KUCHING, 15 Julai – Ketika umat Islam sibuk melakukan persiapan menerima
kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak, Anwar Ibrahim sibuk pula melakukan ‘lawatan’
ke Kuching dalam rangka persiapan PRU-13. Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kuching
sememangnya suatu langkah terdesak memandangkan kehadiran kumpulan sebelumnya ke
Kuching yang diketuai Azmin Ali sebelum ini tidak mendapat sambutan.
PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian mengharapkan impak kedatangan Anwar
Ibrahim akan dapat mengatasi kehadiran Azmin Ali dan Mak Lampir sebelum ini,
tetapi tidak berjaya bahkan lebih teruk daripada yang diharapkan.
Bertempat di kawasan yang sama, Ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan PKR
Sarawak di belakang kawasan Satok yang berbau busuk menjadi lokasi pilihan PKR
Sarawak. Alasannya, ia mudah kerana diadakan di belakang Pejabat PKR Bahagian
Kuching dan di belakang Restoran DiDi milik Nurhanim Mokhsen, Ketua Wanita PKR
Sarawak.
Selepas ceramah, Anwar Ibrahim boleh makan dan minum percuma di Restoran
milik Nurahim Mokhsen. Sebelum berceramah di Satok, Anwar Ibrahim telah
menyampaikan ceramah di sebuah restoran Seafood milik Cina di Lundu, tetapi difahamkan
tidak mendapat sambutan. Keadaan ini menyebabkan Anwar Ibrahim hanya berceramah
di situ tidak sampai 20 minit saja dan bergegas ke Satok yang dikatakan
mempunyai ramai penonton.
Anwar Ibrahim yang dijadualkan sampai di Satok jam 8.00 malam sebaliknya hanya
sampai jam 10.30 malam. Ketidaktepatan janji pihak penganjur menyebabkan ramai
di kalangan penonton tidak berpuashati dan ada di antara mereka mula balik
kerana sudah lama menunggu. Ini kerana keesokkan harinya merupakan hari bekerja
bagi kebanyakan penonton berbeza dengan penganjur yang kebanyakkannya bekerja
sendiri.
Kehadiran Anwar Ibrahim disambut dengan laungan ‘reformasi’ dan ada juga
yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan melaungkan ‘booooo’. Begitupun, ia
tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim yang sememangnya diakui mempunyai
perasaan yang tidak malu.
Anwar Ibrahim dalam ucapannya mengakui dirinya kini menjadi perhatian
pemimpin BN dan percaya perhatian itu membuatkan dirinya semakin popular
biarpun sejak akhir-akhir ini kes liwatnya kembali hangat diperkatakan rakyat. Ditambah
pula dengan cabaran Anwar Ibrahim untuk
berdebat dengan Perdana Menteri tidak mendapat layanan dan ini membuatkan Anwar
Ibrahim begitu marah dan menjaja pemimpin BN pengecut. Apa pun ini tidak
menjadi halangan Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Pembangkang dalam PRU-13
akan datang.
Seperti biasa Anwar Ibrahim cuba untuk mempengaruhi penonton bahawa selama
ini pemimpin BN begitu lantang ‘menyerang’ pemimpin Pakatan Pembangkang
termasuk dirinya kerana diizinkan Perdana Menteri. Kenyataan Anwar Ibrahim
ternyata menyimpang jauh dan bersifat fitnah. Hakikatnya, sebelum ini isu
mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya, isu kapal selam Scorpone dan
beberapa isu lain adalah rancangan asal Anwar Ibrahim untuk memburukkan nama
Najib Razak. Ini sendiri diakui bekas-bekas pemimpin PKR dan bekas-bekas
Setiausaha Sulitnya yang pada ketika itu sangat rapat bersama Anwar Ibrahim.
Tamatnya kontrak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
sebagai senator menyebabkan Perdana Menteri terpaksa memangku jawatan itu. Namun,
disebalik tindakan itu, Pakatan Pembangkang berasakan tidak selesa kerana takut
disebalik keperibadian Najib Razak yang baik membuatkan ramai di kalangan
wanita di Malaysia menyokong BN dan 1Malaysia. Disebabkan itu, Anwar Ibrahim
begitu lantang mengkritik tindakan Najib Razak melantik dirinya sendiri
memangku jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan menyifatkan ia
suatu tindakan pemimpin BN yang lemah.
Seperti biasa fokus utama Anwar Ibrahim kini ialah ke Putrajaya. Dalam pada
itu, Anwar Ibrahim juga menggesa PKR Sarawak menawan Petra Jaya yang menjadi
nadi kepada BN di Sarawak.
Dalam krisis kepercayaan, Anwar Ibrahim kini mengingatkan kembali bahawa
sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 akan datang ini, harga minyak akan
turun dalam tempoh 24 jam. Kenapa negeri-negeri jajahan Pakatan Pembangkang
seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak pula diturunkan harga
minyak???
Jika sebelum ini kerajaan berusaha untuk memastikan pekerja di sektor awam
dan swasta akan menikmati gaji minimum, Anwar Ibrahim pula seperti menjanjikan
bulan dan bintang mengulangi dalam buku Jingga bahawa gaji minimum setiap
pekerja di Malaysia ialah RM1,500 sebulan. Bagaimana pula dengan gaji minimum
yang cuba diadakan di Selangor sebelum ini yang masih belum dilaksanakan
meskipun telah diwar-warkan kepada media.
Dengan hasil lawatannya ke beberapa negara seperti India, Turki dan Qatar, Anwar
Ibrahim mengatakan negara-negara tersebut menyokong dirinya sebagai calon layak
menjadi Perdana Menteri pada PRU-13. Namun, beliau tidak pula menyatakan kriteria
dirinya sebagai calon yang sesuai. Ini kerana dengan skandal gay, biseksual dan
transgender yang menyelebungi dirinya yang sehingga ini masih belum selesai.
Dengan menyatakan kehebatannya dalam ekonomi, Anwar Ibrahim menyifatkan
sepanjang tempoh pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, negara telah
mengalami hutang sebanyak 75 peratus. Namun, kenyataan Anwar Ibrahim itu tidak
pula ditunjukkan dengan bukti sebaliknya hanya hentam keromo sahaja. Hakikatnya,
seperti telah dimaklumkan Bank Negara sebelum ini bahawa hutang negara telah
berjaya diselesaikan dengan jayanya.
Ceramah Anwar Ibrahim itu hanya dihadiri kira-kira 450 penonton yang
merupakan penyokong tegar PKR Sarawak biarpun ada di kalangan mereka
mempersoalkan intipati ceramah Anwar Ibrahim.
Ternyata selesai ceramah, Anwar Ibrahim tidak berapa gembira dengan
kehadiran penonton dan lokasi yang dipilih PKR Sarawak. Kekurangan penonton
telah membuatkan Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin BN yang banyak menyerang
dirinya sejak akhir-akhir ini. Tetapi, kebanyakan penonton yang hadir
sebenarnya bukan mahu mendengar kandungan ceramah Anwar Ibrahim sebaliknya mahu
melihat wajah Anwar Ibrahim secara lebih dekat dengan desas-desus wajahnya kini
sudah hilang serinya akibat perbuatan seks liwatnya bersama Saiful Bukhari
Azlan yang dikatakan di’makan’ sumpah.