Thursday, March 29, 2012



Persidangan Dewan Rakyat kali ini mungkin yang terakhir bagi Anwar Ibrahim apabila dijadikan medan pemimpin BN mengasak Ketua Pembangkang itu dalam membicarakan isu sokongnya tehadap Israel atau rejim zionis itu.

Seperti mana tindakan Pakatan Pembangkang menggunakan Dewan Rakyat untuk membahaskan hal-hal yang menghina pemimpin BN tanpa sebarang bukti, kali ini pemimpin BN sepakat menghadiahkan isu Anwar Ibrahim dan Israel untuk diperdebatan bersandarkan kepada bukti yang jelas dan terang.

Ketika diasak pemimpin BN berhubung sokongannya ke atas Israel, Anwar Ibrahim hanya mampu tunduk dan membisu. Lebih menghairankan lain orang yang membuat kenyataan lain pula orang yang mempertahankan. Seperti biasa, gelagat pemimpin Pakatan Pembangkang yang mempertikaikan maksud kenyataan Anwar Ibrahim dengan dakwaan disalah tafsir pemimpin BN. Apakah pemimpin Pakatan Pembangkang faham sangatkah dengan bahasa Inggeris?

Anwar Ibrahim sebelum itu berang dan marah dengan dakwaan Datuk Richard Riot Jaem bahawa kenyataannya telah disalah tafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin. Menurut Anwar Ibrahim, beliau menggugut akan mengambil tindakan jika isu ini terus difitnah pemimpin BN.

Apakah Anwar Ibrahim lupa bahawa isu ini sedang dibicarakan dalam Dewan Rakyat???

Keberangan Anwar Ibrahim itu hanya seketika apabila tertunduk malu dengan cabaran  Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempersoalkan kenapa Ketua Pembangkang itu tidak menyaman atau mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, sebaliknya Anwar Ibrahim terus membisu.
Jika benar dakwaan pemimpin BN dan NGO’s bahawa kenyataan Anwar Ibrahim itu bersifat menyokong Israel, kenapa Anwar Ibrahim tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Wall Stree Journal atas alasan memfitnahnya?

Namun, sehingga kini setelah beberapa bulan isu ini diketengahkan, Anwar Ibrahim tidak sekalipun mengambil sebarang tindakan. 

Biarpun Anwar Ibrahim dan pengikut setianya telah mengemukakan saman ke atas Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataannya yang disifatkannya sebagai ‘mencemarkan maruahnya’ namun ia tidak sedikitpun membimbangkan S. Nallakaruppan.

Malah, lebih membingungkan Anwar Ibrahim, S. Nallakaruppan sedikitpun tidak berganjak dan tidak akan menukar prinsip yang dipegangnya biarpun saman Anwar Ibrahim itu ditingkatkan kepada RM500 juta.

Ini berpegang kepada pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Justeru, tindakan Anwar Ibrahim itu disifatkan sebagai penakut kerana sebelum ini tidak mahu berdebat dan bercakap mengenai isu moral dan biseksual sebaliknya membawa isu ini ke mahkamah.

Sekali lagi ditegaskan S. Nallakaruppan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuatnya sebelum ini bahawa Anwar Ibrahim seorang pengamal biseksual dan bersedia saman yang dikemukakan Anwar Ibrahim ditingkatkan menjadi RM500 juta.

S. Nallakaruppan tahu sebab utama Anwar Ibrahim menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

Perlakuan Anwar Ibrahim itu selayaknya beliau diangkat menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang malah jauh sekali layak tinggal di bumi Malaysia. Orang sebegini yang akan menghancurkan belia dan muda-mudi dengan isu moral yang sangat teruk dan menjijikan. 

Wednesday, March 28, 2012



Tindakan PKR Petra Jaya membatalkan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah yang membabitkan 30 penyertaan kesemuanya disifatkan suatu yang mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Menjadi lumrah belia untuk bersukan dan berhibur, dan apabila perkara ini berlaku secara tiba-tiba maka peluang mereka untuk bersukan terjejas terus.

Dalam perkara ini Pengerusi Jawatankuasa Penganjur harus dipersalahkan 100 peratus kerana gagal memberikan keyakinan dan komitmen terhadap keseluruhan pertandingan.

Di sebalik pembatalan pertandingan itu, Pengerusi Penganjur, Mohammad Yusof Baharuddin seharusnya menyediakan kelengkapan khususnya padang yang sesuai untuk pertandingan. Alasan bahawa pembatalan pertandingan ini ada kaitannya dengan pengaruh politik adalah suatu tanggapan yang tidak profesional.

Belia yang menyertai pertandingan bola sepak ini sedikitpun tidak mencampuri urusan bersukan dan politik. Berbeza dengan penganjur yang cuba untuk menyuntik kebencian terhadap kerajaan dengan menyatakan andaian yang negatif terhadap kerajaan. Ini sesuatu yang tidak harus berlaku kepada penganjur.

Difahamkan pembatalan Pertandingan Bola Sepak itu disebabkan permohonan mereka sebelum ini bercanggah dengan permohonan asal mereka untuk menggunakan padang bagi tujuan pertandingan bola sepak dan bukannya Karnival Sukan Keadilan seperti yang didakwa penganjur.

