Gelanggang ceramah PAS malam semalam diibaratkan medan
untuk Mat Sabu dan pemimpin Pakatan Pembangkang menabur dan menyemai fitnah. Secara
logik apa yang diperkatakan Mat Sabu dan rombongannya itu seumpama menanam padi
fitnah ke atas tanah milik rakyat Sarawak.
Penyebaran risalah yang dimemperkatakan polis
menyalahgunakan kuasa dengan menembak orang awam adalah suatu tindakan terdesak
untuk mencemar nama baik polis. Jika sebelum ini polis sering dikaitkan dengan
tali barut kerajaan, tetapi kini PAS sudah semakin aggresif dengan mengaitkan
polis menyalahgunakan kuasa terhadap rakyat. ini bertujuan cuba untuk
memberikan imej yang buruk polis terhadap rakyat.
Jika berada di Sarawak, isu Ketua Menteri Sarawak sering
dijadikan asas dan modal untuk mencemar nama baik pemimpin tertinggi Sarawak
selepas TYT Sarawak. Malah isu itu sudah tidak lagi relevan di kaca mata rakyat
Sarawak. Biarpun ada di kalangan rakyat Sarawak menganggap kepimpinan Pehin Sri
Taib sudah terlalu lama dalam memerintah Sarawak, namun keupayaan beliau
memajukan Sarawak dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi rakyat Sarawak amat
dikagumi. Berbekalkan sebanyak lebih 48 suku kaum di Sarawak, pemerintahan BN
telah berjaya menyatukan mereka di bawah
satu bumbung yang berpaksikan bendera Sarawak.
Melihat kejayaan Sarawak itu pastinya pemimpin Pakatan
Pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Nik Aziz Nik Mat cemburu
dengan kejayaan yang dilakar Pehin Sri Taib. Jika dibandingkan dengan mereka
ini, biarpun lama berkhidmat dan memegang jawatan dalam parti namun ia tidak
memberikan apa-apa makna. Ini disebabkan mereka ini sering bertelagah sesama
sendiri dalam berebut kuasa politik. Malah jika direnungkan kembali, apakah
Taib Mahmud pernah menggertak ataupun memfitnah mereka ini seperti mana yang
mereka lakukan sekarang ke atas Taib?
Biarpun isu NFC yang dikaitkan dengan bekas Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
sedang dibicarakan di mahkamah namun Pakatan Pembangkang seperti kekeringan isu
dengan memainkan kembali isu ini. Tindakan ini telah mencabar mahkamah dan
seolah-olah Pakatan Pembangkang sudah menjatuhkan hukuman ke atas Shahrizat
sedangkan ia masih dalam perbicaraan. Shahrizat yang telah menamatkan
perkhidmatannya sebagai menteri dengan cemerlang sebelum ini mengakui dirinya
seinci pun tidak pernah terlibat dalam syarikat NFC itu.
Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
pernah beberapa kali bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada sebarang
dakwaan dan dikaitkan dengan Altantuya, namun Pakatan Pembangkang tetap
memainkan isu ini. Hanya dengan fitnah dan berbohong ini sahaja yang boleh
menyakinkan rakyat tentang keterlibatan Najib dalam isu ini.
Jika Najib berani tampil ke hadapan untuk bersumpah
laknat bahawa dirinya tidak mengetahui dan mengaitkannya dengan isu Altantuya,
Anwar Ibrahim yang sebelum ini berdepan dengan dakwaan meliwat bekas pembantu
peribadinya, Mohd Saiful Bukhari tidak berani bersumpah seperti mana yang
didesak Saiful. Malah, Saiful yang sebelum ini berani bersumpah tegas
pendiriannya bahawa dirinya telah diliwat. Bayangkan bagaimanapun sperma milik
lelaki X (sepadan dengan DNA Anwar Ibrahim) boleh memasuki spekterum (dalam
dubur) Saiful? Apakah ia masuk ke dalam spekterum itu dengan sendiri?

Terbaru, Pakatan Pembangkang telah mengalihkan isu ke
atas Naib Presiden UMNO, Shafiee Afdal kononnya telah membiayai seorang artis
dengan jumlah RM1.4 juta bagi tempoh lebih kurang 4 tahun. Fitnah terbaru
rekaan Zuraidah itu telah ditangkis empunya badan apabila kenyataannya
berhubung tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, artis tersebut tidak
teragak-agak menyaman Zuraida sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataan
yang disiaftkannya sebagai fitnah dan menipu.
Mainan persepsi Pakatan Pembangkang kini tidak lagi
menuju kepada peribadi pemimpin BN sahaja malah melibatkan artis. Mereka menganggap
pemimpin BN tidak bermoral? Soalan yang harus ditanya juga kepada pemimpin
Pakatan Pembangkang, bermoralkah mereka??? Kisah Mat Sabu dengan bilik hotel
bernombor 121 masih ingat di fikiran rakyat yang mana kes itu sehingga kini
senyap sahaja seolah-olah sengaja ditutup. Jika Mat Sabu lupa, pastinya rakyat
sedia mengingatkan kembali kejadian itu supaya dirinya bermuhasah diri.
Terbaru, isu PTPTN yang dijadikan modal untuk memerangkap
pelajar-pelajar dan golongan belia agar mereka menentang dasar kerajaan
membantu rakyat dalam melanjutkan pelajaran di IPT. Sejak dari tahun 1997
ketika mula PTPTN ditubuhkan telah berjaya menjimatkan perbelanjaan anak-anak
di IPT termasuk kos sara diri dan yuran pengajian. Malah, kerajaan selama ini
telah menanggung pembelajaran seorang pelajar sebanyak 94.5 peratus dalam
setiap jurusan pengajian.
Ketidakseimbangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang
mahu pemansuhan PTPTN ini dikaji terlebih dahulu agar ianya tidak membebankan
rakyat. Berbeza dengan Nik Aziz yang secara tegas mahukan PTPTN ini dimansuhkan
kerana dikatakan haram. Apakah bantuan yang diberikan kerajaan BN itu haram
biarpun ia diasaskan daripada sumber yang halal lagi sahih? Mungkin zaman Nik
Aziz ketika itu tidak memerlukan bantuan pengajian atau PTPTN kerana Nik Aziz
hanya belajar setakat sekolah menengah sahaja. Atas sebab itu beliau berkeras
supaya PTPTN ini dimansuhkan!
Apa cara sekalipun, ceramah Mat Sabu pada malam itu
dikatakan menghina kesucian agama Islam. Bayangkan bagaimana selepas Mat Sabu
mengayang pemimpin Islam daripada BN dengan segala macam cercaan dan hinaan,
Mat Sabu boleh berteriak Takbirrrr.........Allahuakbar!!!
Seperti biasa, selepaas ceramah ahli-ahli PAS akan membawa
sebuah tabung kononnya bagi membiayai perjuangan PAS dalam menegakkan syiar
Islam. Selepas beberapa minit berceramah dan mengutuk pemimpin sesama Islam,
rakyat yang hadir dipohon memberi sedekah. Ini boleh digambarkan setelah
menyampaikan fitnah kepada rakyat, balasannya pastinya wang ringgit. Inilah yang
kerap kali dilakukan PAS setiap kali ceramahnya.