Thursday, May 31, 2012





#Srwkamek Jika Anwar Ibrahim menjadi pilihan anda sebagai Perdana Menteri, anda sewajarnya harus berfikir 1001 banyak kali. Sebabnya, jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas PRU-13 akan datang nescaya Malaysia ini akan secara tepatnya digadaikan kepada negara-negara kuasa asing dan yahudi.

Kini, biarpun hanya bertindak sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR (jawatan yang tiada dalam perlembagaan PKR) , Anwar Ibrahim sanggup mengkhianati negara dengan melemparkan pandangan negatif terhadap Malaysia. Apakah orang sebegini yang sanggup diangkat sebagai Perdana Menteri kerana dalam masa yang sama mahu menghancurkan negara Malaysia ini?

Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam Mohd Nor di Kuching telah merungkai banyak persoalan berhubung peribadi dan juga karektor sebenar Anwar Ibrahim yang kini sudah tidak lagi relevan di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Semenanjung Malaysia.

Ternyata apa yang diperkatakan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim itu benar-benar memanaskan telinga penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim di Sarawak sehingga menyebabkan mereka terpaksa menjerit-jerit bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan pendedahan YB Mohd Ezam.

Kesimpulan Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam supaya mengajak rakyat Sarawak menolak pengkhianat bernama Anwar Ibrahim dan PKR kerana jika tidak racun PKR akan menghancurkan negara Malaysia yang kita cintai.

Wednesday, May 30, 2012




Jika sebelum ini dalam tempoh sebulan, Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan sebanyak 2 kali di Sarawak dan kesemua program yang dihadiri Anwar Ibrahim itu langsung tiada sebarang insiden provokasi. Berbeza dengan program BN, Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam bin Mohd Nor yang julung kalinya diadakan di Sarawak pada malam tadi telah mendapat provokasi melampau dan pengecut.

Kehangatan kandungan ucapan YB Mohd Ezam semalam benar-benar telah menyebabkan telinga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang diketuai bekas calon DUN Asajaya dalam Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10, Arip Ameran pedas dan bernanah akibat pendedahan demi pendedahan yang melampau. Akibatnya, Arip Ameran tidak dapat mengawal tingkah lakunya sebagai seorang peguam syariah apabila berteriak semacam terkena penyakit histeria dan melompak-lompat seperti beruk peliharaan S.Ambiga.



Akibat tidak dapat menerima kenyataan itu, perbuatan Arip Ameran dan kumpulannya telah menimbulkan kekecohan sehingga campurtangan polis. Biarpun insiden itu berjaya ditangani dengan baik oleh pihak polis namun provokasi yang dilakukan penyokong tegar Anwar Ibrahim itu telah menganggu majlis.

Melihat kepada situasi malam tadi, perbuatan provokasi itu sememangnya telah diketahui lebih awal kerana budaya itu telah dipraktikan dalam PKR. Jika budaya itu menjadi kelaziman dalam PKR apatah lagi jika Pakatan Pembangkang memerintah. Pasti kucar-kacir Malaysia dibuatnya. 



Pidato Perdana Bersama YB Senator Mohd Ezam bin Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim yang diadakan di Padang Bola Sepak Semarak, Kampung Pinang Jawa pada malam tadi ternyata hangat dan sehingga menyakitkan telinga penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Kehadiran YB Mohd Ezam di Kuching pada asalnya adalah untuk bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah. Bagaimanapun, demi agama, bangsa dan negara yang kini terancam ekoran kerakusan Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan negara kepada negara asing adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkannya. Atas sebab itu beliau mengadakan sesi penerangan mengenai Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim?


Ternyata intipati ucapan pidato Mohd Ezam malam tadi menyebabkan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim dan PKR ‘panas punggung’ dan sakit telinga akibat pendedahan demi pendedahan yang dinyatakan YB Mohd Ezam.

Panas punggung dan sakit telinga penyokong Anwar Ibrahim itu membuatkan mereka terkinja-kinja seperti beruk-beruk S.Ambiga dengan jeritan yang memalukan. Perbuatan mereka ini ternyata tidak profesional hingga menganggu majlis. Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam bin Mohd Nor telah mendapat permit daripada pihak polis dan perbuatan segelintir penyokong-penyokong Anwar Ibrahim itu adalah provokasi yang dirancang PKR Sarawak.

Akibatnya, salah seorang penyokong PKR Sarawak telah ditahan di Balai Polis Gita untuk tindakan selanjutnya ekoran cubaan melakukan perbuatan provokasi yang melampau sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

Ternyata penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di Sarawak panas punggung dan sakit telinga akibat pendedahan kebenaran daripada bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim itu. 

Sunday, May 27, 2012




Belum lagi menang PRU-13, Pakatan Pembangkang kini telah bertikam lidah sesama sendiri berkenaan siapa seharusnya menjadi Perdana Menteri. Jika sebelum ini kedudukan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri amat stabil dan kukuh, tetapi selepas kenyataan peguam liwat Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu dan Islam menjadi pilihan sebagai Perdana Menteri.

Tercetusnya kenyataan Karpal Singh itu telah mengoncangkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sehingga berlaku pergolakan dalam Pakatan Pembangkang.

Jika sebelum ini pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berdolak dalih pasal kenyataannya itu bagi memujuk kembali pemimpin PKR dan PAS yang mahukan Perdana Menteri daripada kalangan Melayu dan Islam. Ini supaya hubungan mereka tidak tegang menjelang PRU-13 akan datang ini.