Tindakan penganjur menyalahkan ahli Jawatankuasa Padang Sukan Kampung Gita yang membatalkan permohonan mereka ini adalah suatu yang tidak benar kerana perbezaan permohonan.

Sebagai penganjur, mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap pembatalan ini dan bukannya menyalahkan orang lain dalam hal ini. Diberitakan pembatalan permohonan PKR Petra Jaya ini telah diberitahu awal dan bukannya pada saat akhir seperti yang didakwa penganjur. Malah ahli Jawatankuasa Padang Sukan Kampung Gita telah memaklumkan bahawa padang bola sepak tersebut tidak dapat digunakan akibat rosak dan padang becak.

Penganjur seharusnya mempunyai alternatif untuk menyelesaikan perkara ini dan bukannya menunding jari kepada orang lain untuk dipersalahkan. Atau lebih mudah lagi jangan salahkan orang lain jika diri sendiri yang bersalah.

Jika benar dakwaan PKR Petra Jaya bahawa ada unsur pengaruh politik sehingga tidak membenarkan penggunaan padang itu untuk tujuan pertandingan, bagaimana pula dengan banyak program anjuran BN tidak dapat menggunakan kemudahan awam di Selangor? Malah lebih teruk lagi mereka membatalkan pertandingan pada hari perasmian. 

Friday, March 23, 2012



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bersetuju menjual tanah tapak masjid yang sebelum ini telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju mendapat tentangan daripada penduduk Islam Pulau Pinang.

Campur tangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berhak campur tangan malah menyentuh mengenai harta yang dikhaskan untuk orang Islam di Pulau Pinang. Perbuatan Lim Guan Eng amat merbahaya kerana menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia amnya.

Mengikut pelan asal sepatutnya tanah tapak tersebut dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan seterusnya diwakafkan oleh majlis berkenaan.

Sehubungan itu Lim Guan Eng didesak supaya mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP. Rakyat mahu Setiausaha Agung DAP itu tidak mendiamkan diri atas kejadian ini dan mahukan penyelesaian segera sebelum tindakan drastik diambil. 


Hanya kerana twitter, PKR menerusi wakil rakyat Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dalam pesanannya kepada Setiausaha Persatuan Penyokong-penyokong Kuil Sri Sitti Vinayagar Sungai Petani, V. Kumaraguru bahawa PKR tidak memerlukan sokongan kaum India dalam memenangi PRU-13 akan datang.

 
"Pakatan Rakyat tak berapa harap undi India" menurut Datuk Rashid Din.

Tindakan Rashid mengeluarkan kenyataan itu selepas berang dengan aduan yang dibuat V. Kumaraguru melalui SMS berhubung tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan sebuah kuil kecil di hadapan rumah seorang penduduk di Taman Patani Jaya di sini pada 18 Mac lalu.

Perlakuan Ahli Parlimen PKR itu membuktikan kepada rakyat Malaysia terutamanya masyarakat India bahawa sokongan mereka selama ini ke atas PKR dan Pakatan Pembangkang hanyalah sebagai alat mainan sahaja. Atas sebab itu, kebanyakan kebajikan yang melibatkan kaum India di beberapa negeri tadbiran Pakatan Pembangkang seperti Pulau Pinang mengenepikan kehendak dan kepentingan masyarakat India juga termasuk masyarakat Melayu.

Lihat sahaja kampung tradisi Kampung Buah Pala yang didiami majoriti penduduk berbangsa India secara terang diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim yang berjanji membantu tetapi sebaliknya hanya menabur janji kosong.

Oleh itu, bagi PRU-13 ini masyarakat India di Malaysia yang boleh mengundi perlu memikirkan kedudukan mereka sebagai rakyat Malaysia supaya tidak lagi ditindas seperti mana yang berlaku sekarang khususnya mereka yang berada di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang.

Demi kelangsungan anak cucu, berfikirkan dan bertindaklah demi masa depan mereka yang kini sudah jelas di bawah tranformasi yang dibawakan kerajaan. Jangan gadaikan masa depan anda hanya kerana janji-janji kosong. 

Thursday, March 22, 2012



Kejadian yang menimpa Azlan Abdullah telah membongkar rahsia siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian itu dan sumber kewangan DAP yang selama ini membiayai perjalanan politik DAP.

Mangsa, Azlan Abdullah bertekad untuk mendedahkan hubungan antara penyumbang kepada kempen DAP dan siapa sebenarnya Datuk Seri Lau Wei Kiong? Atas sebab itu, Azlan Abdullah kini menjadi sasaran utama gengster-gengster tajaan DAP yang berusaha untuk melupuskan bukti dan kaitannya dengan hubungan Datuk Seri Lau Wei Kiong dengan DAP dan genster serta kongsi gelap.

Usaha Azlan Abdullah ini seharusnya dihargai memandangkan usahanya untuk membongkar dalang dalam aktiviti DAP dan kegiatannya di sekolah-sekolah Cina dan persatuan-persatuan Cina di Kuching.

