunakan untuk membeli barangan lelongan itu. Apakah gaji atau elaun Yang Berhormat ‘mampu’ untuk membeli barangan tersebut?

Selama ini mereka kononnya memperjuangkan ‘wang rakyat’, tetapi kini merekalah yang membazirkan ‘wang rakyat’ untuk keperluan yang tidak berfaedah. 


Anwar Ibrahim mendakwa Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagai Bajet PRU-13 manakala, Najib Razak menegaskan Bajet 2013 merangkumi kesejahteraan rakyat dalam menghadapi persaingan ekonomi global yang tidak menentu bersandarkan Janji Ditepati.

Dengan dakwaan semborono, Anwar Ibrahim menyatakan Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak hanya bertujuan mengkayakan ekonomi kroninya. Dakwaan dilontarkan kepada Najib Razak itu berikutan selepas pembentangan Bajet 2013, reaksi rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana menyambut baik Bajet 2013 kali ini yang disifatkan sebagai yang terbaik dalam ekonomi negara.

Jika Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2013 sebagai mengakayakan kroni, Setiausaha PKR, Saifudin Nasution pula melihat Bajet 2013 itu bertujuan menaikkan populariti Najib Razak dan BN kepada rakyat. Dakwaan Saifudin Nasution bersifat kecewa kerana inti pati Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak itu sememangnya untuk rakyat dengan slogan Janji Ditepati.

Soal meraih populariti itu tidak timbul kerana semenjak Najib Razak memegang tampuk Perdana Menteri dan perlaksanaan transformasi dan 1Malaysia serta Janji Ditepati, rakyat menerima Najib Razak dengan hati terbuka. Disumbangkan juga kecelaruan dan kerengganan hubungan PKR, DAP dan PAS dalam pelbagai isu serta isu moral Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Berteraskan Janji Ditepat, Najib Razak menegaskan masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka dan anak-anak mereka sambil menggesa rakyat memberikan mandate kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada.

Persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan sama ada hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi.

"Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada.

Bajet 2013 merupakan antara siri-siri belanjawan yang akan mendorong negara tercinta ke arah pencapaian wawasan nasional.

"Sebagai parti yang telah dimandatkan, kami menyeru rakyat menilai secara kritikal dan rasional akan titipan rekod kejayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN dan sebelum itu perikatan telah selama 55 tahun mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata, hakikat rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan BN sebanyak 12 kali tanpa putus sejak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada.

"Kita tahu ada pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Secara berlapang dada, dalam sebuah negara yang demokratik, kita faham tidak salah menawarkan diri, kerana mereka juga ada hak,  namun pada akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan siapa akan mendapat mandat melalui peti undi.

Sambil memetik madah pujangga, bumi mana tak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak, Najib turut mengakui bahawa kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan tetapi yang membezakan BN dengan pakatan pembangkang ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'an untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.

Najib berkata, pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka.


"Kerana mereka bukan tidak dikenali rakyat Malaysia. Malah, ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila kerajaan berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika kita berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya?

Katanya jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa.

"Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kita bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Bukannya mengambil sikap asal menang, segala-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana."

Kerajaan BN juga pada hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala kepada rakyat sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan terhadap segala masalah mereka.

Memetik kata-kata seorang ahli falsafah Yunani "The measure of a man is what he does with power" Najib berkata justeru pada hari ini, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa, sanggup menggadai segala-galanya hatta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa.

Katanya, kerajaan BN dibimbing prinsip "fastabiqul khairat" seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran yang dibacanya di awal ucapannya, iaitu berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Katanya, pada hakikatnya kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian dan kerajaan  difitnah serta dituduh semahunya.

"Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita banggakan. Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati  dan yang berbakat digilap.

"Sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global. Mudah-mudahan dengan izin-Nya dan sokongan padu rakyat, kita bakal membina sebuah realiti dari impian.

Kepada ALLAH kita berserah sebagai mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2013 itu.

Friday, September 28, 2012



Intipati Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang tadi benar-benar membuatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang tertunduk kecewa dan malu. Ini disebabkan Bajet 2013 sesuai dengan temanya ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia yang semenangnya mahu ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing.