Karpal Singh yang dalam kenyataannya sebelum ini mahu melihat seorang bukan Melayu dan Islam menjadi Perdana Menteri sebelum beliau mati. Calon yang sesuai mengisi jawatan Perdana Menteri adalah Lim Guan Eng.

Bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyatakan beliau tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri termasuklah mereka yang bukan Melayu.

Manakala, pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan kenyataan Karpal Singh itu adalah bersifat peribadi dan bukan parti.

Berbeza pula dengan Dewan Pemuda PAS yang diketuai Nik Abduh Nik Aziz dan disokong yang sebulat suara Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib yang mahu calon Perdana Menteri hendaklah terdiri daripada orang Melayu dan Islam seperti yang diamalkan kerajaan BN ketika ini.

Tegas Harun Taib, Pemuda PAS akan menentang sebarang usaha untuk melonjakkan dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam menerajui negara ini.

Saturday, May 26, 2012




#Srwkamek Setelah berlaku 2 kejadian memalukan di hadapan rumah S.Ambiga dalam tempoh sebulan dan tindakan penjaja-penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman yang mahu membuka pasar malam di hadapan rumahnya, akhirnya S.Ambiga secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Ini berikutan desakan kira-kira 600 orang yang mewakili dua badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun berhampiran rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di sini, petang semalam.

Kejadian Perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April lepas telah menyebabkan kerugian besar yang dialami peniaga dengan memaksa mereka menutup perniagaan bagi mengelak kemusnahan yang berlaku ke atas bahan jualan mereka.

Kedua-dua kumpulan itu mewakili BERSIH 4.0 dan HALAU 1.0 berarak di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, bermula jam 4.00 petang menuju ke kediaman bekas Presiden Majlis Peguam itu untuk menyerahkan nota tuntutan mereka.

Biarpun hasrat mereka mahu mengadakan pasar malam di hadapan rumah S.Ambiga dihalang polis dan DBKL dan sebelum ini mereka (polis) dikecam hebat oleh S.Ambiga dan BERSIH akhirnya mereka terpaksa mengalah.

Begitupun memorendum berkaitan tuntutan mereka tetap diserahkan bagi kepentingan kesemua peniaga Jalan Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerugian.

Penganjur BERSIH 4.0 yang juga Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga dan Penduduk Warga Kota (MBPPWK), Datuk Jamal Md Yunus, berkata nota tuntutan adalah untuk mendesak Ambiga memohon maaf secara terbuka, selain membayar kerugian dialami mereka.

“Kami mewakili 60 peniaga yang sudah membida tapak untuk membuka gerai di hadapan rumah Ambiga sebulat suara membatalkan hasrat itu demi menghormati undang-undang, namun mendesak agar beliau membayar ganti rugi dialami peniaga.

Sekarang ini, kami akan mengadakan perbincangan dengan lebih 100 peguam bagi memfailkan saman terhadap BERSIH dan Ambiga yang masih membisu terhadap tuntutan kami,” katanya selepas menyerahkan tuntutan itu kepada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said.



#Srwkamek Biarpun terkeluar daripada mulut Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa ada menyebut 'selagi hidup beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri' seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikannya dengan menyalahkan pihak lain.

Seperti biasa lidah Karpal Singh bercabang dengan mengadu kepada Lim Kit Siang yang beliau tidak pernah menyatakan perkataan sedemikian.

Menurut Lim Kit Siang, beliau telah bercakap melalui telefon pada waktu rehat mahkamah dan Karpal memberitahu beliau hanya menyebut Perlembagaan membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi menafikan menyebut selagi hidup.

Kenyataan Lim Kit Siang itu juga secara terang menyalahkan wartawan dan etika kewartawanan yang selama ini dijaja Pakatan Pembangkang dalam tuntuan BERSIH. Apakah wajar wartawan menyiarkan berita yang palsu dan tidak benar biarpun apa yang diperkatan individu itu adalah bertentangan dengan dasar parti?



#Srwkamek Sepanjang pemerintahan kerajaan BN, rakyat Malaysia bukan sahaja bersyukur kerana hidup dalam aman dan ekonomi berkembang bahkan Parlimennya berjalan dengan lancar. Kebijaksanaan Perdana Menteri dalam memacu ekonomi dan menjalankan amanah yang diamanakan rakyat menjadikan Malaysia sebuah negara yang wajar dicontohi negara lain.

Berbeza di luar negara apabila Parlimennya diadakan dalam keadaan ganas. Ini bukan kali pertama bahkan sudah lali akibat kelakuan dan perbuatan segelintir Ahli Parlimen yang ganas.

Terbaru, sidang Parlimen Ukraine digembarkan dengan pergaduhan antara Ahli Parlimen dengan aksi tumbuk menumbuk semasa rang undang-undang membenarkan penggunaan bahasa Rusia di mahkamah, hospital dan institusi lain di Ukraine.

Pergaduhan berlaku antara Ahli Parlimen pembangkang yang mahu Ukraine keluar dari bayang-bayang Rusia dengan Ahli Parlimen dari parti pimpinan Presiden, Viktor Yanukovych yang menyokong rang undang-undang itu.

Hanya kerana bahasa, Parlimen Ukraine sanggup bergaduh dan ini sangat memalukan. Bagi rakyat Malaysia, kita harus mengindarkan diri daripada memilih parti yang gemar mencetuskan huru-hara seperti BERSIH dan komponen Pakatan Pembangkang. Mereka sangat gemar dalam aktiviti provokasi seperti pergaduhan dan aksi tumbuk-menumbuk. 

Friday, May 25, 2012




#Srwkamek Ketegasan Karpal Singh yang mahu melihat bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam era hidupnya kini secara terang menolak kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdan Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13.