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan Azlan Abdullah di media baru seperti blog, you tube dan mengedarkan risalah di kawasan DAP Padungan membuatkan ramai rakyat di situ kini mula sedar. Kesedaran ini tidak baik bagi DAP kerana ini akan membuatkan diri mereka terdedah kepada kurangnya sokongan masyarakat Cina dan Melayu di kawasan Padungan.

Kegiatan maksiat di Kuching ada hubung kaitnya dengan DAP Sarawak yang menjadi punca kepada pendapatan mereka. Sehingga kini selepas pendedahan Azlan Abdullah, ramai penyokong DAP tidak berani tampil ke hadapan untuk menjawab tuduhan ke atas penyumbang dana kempen mereka dan mengambil jalan untuk berdiam diri kerana takut tidak ditaja pada PRU13 kelak.

Apakah jika DAP berkuasa di Sarawak maka mereka mahu menjadikan Kuching seperti Hong Kong yang menjadi syurga maksiat? Itu tidak mustahil kerana sumber kewangan DAP dan menaja gengster adalah berpunca daripada pendapatan maksiat. Inilah yang dimahukan DAP dan ini boleh meruntuhkan akhlak dan moral rakyat Sarawak. 


Sarawak dikejutkan dengan kejadian gengster apabila seorang aktivitis politik, Azlan Abdullah hampir mati apabila ditetak dengan parang oleh sekumpulan gengster yang dipercayai penyokong DAP di sebuah kedai di kawasan Padungan.

Kejadian yang berlaku pada 11 Mac lepas bukan sahaja menggemparkan rakyat Sarawak bahkan membongkar seribu satu macam cerita berhubung dengan kejadian tersebut.

Ramai yang menganggap perbuatan itu tidak seharusnya berlaku kerana bersikap pengecut dan menggesa pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini memandangkan ia melibatkan kes jenayah yang boleh membawa maut.

 
Mengimbas sumber yang boleh dipercayai, Azlan Abdullah ini adalah salah seorang daripada ‘ahli’ kongsi gelap yang bernaung di bawah kumpulan Naga Merah di Kuching. Kumpulan ini sering dijadikan alat DAP untuk menakutkan orang khususnya dalam ceramah-ceramah dan anjuran BN.

Difahamkan Azlan juga pernah menjalankan kerja-kerja samseng ini atas arahan dan tunjuk ajar kumpulan gengster upahan DAP. Ini bertujuan menakutkan ahli dan pemimpin BN supaya tidak terlalu radikal di kawasan yang dikuasai DAP dan pembangkang.

Ada hikmah di sebalik kejadian itu apabila nama Datuk Seri Lau Wee Kiong dipercayai mentor dan penderma kepada gengster tajaan DAP. Melalui tajaan itu, gengster itu beroperasi dan menjalankan kerja-kerja jahat mereka dengan menyusup dan menguasai persatuan-persatuan Sekolah Cina. Selain tajaan wang ringgi, industri seperti rumah pelacuran di Kuching juga dijadikan markas dalam mengumpul dana mereka yang selama ini bersembunyi di sebalik kelab-kelab malam.

Nilai tajaan bukan melibatkan ribuan ringgit malah jutaan ringgit bagi tujuan menghasut dan meracuni persatuan-persatuan Sekolah Cina bagi menentang kerajaan. DAP sanggup melaburkan duit mereka bagi tujuan mendapatkan kuasa dengan menghakis sokongan rakyat terhadap kerajaan biarpun selama ini kerajaan yang banyak membantu mereka ini. 


Jika sebelum ini Anwar Ibrahim ‘berani’ menyaman bekas rakan karibnya Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu berhubung isu pendedahan demi pendedahan yang dibuat mereka sejak kebelakangan ini terhadap tindakan dan perbuatan Anwar Ibrahim yang menyalahi moral. Tetapi, apabila Ummi Hafilda telahpun memulakan langkah untuk berceramah setiap minggu bagi menjelaskan kepada rakyat Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim?, Ummi Hafilda mencabar Anwar Ibrahim mengambil tindakan sama ke atasnya seperti mana yang dilakukan Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu.

Dengan hanya bermatlamatkan mahu mendedahkan rahsia yang selama ini tersimpan bagi membolehkan rakyat menilai siapa yang berada di pihak yang benar, Ummi Hafilda tidak takut untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim malah sanggu[ berhadap dengannya secara bersemuka bagi membincangkan moral dan perilaku Anwar Ibrahim sepanjang beliau mengenalinya secara dekat.

Jika berkesempatan, banyak isu yang membolehkan Ketua Pembangkang itu menyamannya termasuk pendedahan mengenai hubungan intim Anwar bersama isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin, tetapi sehingga kini tiada satupun saman mahupun dakwaan tersebut dibuat.

Dakwa Ummi Hafilda, Banyak kali saya dedahkan mengenai apa yang berlaku pada 30 Jun 1997 yang mana Shamsidar dibawa menaiki kereta mewah Daimler bernombor pendaftaran WBV 37 milik Nallakaruppan untuk bertemu Anwar di Tivolli Villa. Jadi kenapa tidak saman saya?