Manakala, Bajet 2013 Pakatan Pembangkang yang dibentangkan sebelum pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri lebih terarah kepada menjahanamkan ekonomi Malaysia dan seterusnya menyebabkan Malaysia bankrap.

Ini sekaligus membuatkan rakyat boleh menilai siapakah (Kerajaan BN atau Pakatan Pembangkang) benar-benar membela rakyat dan menunaikan janji ditepati.

Selepas pembentangan Bajet 2013 itu, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang lain segera melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri bagi mendengar perbahasan berhubung Bajet 2013 pada Isnin ini.


Ini kerana, bermula Isnin ini, Anwar Ibrahim akan membahaskan cadangan Bajet 2013. Dengan harapan, Isnin ini Anwar Ibrahim akan cuba untuk ‘memalukan’ Najib Razak dalam perbahasan itu setelah Anwar Ibrahim dikecewakan dengan teruk pada petang tadi semasa pembentangan Bajet 2013.

Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkang yang tidak akan bersetuju terhadap Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak biarpun pelbagai inisiatif dan pelbagai macam peruntukan yang dikhaskan kepada rakyat dalam menangani ekonomi dunia yang sentiasa berubah.

Secara keseluruhan, rakyat di Malaysia menyambut baik intipati pembentangan Bajet 2013 yang meliputi keseluruhan lapisan sama daripada kanak-kanak sehiggalah kepada golongan veteran. Begitu juga kepada penjawat awam dan swasta sehinggalah kepada syarikat-syarikat besar.

Najib Razak dalam pengakhiran pembentangan Bajet 2013 menggesa rakyat menilai perbuatan dan tindakan yang telah dilaksanakan Kerajaan BN dalam mensejahterakan rakyat berteraskan janji ditepati berbanding Pakatan Pembangkang yang hanya retorik dan berjanji hanya untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya.

Najib Razak juga meminta rakyat menilai semula perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini mentadbir 4 buah negeri tetapi dipenuhi dengan pelbagai macam masalah. Apakah pula yang akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah negara? Justeru, Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak itu telah meliputi keseluruhan dan segenap lapisan masyarakat tanpa meninggalkan kesangsian.


Disebabkan ‘kalah’ dalam perbandingan Bajet 2013 BN dan Bajet 2013 PR, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak itu sebagai gimik politik. Pandangan Anwar Ibrahim ini bersandarkan kepada pelaksanaan BR1M kedua, pemberian bonus kepada penjawat awam, rakyat pelbagai lapisan umur dibela dan disejahterakan. 

"Ini hanya gimik politik. Jelas memang pembentangan Bajet 2013 ini hanya bermotifkan politik," kata Anwar Ibrahim selepas pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, jika Bajet 2013 BN dikatakan gimik politik, Bajet 2013 PR itu bajet apa? Harus diingat bahawa mereka yang layak mengadili Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak ialah rakyat Malaysia.

Selepas dikecewakan dalam isu Jet Peribadi dan kenyataannya yang menyokong anti-Islam dan Yahudi dalam filem Innoncence of Muslims, Anwar Ibrahim sekali lagi dikecewakan dalam Bajet 2013. 

Anwar Ibrahim tertunduk malu ....


Belanjawan 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini:
  
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.  

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,  pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem  percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang" 

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.


Atas kerja kuatnya dalam perhimpunan BERSIH bersama Pakatan Pembangkang dan kerja-kerja seni yang mengutuk kerajaan, Pakatan Pembangkang Selangor telah mengiktiraf A. Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Selangor.

Menteri Besar Selangor dalam ucapannya menyatakan pengiktirafan ini sejajar dengan perjuangan Sasterawan Negara itu yang gigih dan konsisten dalam mengetuai BERSIH dan menulis serta memperjuang isu kemasyarakatan melalui penulisan mengutuk kerajaan. Tidak ramai penulis yang menyebelahi Pakatan Pembangkang dalam mengutuk kerajan melainkan A. Samad Said.