Sebelum ini Karpal Singh yang juga peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari telah mengulangi pendirian supaya Anwar Ibrahim harus bertaubat ........

Biarpun pemimpin PKR mahu melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, namun DAP selaku parti yang berkuasa dan boleh dikatakan lebih popular berbanding PKR mahu melihat pemimpin bukan Melayu (Cina) sebagai Perdana Menteri. Menjadi agenda DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik kedua seperti Singapura di mana Melayu hidup tidak seperti di negeri sendiri.



Menjadi pegangan Karpal Singh dan DAP mahu melihat Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu dan Islam. Melihat kepada calon-calon ini pastinya Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng menjadi pilihan. Manakala, pemimpin PAS langsung tiada dalam senarai.

Ini diakui sendiri Karpal Singh yang sebelum ini mahu melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, bukannya Anwar dalam satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Thursday, May 24, 2012




#Srwkamek Hanya demi kepentingan dan populariti politik, pembangkang Sarawak sanggup mempergunakan beberapa orang Penan dari Baram, Miri untuk datang ke DUN Sarawak.

Tindakan pembangkang yang diketuai See Chee How dan dibantu Baru Bian mengheret sekumpulan masyarakat Penan ke DUN Sarawak semalam bagaikan bahan jajahan mereka. Bagi masyarakat Penan pula yang tidak tahu menahu dan hanya mengikut saja seperti lembu dicucuk hidung berasa terseksa dengan perlakuan ini. Apakan daya mereka ini semua telah dijanjikan bulan dan bintang asalkan kemahuan pembangkang dapat dipenuhi.

ADUN Telang Usan, Dennis Ngau berasa kesal dan kecewa di atas perbuatan yang dilakukan pembangkang ini seolah-olah kaum Penan tidak mempunyai harga diri. Perbuatan pembangkang ini hanya mahu menimbulkan isu yang berbaur kebencian pada kerajaan di mata rakyat. pada hakikatnya, rakyat pula hanya disogokkan dengan drama dan lakonan pembangkang asalkan misi dan visi mereka berjaya.

"Saya ingin mengingati serta menasihati rakan-rakan masyarakat Penan supaya tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang penuh pembohongan sehingga sanggup dipergunakan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk kepentingan mereka perbatuan politik atau populariti mereka.

"Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila gunakan saluran yang betul iaitu menerusi BN - kerajaan yang memerintah dan usah mengadu kepada pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu anda sebaliknya akan memanipulasikan masalah anda menjadi isu untuk mereka jaja.

"Walaupun pada hakikatnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka sebaliknya mungkin menjanjikan mereka bisa membantu anda  namun mereka hanya ingin mempergunakan anda selama yang boleh demi kepentingan politik mereka.

"Sila ikut sahaja program pembangunan yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan, khususnya masyarakat Penan di Baram.

Seperti masyarakat lain di Sarawak, kaum Penan berhak untuk menikmati pembangunan dan kemudahan asas. Justeru, mengapa terdapat sesetengah pihak bagaikan menghalang hak mereka ini seolah berniat mahu kaum Penan dibiarkan dan diasingkan?

Apakah tujuan mereka ini? Adakah hanya untuk "mencipta" alasan untuk di bangkit kepada kerajaan? Namun tindakan mereka nyata menunjukkan mereka yang sebenarnya "menindas" kaum Penan."

Menurut Dennis Ngau lagi, semua masyarakat Penan adalah kaum yang baik. Saya percaya tindakan hari ini di DUN bukanlah disebabkan keinginan mereka sendiri tetapi kemungkinan besar telah dihasut dan "di set-up" serta dirancang oleh pembangkang.

Mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Penan bahawa keperluan atau isu yang mereka tidak dilayan oleh wakil Undangan Negeri atau mana-mana pihak BN, Dennis berkata bahawa dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana kumpulan mengenai hal ini.

"Saya amat terganggu dengan taktik pembangkang menggunakan kaum Penan untuk menimbulkan isu dan saya merasa yakin bahawa mereka (pembangkang) sebenarnya mempunyai niat atau tujuan lain  untuk membuat propaganda agar rakyat benci terhadap kerajaan.



"Saya sentiasa terbuka untuk mendengar segala masaalah bukan sahaja Penan tetapi kaum-kaum lain juga, terutamanya mereka yang di kawasan saya," katanya dan menggesa masyarakat Penan untuk mendekati beliau sekiranya mereka sebarang masalah atau isu dari memilih untuk pergi kepada pembangkang yang hanya akan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara untuk kelebihan mereka mengutuk kerajaan.

Kumpulan masyarakat Penan tersebut seolah-olah telah dirancang tiba di DUN sewaktu rehat makan tengahari oleh pembangkang dan membuat sidang akkbar mengenai beberapa tuntutan mereka yang telah mendakwa kononnya telah diabaikan oleh Dennis dan Kerajaan BN.

Riak wajah jurucakap bagi kumpulan Penan yang mengenal diri Sia Andum bagaikan tidak dapat menahan perasaan gusar dan gementar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena bagaikan dia berbuat demikian dalam keadaan dipaksa.

Walaupun beliau membaca sekeping kertas ketika membentangkan isu-isu kaum Penan di Baram dengan menggunakan projektor yang di pancarkan ke dinding bilik media beliau sering menoleh ke arah ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng (DAP) lebih-lebih lagi setiap kali sebelum menjawab pertanyaan pihak wartawan.