Tindakan tidak menyaman Ummi Hafilda itu boleh diterjemahkan bagaimana sikap Anwar Ibrahim yang sebenarnya tidak mahu lebih banyak temberangnya pecah dan diketahui umum. Malah, isterinya, Wan Azizah telah diarah untuk menutup mulut supaya tidak berlakunya kesan yang jelas ekoran dakwaan Ummi Hafilda biarpun Wan Azizah terpaksa menelan banyak perkara yang tidak baik daripada suaminya itu.

Secara nyata, Anwar Ibrahim kini tersepit dengan isu moral yang pernah dilakukannya dahulu atas nafsu serakahnya biarpun Mahkamah Tinggi ‘melepaskannya’ seketika dalam kes liwatnya terhadap Saiful biarpun peguambelanya, Karpal Singh menganggap perbuatan Anwar Ibrahim dan Saiful adalah ‘suka sama suka’ dan boleh dihalalkan. 


Selama ini, sejak penaklukan Pakatan Pembangkang yang dianggotai DAP, PKR dan PAS ke atas Selangor, ramai di kalangan pemimpin BN masih terbawa-bawa mereka sebagai pemerintah. Sehinggakan segala perkara yang dibawa pemerintah Pakatan Pembangkang di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang seperti Selangor kurang lantang diambil tindakan biarpun terdapat isu-isu yang menimbulkan keraguan seperti pasir haram, pemberian tender dan kontrak, dan sebagainya.

Bagi kebanyakan pemimpin BN negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang, mereka menganggap diri mereka masih lagi pemerintah sehingga takut untuk bertindak biarpun apa yang dilakukan kerajaan negeri itu boleh dipertikaikan.

Seminggu selepas persidangan Dewan Rakyat, DUN Selangor memulakan sidang dewan dengan Sultan Selangor mengarah pemerintah untuk menegakkan perpaduan khususnya di kalangan rakyat Selangor. Tidak sampai seminggu DUN Selangor bersidang, pemimpin pembangkang BN, Datuk Mohd Isa Kasim terpaksa membayar harga yang mahal ekoran kelantangannya mengkritik pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu sensitif dengan diarah keluar dewan.

Mohd Isa boleh diibaratkan sebagai ‘peguambela’ di kalangan pemimpin BN di Selangor biarpun menerima amaran keras daripada Speaker DUN , Datuk Teng Chang Khim. Atas dasar perjuangannya untuk membongkar isu-isu yang selama ini disembunyikan kerajaan Selangor, Mohd Isa tidak takut malah menggunakan kedudukannya sebagai pembangkang di Selangor untuk menegakkakn kebenaran.

Dalam kejadian itu, hanya disebabkan ketegasan Mohd Isa menyoal dan mengemukakan soalan kepada Menteri Besar Selangor berhubung pengurusan kewangan negeri yang disifatkan sebagai meragukan.

Pokok kepada persoalan itu apabila sebelum ini Khalid Ibrahim mendakwa Kerajaan Selangor terdahulu peimpinan BN tidak berbelanja dengan cermat wang negeri termasuk mengenai projek-projek yang bernilai RM20 juta telah menjadi RM40 juta.

Dakwaan itu tiada bukti sebaliknya Khalid Ibrahim bersikap menuduh dengan andaian bahawa rakyat Selangor terperangkap dengan dakwaan itu. Ini menyebabkan Mohd Isa yang mewakili BN menangkis dakwaan itu yang disifatkan sebagai tuduhan melulu dan fitnah.

Wednesday, March 21, 2012



Semalam Dewan Rakyat dikecohkan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila keseluruhan pemimpin mereka menolak dan tidak mengundi bagi pembentukan PSC. Penubuhan PSC berhubung isu kilang nadir Lynas di Gebeng, Pahang atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas. Biarpun dibantah kesemua pemimpin Pakatan Pembangkang namun ia tetap diluluskan selepas mendapat persetujuan Dewan Rakyat menerusi pemimpin BN.

Bersandarkan kepada perbandingan Kilang Lynas di Pahang, Kilang Photovoltaic yang terletak di Pulau Pinang tidak diambil sebarang tindakan daripada Kerajaan Pulau Pinang mahupun Pakatan Pembangkang. Bagi menutup kelemahan dan kesan akibat dari Kilang Photovoltaic, Pakatan Pembangkang memperbesarkan masalah Kilang Lynas sehingga mengadakan Himpunan Hijau di Pahang baru-baru ini.

Persoalan di sini, kenapa Pakatan Pembangkang tidak mengadakan Himpunan Hijau bagi menutup Kilang Photovoltaic yang dikatakan mempunyai risiko yang tinggi kepada rakyat di Pulau Pinang? Ini seolah-olah Pakatan Pembangkang mengamalkan double standard.