Karya A. Samad Said seperti novel, cerpen dan puisi yang puitis mengutuk kerajaan dan rakyat Malaysia meletakkan dirinya di luar domain permainan kebanyakan sasterawan Melayu lain.

Turut hadir dalam mengiktiraf A. Samad Said ialah Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.


Selepas kemenangan Wong Ho Leng dari DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu 16 Mei 2010 tiada sebarang pembangunan yang dilaksanakan wakil rakyat DAP itu. Sebaliknya, selepas PRK Sibu itu hanya Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dari BN sahaja yang melaksanakan pembangunan termasuklah pembangunan modal insan.

Sebagai wakil rakyat Sibu, apa yang telah dilakukan Wong Ho Leng? Kemenangan Wong Ho Leng dalam PRK Sibu dan PRN Sarawak di DUN Bukit Assek telah membuatkan wakil rakyat DAP itu angkuh dan sombong. Malah, boleh dikatakan tugas Wong Ho Leng sebagai wakil rakyat hanya mengkritik dan menyalahkan kerajaan BN sekiranya permasalahan berlaku di Parlimen Sibu.

Manakala, sebagai kerajaan tempatan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) menghadapi masalah mendapatkan dana yang mencukupi bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasan di bawah bidang kuasanya sejak kerusi Parlimen Sibu dimenangi pihak pembangkang.

Pengerusi MDLBS James Laju Ambok menyatakan sejak pembangkang merampas kerusi Parlimen itu dua tahun lalu pihak majlis berdepan dengan masalah mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan.

Justeru, untuk menjadikan perkara ini tidak berulang, rakyat di ketiga-tiga DUN Nangka, Bawang Assan dan Pelawan harus berubah dan mengubah demi memastikan pembangunan yang diterima sewaktu pemerintahan BN pada PRU-12 lepas diteruskan.

Namun, jika rakyat masih memberi mandat kepada Wong Ho Leng dan DAP memerintah Sibu, nescaya pembangunan Sibu tidak akan berubah malah akan ketinggalan berbanding bandar Kuching dan Miri juga Bintulu.

Dan, PRU-13 nanti adalah masa yang sesuai untuk rakyat Sibu mengubah dan berubah supaya Sibu menjadi lebih sejahtera dan membangun bersama Sarawak.


‘Ustaz’ Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 48, menjelaskan kepada peminat-peminatnya bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya. Sebaliknya, tegas Bob Lokman lagi menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka.

Bob Lokman menyatakan demikian ketika menyampaikan syarahan agama dalam majlis Majlis Jalinan Mesra Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman.

Kenyataan Bob Lokman itu seolah-olah menggambarkan pemimpin PAS yang bertanding pilihan raya sebelum ini adalah mereka yang akan masuk neraka termasuklah Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Azizan Razak dan ramai lagi.

Bob Lokman mengakui beliau tertarik menyertai PAS bukan disebabkan perjuangan PAS dalam Islam sebaliknya tertarik dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tegas Bob Lokman, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan sebaliknya akan mencari makan dengan menyampaikan ceramah politik kepada mereka yang dahagakan kemunculannya di khalayak ramai. Keputusan berundur dari bidang hiburan disebabkan hiburan memudaratkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakan-rakan artis berhenti daripada terlibat dalam bidang hiburan ini. 

Thursday, September 27, 2012



Jika sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham telah mengguris perasaan umat Islam di Malaysia berhubung kenyataannya yang memperlekeh bantahan umat Islam terhadap filem Innoncence of Muslim yang menghina Nabi Muhamad S.A.W, kini Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memperlekehkan Islam.

Juga menerusi twitter, Nga Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan memperlekehkan upacara mengangkat sumpah yang dilakukan umat Islam di dalam masjid.

Andai benar kenyataan Nga Kor Ming itu, kenapa Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang sehingga kini gagal bersumpah secara Islam dalam kes liwatnya ke atas Saiful Bukhari Islam dan kes khalwatnya bersama pelacur Chinadoll?