Sia  bagaikan meminta bantuan dari Ho Leng untuk menjawab sehinggakan Ho Leng yang mungkin menyedari "eye-contact" mereka disedari oleh beberapa orang wartawan berdekatan, mengeluarkan kata-kata, "Tanya dengan dia (Sia), biar dia jawab dengan sendiri."



Bukan memandang rendah kepada kaum Penan namun timbul tanda tanya di kalangan para wartawan bagaimana mereka dapat sampai ke DUN di Kuching dari tempat mereka yang mengambil masa selama beberapa hari untuk sampai di bandaraya ini sekiranya tidak ada sedikit-sebanyak "pertolongan" dari orang lain.

ADUN Batu Lintang See Chee Hua (PKR) menegaskan segala kos-kos perjalanan, penginapan dan pakaian-pakaian (hampir keseluruhan anggota kumpulan itu memakai pakaian, serta kasut yang serba baru) dibiayai pembangkang.

Kecurigaan kami terjawab apabila See dengan "gentlemannya" kemudiannya mengakui "presentation" slide show itu telah disediakan oleh pihak pembangkang.

Beberapa orang rakan saya juga bersependapat dan percaya tindakan beberapa wakil pembangkang yang menghantar kumpulan masyarakat Penan tersebut hingga ke pintu kenderaan mereka adalah untuk mengelakkan mereka ditemuranah sesiapa.

Kredit kepada UnReportedNews™® 

Wednesday, May 23, 2012




#Srwkamek Kehadiran pejuang LGBT, Irshad Manji ke Malaysia pada ketika ini mengundang 1001 macam persoalan. Biarpun pertama kali menjejak kaki ke Malaysia namun kehadirannya di Malaysia atas undangan. Persoalan di sini, siapa yang mengundangnya?

Biarpun secara jelas Irshad Manji datang ke Malaysia atas undangan, kerajaan dan pihak berkuasa tiada kuasa menahannya kerana beliau boleh masuk ke negara ini melalui pelbagai cara termasuklah atas jemputan.

Umum mengetahui LGBT di Malaysia adalah salah di sisi undang-undang khususnya bagi masyarakat Islam. Begitu juga dengan penganut agama lain seperti Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya. Namun, disebabkan kepentingan politik ramai pihak tidak memperdulikan larangan itu dan juga dosa sebaliknya sibuk untuk menang pilihan raya.

Walaupun pelbagai usaha dan langkah diambil untuk menyekat kehadiran LGBT di Malaysia namun ianya tidak juga berkesan dan tetap disebarkan secara senyap. Biarpun ia hanya hangat diperkatakan pada waktu ini, tetapi gejala ini telah berkembang sejak dulu lagi akibat ketewasan nafsu yang menidakkan lumrah alam.



#Srwkamek Isu pendidikan Cina di Sarawak kini telah dijadikan bahan politik oleh DAP dalam menjuarai kepentingan masyarakat Cina. Selama beberapa tahun DAP mempolitikan isu pendidikan Cina dan bercakap tentang pendidikan Cina namun sehingga kini tiada satu pun projek yang diusahakan DAP. Mereka ini hanya tahu bercakap sahaja.

Bagi kerajaan BN, isu pendidikan masyarakat Cina juga pendidikan kaum-kaum lain di Malaysia sangat dipandang berat. Sebab itu, kerajaan kini sedang mengadakan transformasi pendidikan khususnya dalam mengadakan anjakan terhadap pendidikan negara.

Sehingga kini, DAP hanya bercakap sahaja tentang isu pendidikan sekolah. Berbeza dengan kerajaan BN apabila telah memindahkan sebanyak lima (5) sekolah rendah Cina dari luar bandar ke bandar.

Selain memindah, Kerajaan BN juga telah membantu menaik taraf atau membina tidak kurang daripada 12 sekolah rendah dan menengah Cina termasuk sekolah mubaligh, sehingga menukar mereka menjadi beberapa sekolah terbaik di negeri ini, lengkap  dengan peralatan.

Terbaru, lawatan Perdana Menteri ke Sibu pada 27 April 2012 telah mengumumkan geran RM1.5 juta bagi SJK Thai Kwang di kawasan Dudong.

Biarpun rakyat Sibu berasa bangga dan terharu dengan pengumuman Perdana Menteri itu ke atas peruntukan pendidikan Cina, namun Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) memandang rendah dengan menyatakan nilai RM1.5 juta itu tiada apa yang dibanggakan dan menganggapnya sebagai gula-gula politik.

Kenyataan Wong Ho Leng itu menunjukkan beliau tidak berterima kasih dan menunjukkan tidak menghormati seseorang yang memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan ini satu lagi isu pendidikan yang dipolitikkan.

Tuesday, May 22, 2012




#Srwkamek Kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ke Sarawak bersempena lawatan 48 jam pada hujung minggu lepas telah menarik beberapa perhatian.

Kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak ini adalah yang kedua kalinya dalam tempoh kurang sebulan. Lawatan 48 jam ke Sarawak ini bertujuan untuk menyampaikan ceramah mengenai BERSIH dan apa yang berlaku di Semenanjung mengikut persepsi Pakatan Pembangkang.

Di sepanjang ceramah Anwar Ibrahim, Pakatan Pembangkang memandang serius dalam PRU-13 akan datang dengan cubaan mahu menawan beberapa kerusi Parlimen. Untuk itu, BN Sarawak kali ini tidak akan diberi kemenangan percuma dengan komponen Pakatan Pembangkang akan meletakkan setiap calonnnya di 31 kerusi di Sarawak.