Pembinaan kilang Photovoltaic di Pulau Pinang dikatakan mempunyai kesan negatif yang tinggi kepada rakyat Pulau Pinang khususnya kesihatan rakyat yang tinggal berdekatan. Loji pengeluaran solar yang bernilai RM2.2 bilion yang diusahakan Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di China itu akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar sehingga menjejaskan kesihatan rakyat.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kilang Photovoltaic seumpamanya di China terpaksa dan diarah tutup ekoran risiko kesihatan yang telah menjejaskan kehidupan rakyat.

Pembuatan Photovoltaics telah diketahui mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan manusia, ianya terbukti di terbukti di Wilayah Zhejiang di mana sisa buangan dari sebuah loji pengeluar sel solar telah menghapuskan industri perikanan tempatan.

Adalah tidak mustahil kejadian ini juga berlaku ke atas penduduk di Batu Kawan, Pulau Pinang. Bagaimanapun, nasib mereka kini terletak di tangan Kerajaan Pulau Pinang untuk menghentikan penubuhan loji.

Pembinaan loji dijadualkan bermula akhir tahun lepas dengan proses pengeluaran bermula akhir tahun 2013.

Tenaga solar tidak mencemarkan alam sekitar apabila mereka menjana tenaga elektrik namun proses penghasilan dan penyimpanan bahan sisa melibatkan bahan kimia yang berbahaya dan toksik.

Bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan dari proses pembuatan yang termasuk: 

1.  Plumbum( lead) sangat toksik kepada sistem saraf, sistem endokrin, sistem kardiovaskular, dan buah pinggang.

2.    Brominated diphenylethers (PBDEs) bahan toksik dan karsinogenik, menganggu sistem  endokrin.

3.    Kadmium (cadmium) sangat toksik,mengganggu buah pinggang, hati, tulang, dan kerosakan darah akibat pemakanan dan kanser paru-paru daripada penyedutan. Kesan kesihatan akut daripada penyedutan Kadmium termasuk pneumonitis, edema pulmonari dan kematian.

4.         SulphurHexafluoride digunakan untuk membersihkan reaktor serta dalam pengeluaran silikon , berpotensi menyebabkan gangguan gas rumah hijau (greenhouse gas)

5.         Arsenic meningkatkan risiko kanser.

6.     Silikon menyedut habuk silikon boleh menyebabkan kesan yang merbahaya kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan silikosis

Tuesday, March 20, 2012



Sebelum ini PBB N.40 Meradong bergerak ke depan bagi membincangkan tentang masa depan status tanah dibeberapa kawasan Kampung Muhibah Bintangor supaya tidak dirobohkan. Bagaimanapun, tindakan PBB itu telah dimanipulasi pihak tertentu kononnya kekerapan PBB pergi ke Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Sarikei adalah bertujuan untuk merobohkan rumah yang dibina di atas tanah tersebut.

Ini jelas suatu provokasi bagi mengelirukan penduduk Kampung Muhibah bahawa kerajaan BN dan PBB tidak prihatin dengan keperluan rakyat.

Memandangkan kini hampir tiba PRU-13, maka ramai pihak khususnya PKR dan DAP mengambil kesempatan untuk menabur fitnah dan sekaligus mempengaruhi minda rakyat. Sentimen ini kian memuncak apabila PKR dan DAP bertelagah kerana mahu bertanding di kawasan tersebut. DUN N.40 Meradong terletak dalam Parlimen Sarikei yang menjadi perebutan kedua-dua parti itu.

Parlimen Sarikei berpotensi besar dimenangi Pakatan Pembangkang kerana majoriti pengundinya Cina. Atas sebab itu, kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang berebut-rebut untuk bertanding di kawasan itu. Bagaimanapun, pastinya BN tidak akan memandang mudah ke atas cita-cita Pakatan Pembangkang itu. Sebelum ini, Parlimen Sarikei di sandang pemimpin BN-SUPP.

Pemuda PBB yang mewakili PBB N.40 Meradong menegaskan pihaknya tidak pernah berbuat demikian malah sentiasa memperjuangkan hak penduduk Kampung Muhibah.

“Selama ini kami bersama ADUN Semop, Abdullah Saidol turun naik ke Pejabat JTS untuk membincangkan status beberapa rumah di kawasan berkenaan agar tidak dirobohkan. Bagaimanapun, ianya berlaku sebaliknya apabila didakwa cuba merobohkan rumah di kawasan tersebut.

Difahamkan masalah ini telahpun selesai pada tahun lepas selepas perbincangan YB Abdullah Saidol dengan JTS. 

Monday, March 19, 2012



Kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah bekas anggota tentera, Ahmad bin Sabang, 71, telah mendapat pembelaan sewajarnya apabila kerajaan bersetuju membantu dalam membina rumah baru yang bernilai RM50,000.

Sumbangan itu telah membuatkan Ahmad berasa lega dan terharu di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan. Biarpun begitu, Ahmad tetap mengenangkan rumahnya yang disifatkannya mempunyai seribu satu macam kenangan. Ini disebabkan rumah itu adalah peninggalan keluarganya yang mula-mula mendiami kawasan itu yang kini terletak di tengah-tengah bandar Kuching.