Umum mengetahui Anwar Ibrahim biarpun telah dicabar untuk bersumpah secara Islam di mana-mana masjid, namun cabaran itu tidak diterima bahkan dipertikaikan. Keadaan ini sama juga dengan perbuatan Nga Kor Ming yang mempertikaikan sumpah secara Islam.

Sikap sebegini memperlihatkan budaya anti-Islam yang ketara. Nga Kor Ming sebelum ini juga telah mempermainkan Islam apabila menyebut ayat-ayat suci al-Quran di dalam ceramah politiknya dan membawa al-Quran kononnya beliau menghormati Islam. Ini semua helah politik dalam mengaburi mata umat Islam termasuklah PAS yang hanya membiarkan perkara ini berlaku. 


Permohonan kuota tambahan haji yang dikemukakan Kerajaan Malaysia pada tahun ini telah ditolak Kerajaan Arab Saudi disebabkan demontrasi BERSIH 3.0 yang dilakukan Pakatan Pembangkang di Mekah dan Madinah pada 26 April 2012 lalu.

Perkara ini didedahkan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat selepas didesak Datuk Ibrahim.

Nota bertarikh 28 Mei itu menyebut Kerajaan Arab Saudi meminta Kerajaan Malaysia menghormati undang-undang negara berkenaan dan mendesak jemaah haji negara ini mengelak daripada terlibat dengan sebarang aktiviti politik, mencetak dan berhimpun di Mekah dan Madinah.


Ternyata kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kuota haji tambahan akibat daripada perbuatan segelintir Pakatan Pembangkang yang mengadakan demontrasi BERSIH 3.0 di Mekah kini menjadi nyata. Akibatnya rakyat Malaysia yang berkeinginan mahu menunaikan haji terpaksa menunggu 35 tahun, iaitu tempoh seseorang itu menunggu giliran pergi haji.

Perkara ini amat memalukan Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam. Sebelum kejadian, Malaysia selaku sebuah negara yang mempunyai hubungan akrab dengan Kerajaan Arab Saudi telah menerima kuota tambahan haji sebanyak 10,000 pada tahun sebelumnya. Namun, disebabkan tingkahlaku Pakatan Pembangkang di negara Arab Saudi itu, kuota tambahan itu terpaksa ditolak tahun ini.

Keputusan itu menyaksikan Kerajaan Arab Saudi tidak senang dengan perbuatan segelintir penyokong Pakatan Pembangkang. Akibatnya, Malaysia kerugian kuota tambahan dan rakyat Malaysia yang berniat mahu menunaikan haji menerusi kuota tambahan itu terpaksa berputih mata.

Kerajaan Malaysia terpaksa mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan Duta Besar di Malaysia bagi menjelaskan perkara sebenar dan memberi jaminan perkara itu tidak akan berulang lagi. 


Anwar Ibrahim yang terkenal dengan lagak lidah bercabangnya telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghina kepada umat Islam di Malaysia dan dunia. Ini susulan daripada bantahan keras umat Islam di seluruh dunia terhadap penerbitan dan penayangan filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Kenyataan Anwar Ibrahim yang disiarkan akhbar Britain, The Scotsman memperlihatkan sikap sebenar Anwar Ibrahim yang memperkecilkan usaha umat Islam di dunia dan Islam yang terbukti menghina Islam dan Rasulullah.

“On the violent reaction to the blasphemous video insulting islam, he (Anwar) agrees there is a “problem with the muslim psyche... people are easily enraged and emotional”.

(Anwar Ibrahim, The Scotsman)

Anwar Ibrahim dalam artikel itu sanggup menyatakan umat Islam di dunia ini mudah marah dan beremosi di saat berlakunya penghinaan terhadap Islam. Kenyataan Anwar Ibrahim itu sama ertinya dengan twitter yang ditulis Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang sebelum ini mempersoalkan adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk itu.

Artikel tulis Eddie Barnes dalam The Scotsman antara lain Anwar Ibrahim menyatakan ‘terdapat masalah di dalam jiwa umat Islam... mereka mudah marah dan beremosi’.