Atas sebab itu, Anwar Ibrahim sanggup datang ke Sarawak untuk kali kedua dalam tempoh kurang sebulan demi memastikan Pakatan Pembangkang mempunyai peluang untuk menang dalam PRU-13.

Bagaimanapun, kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak pada minggu lepas telah mengundang pelbagai kontroversi apabila mengadakan menghadiri makan malam Pra Gawai di Dewan Kelab Sukan dan Rekreasi Singai di Kampung Sudoh, Singai.

Pada malam itu, Anwar Ibrahim mengumumkan PKR akan meletakkan calonnya bagi menghadapi BN-SPDP. Calon disebut-sebut, Boniface Willy Tumek, seorang bekas pegawai bank. Perkara ini telah disahkan sendiri Anwar Ibrahim sekalu Ketua Umum PKR.

Terdahulu, DAP juga sebelum ini telah mengumumkan calonnya, Mordi Bimol yang akan bertanding di Parlimen Mas Gading. Pengumuman Anwar Ibrahim itu telah meningkatkan ketegangan di kalangan pemimpin DAP.

Seperti PRN Sarawak Ke-10, Pakatan Pembangkang kini dalam dilema khususnya mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRU-13 akan datang. Jika sebelum ini PKR telah bertikam lidah dengan SNAP pada PRN Sarawak Ke-10, tetapi kali ini PRU-13, PKR akan bertikam lidah dengan DAP juga dalam soal pembahagian kerusi.

Pertikaian kerusi Parlimen di Sarawak antara PKR dan DAP bukanlah perkara baru dan kerusi Parlimen Mas Gading bukanlah yang pertama, tetapi ada beberapa kerusi Parlimen yang menjadi pertikaian kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang. 



#Srwkamek Menjadi fiil dan sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang suka mencetuskan provokasi dan perhatian khususnya media. Inilah yang berlaku ke atas Setiausaha DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa apabila bertindak berlegar-legar di dalam DUN ketika Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Awam Dato Sri Michael Manyin menyampaikan ucapan penggulungan.

Tindakan Chong Chieng Jen itu telah ditegur Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Roland Sagah. Timbalan Speaker DUN Sarawak telah mengarahkan Chong Chieng Jen bersikap lebih sopan dan tidak ‘berkeliaran’ dengan menghormati dewan yang mulia itu.

Dewan ini bukan pasar ikan yang boleh dibuat sesuka hati. Jika tidak bersetuju dengan sebarang kenyataan dan perbahasan yang dibuat pemimpin BN, di dewan yang mulia ini diperuntukan masa untuk dibahaskan. Jika tidak berpuas hati juga, boleh berbincang di luar dewan. Sikap yang ditunjukkan Chong Chieng Jen itu sanga tidak profesional.

Jika pemimpin DAP dan Pakatan Pembangkang mengalu-alukan tindakan dan perbuatan Chong Chieng Jen, pemimpin Kelab Penyokong BN menganggap perbuatan Chong Chieng Jen tidak profesional dan selayaknya sebagai seorang Yang Berhormat.

Setelah beberapa desakan dan teguran Timbalan Speaker DUN, akhirnya Chong Chieng Jen mendengar araha tersebut dan kembali ke tempat duduk asal sambil menutup mukanya tanda rasa malu. 

Monday, May 21, 2012




#Srwkamek Berikutan ramai di kalangan rakyat terutama ahli-ahli UMNO yang meragui muzakarah PAS dan UMNO, Nik Aziz telah menjelaskan bahawa muzakarah ini boleh diumpama sebagai suatu perkahwinan.

Pelawaan Nik Aziz untuk PAS dan UMNO bermuzakarah adalah baik dan disambut dengan gembira oleh orang Melayu sama ada PAS mahupun UMNO. Bagaimanapun, tindakan Nik Aziz mengenakan 2 syarat untuk muzakarah itu terhasil adalah suatu yang tidak logik dan semacam tidak ikhlas.

Berikutan itu, Nik Aziz menjelaskan muzakarah PAS dan UMNO ini umpama suatu perkahwinan. Ini kerana dalam perkahwinan pun perlu ada syarat-syaratnya.

Jawapan Nik Aziz ini seumpama mahu menyindir UMNO yang menemplak Nik Aziz dengan syarat-syarat yang dikenakan itu tidak masuk akal.

Nik Aziz juga menemplak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan jika mahu bermuzakarah tidak perlu syarat.

Menurut Nik Aziz "siapa kata tak ada syarat, dia tak tahu pun. Memang ada syarat, macam mana kerjasama tidak ada syarat."

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan, setiap perkara yang dilakukan dalam Islam adalah ikhlas dan yang tidak ikhlas itu munafik.

Persoalan di sini, jika ikhlas kenapa perlu bersyarat???



#Srwkamek Jika Nik Aziz secara terang menyatakan PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO sebelum PRU-13 dengan mengenakan dua syarat, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kenyataan Abdul Hadi Awang ini jauh menyimpang apa yang diperkatakan Nik Aziz sebelum ini. Malah kenyataan Hadi Awang ini telah menyalahkan media dan wartawan kerana kekeliruan dalam menyiarkan laporan berita.

Media telah salah petik kenyataannya awal minggu lalu, Presiden PAS berkata, pihaknya hanya berhasrat untuk mengadakan muzakarah dengan NGO yang keliru dengan dasar perjuangan parti itu.

Apakah media tersalah dengar atau wartawan tersalah menulis dalam kenyataan kesediaan Nik Aziz bermuzajarah dengan UMNO?

Dalam sidang media terbaru ini, Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan UMNO biarpun diajak UMNO.