Selain bantuan rumah, keluarga Ahmad juga menerima sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan pakaian. Sejak kejadian kebakaran itu, keluarga Ahmad tidak putus-putus menerima bantuan khususnya daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala, yang menjadi persoalan tiada seorangpun pemimpin wakil rakyat daripada DAP mahupun PKR yang merupakan wakil rakyat di kawasan itu menampakkan muka atau melihat kejadian itu.

Pada majlis itu, PBB DUN N.11 Batu Lintang yang diketuai Dato’ Haji Idris Buang bersama dengan SUPP Parlimen Bandar Kuching serta Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan KEMAS telah bekerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan tapak rumah Ahmad Sabang. Gotong-royong ini dilakukan bagi memberi ruang kepada pembinaan rumah baru yang dijadualkan akan dibina tidak lama lagi.

 
Biarpun rumah ini terletak di kawasan Pakatan Pembangkang, iaitu dalam Parlimen P.195 Bandar Kuching yang diwakili DAP manakala DUN N.11 Batu Lintang diwakili PKR, namun ia tidak sedikitpun memberikan tekanan dan meruntuhkan semangat untuk membantu rakyat. Malah, rakyat di Sarawak dan Malaysia keseluruhannya perlu berasa berbangga kerana mempunyai kerajaan yang prihatin akan masalah rakyat khususunya ketika menghadapi bencana dan musibah yang tidak diduga.

Mengulas pemberian itu, Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN kerana menghulurkan bantuan. Biarpun rumah asal telah musnah namun pemberian kerajaan ini telah banyak membantu kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Paling bersyukur, dalam kejadian itu tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa hanya melibatkan kemusnahan harta benda.

Turut hadir di majlis Prihatin Merpati Putih BN ialah Timbalan Datuk Bandar MBKS, Haji Affendi, wakil SUPP, Sin Hua Tong, Pengarah JASA Sarawak, Hassan bin Busu dan Pengarah KEMAS, Haji Abang Rabee bin Abang Muhi. Turut sama membantu gotong-royong itu pegawai dan kakitangan JASA Sarawak, KEMAS Sarawak, PBB, SUPP dan penduduk setempat. 


Bagi menghalalkan tindakan dan perbuatan Anwar Ibrahim terhadap sokongannya ke atas Israel, PAS boleh dianggap parti ‘radikal’ Islam yang menyokong kepimpinan Yahudi. Ini kerana kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang membenarkan orang Islam bekerjasama dengan Yahudi bukan berfahaman Zionis.

Kenyataan Hadi Awang itu telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tindakan Hadi Awang itu seolah-olah membenarkan keganasan yang dilakukan Yahudi dan Israel ke atas rakyat Palestin.

“Adalah tidak wajar untuk seorang ulama mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana tanpa disedari ia telah memberi implikasi negatif dan prejudis terhadap masyarakat Malaysia.

Malah tidak keberatan dikatakan kenyataan itu bertujuan untuk menyelamatkan maruah dan imej Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang terjejas teruk akibat menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Dalam konteks Yahudi, ternyata PAS masih cetek ilmunya dan telah dikaburi oleh bayangan Yahudi yang selama ini membantu perjuangan Pakatan Pembangkang seterusnya PAS dalam menakluk Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

Hadi Awang harus menyedari bahawa hegemoni Zionis dan Zionis itu membawa maksud negatif dalam benak fikiran masyarakat dunia hari ini.

Kenyataan Hadi Awang itu seumpama mahu menyamakan konsep kerjasama antara bangsa Yahudi dengan masyarakat Islam di zaman Nabi Muhamad S.A.W, ia tetap tidak boleh diterima kerana situasi politik ketika ini terlalu berbeza dan tidak lagi relevan.

Abdul Hadi sebaliknya tidak perlu menyatakan pandangan sedemikian kerana sememangnya hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan Yahudi telah terbentuk sejak azali lagi kecuali hubungan diplomatik.

Sebaliknya, kenyataan itu bersifat propaganda parti yang sebenarnya bertujuan membantu perkukuhkan kenyataan Anwar Ibrahim demi menarik semula kepercayaan rakyat terhadap Ketua Pembangkang.

Kenyataan Hadi Awang itu juga disifatkan sebagai pemimpin Islam yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga perasaan masyarakat negara khususnya orang Islam. beliau boleh berkata apa saja sehingga lupa perjuangan agama dan bangsa asalkan terus popular demi mendapatkan kuasa memerintah.

Sunday, March 18, 2012



Isu menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di hadapan PWTC yang dilakukan kelompok mahasiswa pro-Anwar Ibrahim telah mencetuskan kemarahan rakyat.

Biarpun bukan isu yang sama, tetapi perbuatan penyokong pembangkang membakar bendera BN dan UMNO di jalan masuk ke Taman Malinja dalam Parlimen Merbok. Sebanyak 14 bendera BN dan 6 bendera UMNO dibakar.

Dakwaan perbuatan tersebut dilakukan penyokong pembangkang ada asasnya kerana pembangkang telah mengadakan sesi ceramah politiknya di kawasan tersebut. Pada malam tersebut ceramah pembangkang telah dihadiri penyokong mereka dan didakwa berlaku samseng sehingga menakutkan penduduk di kawasan Taman Malinja.

