Kesemua pemandu teksi di seluruh Malaysia layak dan akan menerima Baucar
Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) bagi meringankan beban dan keselesaan. Ini adalah
satu daripada keprihatinan kerajaan kepada rakyat khususnya pemandu teksi.
Pemberian ini sesuatu yang tidak diduga dan seharusnya pemandu teksi berasa
bersyukur atas pemberian TR1Ma yang tidak pernah diimpikan selama ini.
Namun, gangguan periuk nasi pemandu teksi di Sarawak terutama di bahagian
Sibu akibat pihak yang tidak bertanggung jawab. Situasi ini bukan saja berlaku
di Sarawak atau Sibu, malah juga berlaku di Semenanjung dan Sabah akibat
kemunculan ulat-ulat.
Di Sarawak, pengusaha van dan kereta sapu haram ataupun lebih dikenali
‘prebet’ dalam kalangan penduduk tempatan menghantui pemandu teksi. Selain tidak
berlesen dan penumpangnya terdedah dengan risiko kemalangan yang tidak
berinsuran, kemunculan mereka menganggu rezeki pemandu teksi.
Dalam hal ini, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) harus mengetatkan pemantauan dan bukannya membiarkan
gejala ini terus berkembang seperti mana yang berlaku hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang menang PRK Sibu pada
2010 lepas langsung tidak memperdulikan nasib rakyat khususnya di Sibu. Jika,
sewaktu kempen, janji-janji pilihan raya hampir satu lori ditaburkan, tetapi
apabila sudah menang satu pun tidak ditunaikan sebaliknya menunding jari kepada
kerajaan BN sahaja.
Apakah kemenangan DAP dan Pakatan Pembangkang hanya untuk mengkritik
kerajaan? Jika ini terus berlaku, amatlah mudah kerja dan tugasan pemimpin
Pakatan Pembangkang apabila menang pilihan raya hanya mengkritik kerajaan.



