Bagi seluruh umat Islam di dunia termasuk di Malaysia, bantahan terhadap filem Innocence of Muslims adalah untuk mempertahankan akidah Islam yang kini menjadi alat permainan kaum Yahudi dan kafir laknatullah. Akidah merupakan tunjang kehidupan kepada muslim.

Ekoran perkembangan terbaru ini, rakyat Malaysia khususnya umat Islam harus berasa takut tentang masa depan Malaysia jika Pakatan Pembangkang memerintah. Pastinya mereka yang anti Islam seperti DAP akan menindas umat Islam di Malaysia dan kehidupan akan berubah.

Yang nyata tindakan Anwar Ibrahim itu seolah-olah mempersetujui tindakan kaum Yahudi itu menghina Rasulullah s.a.w.

Wednesday, September 26, 2012



Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di lobi Parlimen menegaskan Jet Peribadi yang dinaikinya, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin ke Labuan, Sabah dan ke Sarawak adalah dipinjamkan ‘kawan’nya dari Sarawak.

Bagaimanapun, kenyataan Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan Jet Peribadi yang membawa Anwar Ibrahim dan rombongan Pakatan Pembangkang itu disewa khas dengan bayaran sebanyak RM96,000 (AS$30,000). Kos ini merangkumi bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Jelas Taufik, beliau tidak mengetahui siapa penumpangnya sehinggalah melihat Anwar Ibrahim dan rakan-rakan Pakatan Pembangkang menaikinya. "Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu," kata Mohd. Taufik lagi.



Pengasas PKR, Ng Lum Yong mendedahkan Anwar Ibrahim dan rombongan Pakatan Pembangkang kerap pergi ke Sabah dan Sarawak dengan menggunakan Jet Peribadi. Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim naik Jet Peribadi ke Sabah dan Sarawak. Umum mengetahui Anwar Ibrahim gemar menggunakan Jet Peribadi ke sesuatu tempat berbanding menaik kapal terbang sama ada Air Asia mahupun Penerbangan Malaysia.

Persoalan di sini, siapakah ahli perniagaan dari Sarawak yang membiayai penerbangan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang ke Labuan dan Sarawak?


Berikutan ‘pembohongan melampau’ pemimpin PKR Sarawak, Timbalan Pengerusi (Komunikasi) PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan Naib Presidennya See Chee How yang juga ADUN Batu Lintang, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman terhadap kedua-dua mereka itu.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah membenarkan permohonan Taib untuk menarik balik saman terhadap Timbalan Pengerusi (Komunikasi) PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan Naib Presidennya See Chee How, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, selepas mendengar hujahan pihak plaintif dan defendan.

Atas keprihatinan sebagai seorang hamba Allah dan sikap kepimpinan yang tidak pernah menganiayai orang lain sepanjang memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud akhirnya menarik balik saman fitnah beliau terhadap dua pemimpin PKR di Mahkamah Tinggi.

Dalam permohonan maaf mereka, Wan Zainal Abidin dan See mengakui artikel dan kenyataan yang dibuat mereka adalah tidak benar dan tidak berasas.

Menjadi kelaziman pemimpin Pakatan Pembangkang di Sarawak dan Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia, peribadi Taib Mahmud sering menjadi kecaman politik walaupun hakikatnya dakwaan itu adalah tidak benar.

Seringkali Pakatan Pembangkang memfitnah dan mengeji peribadi Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak itu tetap tenang menghadapinya. Berpegang kepada kebenaran dan Islam, Taib Mahmud percaya Allah swt akan memelihara mereka yang dianiaya.


Kedua-dua pemimpin PKR Sarawak itu, Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan See Chee How sebelu ini telah menerbitkan risalah berbaur hasutan dan fitnah di dalam akhbar pada 11 April, 2007 dengan menyatakan ‘Taib mengawal perdagangan kayu balak di Sarawak dan beliau telah menyalahgunakan kedudukannya dengan secara rasuah untuk memperoleh atau menerima bayaran sebanyak RM32 juta sebagai balasan membenarkan syarikat-syarikat perkapalan menjalankan perniagaan dengan lancar, ditarik balik tanpa kos’.