Kejadian membakar bendera ini bukanlah perkara baru bahkan telah banyak kali berlaku kekacauan yang ditimbulkan penyokong pembangkang. Yang lebih mendukacitakan perbuatan membakar bendera dan mengoyak poster pihak lawan seakan-akan dihalalkan Pakatan Pembangkang. 

Hanya berani dalam negara atau lebih tepat lagi ‘jaguh kampung’ Anwar Ibrahim yang dilabel oleh penyokongnya sebagai Al-Juburi tidak berani berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England.

Anwar Ibrahim sebelum ini telah meminta penganjur “Forum WikiLeaks” mengeluarkan nama Raja Petra daripada senarai peserta forum itu yang berlangsung di Kent, England. Tindakan itu dikatakan sebagai kehadiran Raja Petra tidak relevan dalam forum itu.

Semalam, akhbar melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar “chicken” (pengecut) setelah meminta dirinya dikeluarkan daripada senarai peserta jemputan dalam forum itu.

Ramai yang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengecut untuk berhadapan dengan kebenaran yang selama ini menjadi duri dalam daging. Jika sebelum ini, Anwar Ibrahim secara terang mengutuk semua kenyataan Raja Petra berhubung pendedahan demi pendedahan ke atas pekung Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang. Namun, apabila cuba hendak berhadapan dengan Anwar Ibrahim, pelbagai alasan diberikan.

Inilah jaguh kampung yang diagung-agungkan penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang. Cakap tak serupa bikin.

Berlagak seperti samseng, DAP Sarawak yang diketuai ADUN Padungan, Wong King Wei telah bersama Frusis Lebi, pekebun yang diberhentikan bantuan kebajikannya atas sebab bukan OKU dan menjadi penyokong tegar Pembangkang semasa PRN Sarawak, April lepas telah bertindak samseng dan kurang ajar terhadap pengawal keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga.

Difahamkan kumpulan DAP itu telah merempuh sehingga berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan. Rempuhan itu ekoran larangan pengawal keselamatan yang menghalang kumpulan itu memasuki pejabat SPRM dan Bangunan Sultan Iskandar atas alasan mereka memakai baju ‘roket’ yang berlambangkan parti.

Turut mengiringi Wong King Wei ialah ADUN Batu Kawah, Christina Chew dan Ketua DAP Sri Aman, leon Jimat Donald.

Kejadian yang berlaku jam 10.30 pagi itu telah menyebabkan ‘mereka’ menjadi perhatian orang ramai yang berurusan di Bangunan Sultan Iskandar. Tidak ketinggalan ada di kalangan orang ramai yang mencaci tindakan YB’s DAP itu yang disifatkan kurang ajar kerana tidak memathui peraturan dan undang-undang.

Sebelum ini, orang ramai yang berurusan di Bangunan Sultan Iskandar khususnya di jabatan-jabatan kerajaan tidak menjadi masalah kerana mereka mematuhi undang-undang.

Bagaimanapun, perkara ini atau peraturan yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan dengan tidak diikuti atau dipenuhi wakil rakyat DAP. Malah, mereka lebih bersikap aggresif dengan bertindak kasar. Jika ini berlaku, bagaimana pula agaknya apabila mereka memerintah?

Hanya disebabkan tidak mahu menukar baju dan tetap dengan keputusan mereka itu menyebabkan kumpulan itu tidak dapat memasuki pejabat SPRM.

Itulah DAP yang bukan sahaja parti kurang ajar tetapi juga samseng dengan tidak mahu mengikuti peraturan yang ditetapkan. Jika orang ramai boleh mematuhi undang-undang kenapa tidak wakil rakyat DAP? Hanya kerana wakil rakyat, apakah ini lesen kepada menghalalkan perbuatan samseng???

Friday, March 16, 2012



Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menemplak Perdana Menteri kerana cuba mengelirukan rakyat Selangor berhubung kenyataannya yang menyatakan transformasi gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Malah, lebih danggal Faekah menjelaskan kenyataan itu amat tidak bertanggungjawab.

Hanya disebabkan tidak membayar cukai tanah maka jalan terakhir yang digunakan Kerajaan Selangor adalah dengan mengambil tanah tersebut daripada YBK. Umum mengetahui bahawa YBK dibina bertujuan untuk membantu golongan rendah dan miskin di Selangor dalam menyediakan prasarana dan pendidikan terhadap golongan tersebut.

"YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah.

Yang jelas, Kerajaan Selangor lebih mengutamakan keuntungan berbanding membantu rakyat khususnya rakyat Selangor yang miskin dan memerlukan pendidikan.

Berdasarkan arahan terbaru Faekah Husin ini membuatkan ramai pemimpin politik PKR dan DAP mahupun PAS terasa ekoran ‘suara’ Faekah Setiausaha Politik Menteri Besar itu mempunyai sama tarafnya dengan Khalid Ibrahim.