Tegas Abdul Hadi Awang, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

"Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada UMNO dan UMNO jadikan isu politik.

Kenyataan Abdul Hadi Awang sangat bertentangan dengan kenyataan Nik Aziz sebelum ini bahawa PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO. Ini berikutan cadangan PAS untuk mewujudkan hukum hudud dan membentuk negara Islam telah ditolak mentah-mentah oleh DAP.





#Srwkamek Ketika pelakon Gerak Khas, Abby Abadi terbabit dalam menyampaikan ceramah anjuran PAS di Rhu Muda, Kuala Terengganu, ramai di kalangan ahli-ahli PAS dalam media sosial seperti facebook, twitter dan blog menyatakan sah Abby Abadi sertai PAS.

Gejala artis sertai PAS bukanlah perkara baru kerana sebelum ini Bob Lokman, Aishah, Dayangku Intan dan Ustaz Akil Hyai serta beberapa orang artis telah mengambil keputusan menyertai PAS. Ini disebabkan mereka kecewa kerana tidak diterima masyarakat dan sudah dilepaskan kontrak akibat album tidak laku.

Bagaimanapun, kenyataan Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, tidak tergerak untuk menyertai PAS. Ini kerana PAS sebuah parti politik yang hanya memperjuangkan politik dan bukan artis. Sebaliknya penyertaan Abby Abadi itu sebagai memenuhi undangan PAS bagi menyampaikan motivasi kepada rakyat di Terengganu.

Jawapan itu secara jelas menjawab dakwaan beberapa bloggers propembangkang yang menyatakan Abby Abadi telah menyertai PAS. Dakwaan itu sangat jahat dan boleh menyebabkan populariti Abby Abadi sebagai artis akan jatuh.

Melihat kepada dakwaan PAS itu, kini modus operandi PAS dan Pakatan Pembangkang ialah cuba untuk mengetengahkan beberapa artis tanah air bagi mengaburi peminatnya untuk menyertai Pakatan Pembangkang.



#Srwkamek Dr Annuar Rapa’ee (BN-Nangka) mengkritik Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng kerana tidak mampu melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen selepas menang PRK Sibu pada tahun 2010.

Biarpun sudah 2 tahun setengah Wong Ho Leng menang dengan manjoriti tipis dalam PRK Sibu namun sehingga kini tiada satu pun projek pembangunan yang dibawa Ahli Parlimen daripada DAP. Apa yang diketahui, Wong Ho Leng hanya mengkritik dan mencemuh pemimpin BN Sarawak dalam soal pembangunan. Persoalan apakah projek pembangunan yang dibawa Wong Ho Leng kepada Sibu sehingga kini masih belum terjawab dan sukar dijawab.

Walaupun menang di DUN Bukit Assek pada PRN Sarawak Ke-10, April lepas, Wong Ho Leng turut dikritik kerana tidak mampu membawa pembangunan kepada Bukit Assek. Ini kerana kebanyakan pembangunan di Parlimen Sibu dan Bukit Assek dibawa BN Sarawak.

Semenjak menjawat jawatan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng langsung tidak pernah mengunjungi mahupun memberikan projek kepada rakyat dan pengundi di DUN Nangka. DUN Nangka adalah sebahagian daripada Parlimen Sibu. Sebaliknya, Wong Ho Leng hanya berlegar-legar di DUN Pelawan yang banyak memberikan kemenangan kepadanya semasa PRK Sibu lepas.

Menurut Dr Annuar, menjadi wakil rakyat di satu kerusi Parlimen dan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan Pengerusi DAP negeri Sarawak Wong Ho Leng tidak mampu melaksanakan tugas diamanahkan rakyat.



“Dengan beban tanggungjawab sedemikian bagaimana beliau dapat menjalankan kerja dengan cekap atau sekadar melaksanakan tugas mengkritik dan pandai berkata-kata

Tegas Dr Annuar lagi, DAP dan Wong Ho Leng juga gagal membawa masuk pelaburan ke Sibu terutama selepas menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010 dan disusuli kemenangan di DUN Bukit Assek, Pelawan dan Dudong pada Pilihan Raya Negeri 2011.

Kegagalan Wong Ho Leng membawa masuk pelaburan menggambarkan mandat yang diminta dan diperolehi mereka daripada pengundi di Sibu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Ini merungkaikan kepada persoalan Berapa banyak telah mereka belanjakan untuk kawasan-kawasan diwakili mereka? Berapa banyak bantuan kewangan yang telah diberikan kepada mereka yang memerlukan?

Dr Annuar melontar pandangannya bahawa kesepakatan Pakatan Pembangkang yang diwakili DAP, PKR dan PAS telah digagalkan oleh sesama mereka sendiri. Masing-masing dengan idealogi dan persepsi yang berbeza. 



#Srwkamek Sidang DUN Sarawak, DAP sekali lagi terperangkap dengan kerajaan pimpinannya di Pulau Pinang. Situasi ini telah menyebabkan Pengerusi DAP Sarawak merangkap Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng dan Setiausaha DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa serta beberapa pemimpin DUN DAP bingkas bangun dan ‘bising’ seperti beruk.

Ini bukanlah kali pertama pemimpin DAP bersikap begitu malah setiap kali pemimpin ADUN BN membongkar dan menelanjang DAP dengan banyak janji palsu khususnya yang dilakukan di Pulau Pinang dan Selangor. Perbandingan ini penting bagi menunjukkan kepada rakyat Sarawak bahawa apa yang dijanjikan Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang hanya sekadar janji-janji palsu.