Artikel itu diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin dan disertakan dengan gambar Taib, telah mencemarkan reputasi beliau sebagai seorang individu, ahli politik dan Ketua Menteri Sarawak, di samping mengaibkan beliau


Selain menerbitkan di dalam akhbar, pemimpin PKR Sarawak itu juga mengedarkan risalah dan artikel itu kepada orang awam termasuk pengunjung, pejalan kaki dan pengguna jalan raya di kompleks beli-belah Electra House di sini, pasar terbuka dan kawasan kejiranan berdekatan.

Kebiadapan mereka itu ada asasnya memandangkan ketika itu Pakatan Pembangkang nekad untuk menghadapi BN pada PRU-12.


Isu air Selangor kini sampai ke kemuncak apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberikan amaran akan membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor jika Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Pembangkang tidak meneruskan Projek Langat 2.

Bagi bakal Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menjelaskan tindakan Kerajaan Pahang itu akan merugikan Pahang sehingga RM60 juta. Tindakan ini juga pastinya menyebabkan rakyat Selangor sengsara kerana krisis air bersih yang berterusan.

Dalam krisis air bersih, keengganan Kerajaan Selangor memberi laluan kepada Kerajaan Persekutuan dalam Projek Langat 2 dijangka akan menyebabkan krisis air yang meruncing terhadap rakyat Selangor. Hasrat kerajaan supaya Projek Langat 2 itu nanti akan menampung jumlah pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam tempoh jangka panjang.

Bagaimanapun, Projek Langat 2 yang dikendalikan Kerajaan Persekutuan menerusi tender terbuka telah disalahtafsirkan Kerajaan Pakatan Pembangkang dan mengaitkannya dalam isu politik. Sedangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri mengadakan Projek Langat 2 itu adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah air bersih di Selangor yang kian runcing.

Terdahulu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menyatakan kegembiraannya terhadap cadangan Menteri Besar Pahang, yang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah jika projek pembinaan LRA Langat 2 tidak diteruskan.

Ternyata kenyataan pemimpin Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pahang ini tidak sependapat. Ketidaksependapat terhadap kenyataan Projek Langat 2 ini menyaksikan sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang tidak mengendah krisis air bersih yang dijangka berlaku kepada rakyat Selangor pada tahun 2016.

Bagi pemimpin Pakatan Pembangkang, mereka lebih suka melihat rakyat Selangor menderita daripada menjaga dan memelihara kebajikan rakyat Selangor. Selain hanya menabur janji, pemimpin Pakatan Pembangkang akan mengutuk dan menghina segala macam perancangan Kerajaan Persekutuan termasuklah Projek Langat 2 yang disifatkan sebagai projek kroni. Jika Pakatan Pembangkang bersikap sedemikian, alangkah malangnya politik Malaysia yang mana setiap tingkahlaku yang menjaga kebajikan rakyat dipolitikkan. 

Tuesday, September 25, 2012



Akibat tertekan dengan desakan rakyat terhadap campur tangan asing dalam beberapa agensi dan NGO’s Malaysia, Setiausaha PKR Saifudin Nasution Ismail menyelar tindakan itu tidak berasas dan bermotifkan mahu memburukkan PKR dan Pakatan Pembangkang.

Ini susulan daripada tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai wujudnya campur tangan kuasa asing membantu pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan.

Apakah rakyat tidak sedar bahawa adalah bodoh dan ruginya pemberi (George Soros) tidak mahu mendapatkan apa-apa hanya sekadar memberi? PKR dan Pakatan Pembangkang atau Malaysiakini juga SUARAM bukanlah Pusat Kebajikan Masyarakat yang memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan.

Kini, secara terang Ketua Eksekutif Malaysiakini mengakui menerima dana asing daripada NED yang diterajui George Soros. Manakala, SUARAM kini terpaksa meminta bantuan SUHAKAM akibat tidak tahan dengan desakan pihak berkuasa untuk menyiasat dana yang diperolehi mereka bagi meneruskan operasi di Malaysia.

Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut untuk disiasat. Berani kerana benar dan takut kerana salah.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!