Abdullah Saidol (BN-Semop) telah membongkarkan betapa licik dan cerdiknya DAP dalam melakukan pembohongan kepada rakyat. Taktik DAP dan pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta sehingga menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang mereka tahu akan memporak-perandakan rakyat.

Sikap dan tindakan DAP dan Pakatan Pembangkang di Sarawak ini telah menyebabkan rakyat sudah muak, bosan dan marah dengan kerenah pembangkang lebih-lebih lagi kini menjelang PRU-13.



Abdullah menarik perhatian bahawa Kerajaan Pakatan Pembangkang Pulau Pinang telah mengumumkan akan membina sebanyak 18,000 unit rumah kos rendah dengan kos berjumlah RM72,500 seunit.

Melihat kepada angka itu, pihak pembangkang telah mempersoalkan berapa banyak rumah kos rendah yang dibina di Sarawak?

Bagaimanapun, Abdullah telah merungkai situasi sebenar projek rumah kos rendah di Pulau Pinang. Sepanjang pentadbiran Kerajaan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang selepas PRU-12 hingga kini, hanya 1,194 unit rumah kos rendah sahaja yang dibina.

Kenyataan itu benar-benar membuatkan pemimpin DAP seumpama beruk diberi makan belacan.

Ucapan itu ternyata menyinggung perasaan pemimpin DAP Sarawak khususnya Chong Chieng Jen yang bertindak sebagai Setiausaha DAP dan menyebabkan beliau bertikam lidah dengan Abdullah Saidol yang bertindak sebagai Ketua Kelab penyokong Kerajaan BN.  

Sunday, May 20, 2012





#Srwkamek Kelab TIBAI telah membongkarkan satu rahsia atau skandal terbaru Anwar Ibrahim apabila meminta Ketua Umum PKR itu menjawab hubungannya dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Gambar luar biasa yang diminta Anwar Ibrahim ialah gambar tanpa berpakaian. Biarpun tidak mengenali secara mendalam terhadap lelaki itu, tetapi disebabkan kesempurnaan fizikal lelaki tersebut dan wajahnya yang jambu (sama seperti Lum Guan Eng) dan hanya mengenali menerusi laman sosial, Anwar Ibrahim sudah mula tertarik.

Apakah ini skandal terbaru Anwar Ibrahim yang akan merungkaikan lagi perbuatan seksnya sebelum ini? 



#Srwkamek Tindakan seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji, datang ke Malaysia dan cuba untuk melancarkan bukunya bertajuk Islam, Liberty and Love. Bagaimanapun, buku tersebut dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Irshad, 43, penulis warga Kanada sebelum ini pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Kehadiran Irshad di Malaysia dipercayai atas jemputan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang serta Majlis Peguam yang sebelum ini merupakan pendukung LGBT di Malaysia.

Difahamkan JAKIM dan KDN telah membuat pemantauan dari segi pergerakan Irshad di Malaysia kerana kedua-dua jabatan dan agensi kerajaan itu tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan pendukung LGBT.

Menurut JAKIM, Irshad seorang yang berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme selain mendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa. Justeru, usaha menghalang Irshad itu adalah sesuatu yang seharusnya dilakukan di Malaysia biarpun Pakatan Pembangkang menyokong LGBT ini.

Sebelum itu, Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS) telah bertindak menghalang satu program Irshad di sebuah kolej di Bandar Sunway. Idea LGBT bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT seperti yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.

Friday, May 18, 2012




#Srwkamek Cubaan DAP menerusi anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk merasuah Tunku Abdul Aziz dengan nilai RM50,000 bagi menarik balik keputusan meletak jawatan dari DAP adalah suatu langkah yang terdesak.

Biarpun mempunyai calon pengganti iaitu Prof. Dr. Ariffin Omar bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz, namun DAP berasakan impak itu tidak mampu mengatasi peranan dan populariti Tunku Abdul Aziz. Dan, sebab itu pemimpin anak beranak DAP cuba untuk memujuk kembali Tunku Abdul Aziz sambil menawarkan wang.

Tindakan DAP itu dilihat sangat tidak demokratik biarpun nama DAP itu sendiri berkisar tentang demokratik.



Tidak cukup dengan wang, Tunku Abdul Aziz dijanjijkan jawatan Fello Kanan di Institut Penang. Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz bukanlah seorang yang boleh dijual beli dan dirasuah sebegitu rupa. Ini seolah-olah cuba untuk membayangkan bahawa orang Melayu ini mudah dirasuah dengan wang dan jawatan.




#Srwkamek Wujud persamaan antara Azmin Ali dan bosnya Anwar Ibrahim iaitu keterlibatan dalam isu seks dan keengganan untuk melakukan sumpah laknat.

Jika enggan sekalipun untuk bersumpah laknat, sehingga ke hari ini belum ada sebarang laporan polis dibuat bagi menyiasat tentang gambar dan video tersebut. Sebaliknya, tindakan Azmin Ali membuat sidang media tidak akan menjernihkan keadaan.

Keenganan Azmin Ali melakukan sumpah laknat dan laporan polis berhubung isu rakaman video seks itu disifatkan sebagai pengecut, bacul dan dayus.

Ini diperjelaskan lagi oleh Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor/ Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad bahawa keengganan Azmin Ali berbuat demikian jelas menunjukkan beliau seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Sehingga kini juga, pemimpin PAS yang dikatakan memperjuangkan nama Islam juga tidak pernah memberikan komen atau penjelasan berhubung pendirian parti. Manakala, DAP yang kini sedang cuba memujuk Tunku Abdul Aziz juga tidak memberikan pandanan parti.

Ramai beranggapan bahawa keterlibatan Azmin Ali dalam isu seks ini memberikan keyakinan kepada penguasaha rumah urut di Selangor untuk membuka lebih cawangan kerana pemimpin atau orang Melayu yang terlibat tidak perlu sumpah laknat. 

Thursday, May 17, 2012




#Srwkamek Disebabkan tidak tahan diasak berkali-kali oleh rakyat akibat pembukaan stall menjual burger oleh IKHLAS dan senaman punggung oleh bekas-bekas Tentera Melayu akhirnya S.Ambiga telah membuat laporan polis bagi mengawasi rumahnya di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara.

S.Ambiga membuat laporan polis disebabkan ada maklumat di mana pihak mahu membuat pasar malam di hadapan rumah S.Ambiga. Untuk mengelak ramai orang yang hadir di hadapan rumahnya, S.Ambiga terpaksa membuat laporan polis biarpun sebelum ini menganggap polis itu anjing BN dan menyalahkan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0 anjuran S.Ambiga.



Dalam tinjauan itu kelihatan dua van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu berada di situ petang tadi selain kereta peronda polis.

Sebelum ini, S.Ambiga yang merupakan penganjur demonstrasi yang bertukar menjadi ganas di ibu negara 28 April lalu membuat laporan polis pada 10 Mei lalu selepas sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut.



#Srwkamek Mak Lambir Zuraida Kamaruddin terkedu apabila tindakannya memfitnah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Zahida Mohamed Rafik akhirnya menerima padah apabila disaman di mahkamah.

Ketua Wanita PKR itu telah menerima notis guaman daripada Shafee & Co pada 23 April lalu meminta beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung dakwaan skandal membabitkan pemberian wang yang banyak daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan artis Zahida Mohamed Rafik.

Selain Mak Lambir, turut menerima saman yang sama ialah bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang mendedahkan mengenai perkara itu. Noor Azman Azemi bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat palsu kepada Mak Lambir akibat terdesak untuk mendapatkan wang.

Noor Azman merupakan anak saudara kepada artis dibawah label PKR, Dayangku Intan Tengku Hamid. Kes ini dikendalikan peguam upahan PKR, Latheefa Koya.

Noor Azman juga dikatakan telah melarikan wang Zahida sebanyak RM200,000 disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang.

Bagi Mak Lambir, pihaknya tidak akan menarik balik kenyataan itu sebaliknya masih menunggu jawapan Shafie sejak pendedahan mengenai perkara itu dibuat bulan lalu.



#Srwkamek Pengumuman Tunku Abdul Aziz dari DAP biarpun memegang jawatan Naib Presiden DAP Pusat merupakan tamparan hebat buat Pakatan Pembangkang.

Selain Tunku Abdul Aziz, beberapa orang Melayu sebelum ini juga pernah mengumumkan keluar parti ekoran sikap pemimpin Cina DAP yang hanya memperalatkan orang Melayu demi mendapatkan sokongan undi semasa pilihan raya. Apakah DAP membela nasib orang Melayu di Malaysia?

Tindakan DAP membuka pintu kepada penyertaan orang Melayu hanya bersifat mahu melihat parti itu sebagai parti pelbagai kaum. Tetapi, hakikatnya pemimpin DAP hanya mahu undi Melayu dan selepas itu dibiarkan begitu saja.

Imej parti pelbagai kaum yang dicerminkan oleh DAP hanya pada permukaan sahaja sedangkan di dasar parti itu penuh dengan warna-warna perkauman.

Bagi menyambung tradisi memperalatkan orang Melayu, DAP sekali lagi melantik Prof. Dr. Ariffin Omar sebagai senator menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang meletak jawatan Naib Presiden DAP ekoran perbezaan pendapat dengan pemimpin DAP berhubung perhimpunan haram BERSIH 3.0.

Ariffin yang menyertai DAP sejak tahun lalu ialah bekas Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Feel orang Melayu sekarang jika diberi jawatan penting dalam parti pasti suka seperti yang diterima Prof. Dr. Ariffin Omar. Malah, beliau ini tidak sedar bahawa perlantikan itu hanya sebagai bayang-bayang saja dan lebih kepada diperalatkan DAP. Sampai bilakah orang Melayu kena sedar dalam hal ini.

Kini, strategi utama DAP adalah untuk menarik golongan profesional Melayu untuk menyertai parti itu. Ini kerana DAP sudah belajar daripada kesilapan menerusi kemenangan besar DAP di Perak tetapi terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada PAS disebabkan Undang-Undang Tubuh Negeri. Dan pasti DAP kali ini tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Untuk itu perlantikan orang Melayu sebagai calon DAP di beberapa negeri Melayu bertujuan untuk melantik pemimpin Melayu menjadi Menteri Besar di negeri yang mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya membenarkan orang Melayu menjadi Menteri Besar. Itu pun sekiranya DAP menang dengan majoriti yang besar dan diterima PKR dan PAS yang kini hanya menunggu masa untuk bercerai dengan DAP.

Melihat kepada slogan DAP, mungkin ramai yang menganggap perjuangan DAP mungkin dianggap demokratik tetapi apabila berada di dalam parti itu beliau sedar bahawa demokratik DAP hanya pada slogan sahaja. Malah tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa DAP sebenarnya mahu menjadikan Malaysia ini sebagai negara republik dengan menghapuskan sistem beraja dan menggantikan dengan Presiden supaya orang Cina boleh menjawat jawatan itu seperti yang berlaku di Singapura.


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!