Thursday, March 15, 2012


Kerajaan Selangor sebelum ini dipalitkan dengan isu sampah bercadang membeli lori sampah bagi menyelesaikan sampah sarap di Selangor. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Thian Kiew. Bagaimanapun, cadangan membeli lori sampah yang diusahakan Kerajaan Selangor tidak memberikan makna dalam penyelesaian masalah sampah sarap yang menghantui rakyat Selangor.

Kerajaan Selangor dijangka menerima lori sampah secara berperingkat-peringkat dan bagi peringkat pertama penerimaan adalah selewat-lewatnya April ini sebanyak 50 buah lori sampah.

Isu sampah sarap di Selangor bukanlah berpunca daripada kekurangan lori sampah sebaliknya berpunca daripada sikap Kerajaan Selangor yang telah menamatkan tender kontraktor yang selama ini mencari makan dengan memungut sampah sarap di Selangor dan seterusnya menjaga kebersihan Selangor.

Tindakan Kerajaan Selangor itu bukan sahaja menamatkan mata pencarian kontraktor tersebut yang kebanyakannya Bumiputera sebaliknya menjadikan Selangor lebih kotor daripada sebelumnya.

Kerajaan Selangor sebelum ini menamatkan kontraktor yang sedia ada dengan menggantikan kontraktor lain yang dipercayai mempunyai kepentingan politik kepada pemimpin politik Pakatan Pembangkang.

Setiap kali mendengar berita di akhbar mahupun di televisyen dan media sosial berkaitan Selangor, isu sampah menjadi tajuk utama. Malah rakyat Selangor yang selama ini lama menahan sabar akhirnya bersuara kerana tidak tahan lagi terseksa mencium bau busuk. Alasannya, bau busuk itu datangnya dari sampah sarap yang tidak dikutip selama beberapa minggu dan ada yang mencapai berbulan-bulan.

Bagaimanapun, sehingga kini isu sampah masih belum selesai bahkan lebih parah lagi apabila Kerajaan Selangor membeli lori sampah yang dijangka tidak akan menyelesaikan masalah sampah sarap. 


Seperti mana Pembangkang yang sebelum ini menjadikan Dewan Rakyat sebagai gelanggang untuk mengaibkan pemimpin kerajaan dan Bebas, pada Selasa lepas dewan dikejutkan dengan tindakan berani Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ‘menelanjangkan’ Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya yang menyokong Israel.

Sebelum ini Anwar Ibrahim berdolak dalih dengan memutarbelitkan kenyataannya sebagai salah tafsiran dan pelbagai macam putar belit. Selasa lepas seperti hari-hari yang ditunggu Khairy Jamaluddin untuk ‘menyerang’ Anwar Ibrahim daripada segenao penjuru.

Seperti tidak disangka, Anwar Ibrahim ‘tertunduk’ dan membisu seolah-olah kenyataan Khairy Jamaluddin telah membuatkannya terpaku layu.

Lebih mengujakan lagi suasana seorang penyokong kerajaan membuktikan bahawa sokongan Anwar Ibrahim itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Pelbagai macam Anwar Ibrahim menyatakan maksud kenyataannya itu namun tidak ada satupun yang boleh diterima pakai. Untuk lebih detail lagi, Khairy Jamaluddin menjelaskan maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

Ulasan terbaru pemimpin BN itu terhadap kenyataan Anwar Ibrahim seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel.

"Saya baca semula kenyataan Ketua Pembangkang di dalam WSJ. Kenyataan ini ada dua bahagian, maksud yang disampaikan tadi iaitu 'to support all effort to protect security Israel' tidak ada contingent (syarat), yang ada contingent merujuk kepada iktiraf kerajaan dan negara Israel.

Pada 26 Januari lalu, WSJ menyiarkan kenyataan Anwar. Berikut adalah kenyataan asal Ketua Pembangkang itu: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Setelah terpaku seketika Anwar Ibrahim bingkas bangun dan tidak membenarkan Khairy meneruskan celahannya apabila Ahli Parlimen Rembau itu berjaya membuka mata wakil rakyat mengenai contingent (syarat) itu.

Khairy yang masih tidak berpuas hati cuba sekali lagi mencelah tetapi Ahli Parlimen Rembau itu kemudian diminta duduk oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wednesday, March 14, 2012


UMNO Selangor yang bertindak sebagai pembangkang di Selangor telah ‘berjaya’ membuatkan PKR dan koncu-koncunya PAS dan DAP berasa gusar dan tidak senang duduk. Ini kerana, bahan bukti terbaru yang mengaitkan Ketua Pembangkang dengan Israel dan Yahudi AS telah berjaya dijumpai. Kejayaan bukti terbaru itu, telah mendesak Anwar Ibrahim untuk membalas tuduhan itu.

Jika Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berdiam diri, nescaya dakwaan UMNO Selangor bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dan meminta bantuan Israel dan NGO’s adalah benar.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed hari ini mengumumkan bukti-bukti yang menunjukkan Anwar Ibrahim menerima bantuan Israel dan Yahudi serta Konrad Adeneur Foundation (KAF. Yang lebih membanggakan, bukti-bukti itu datangnya dari sumber dalaman PKR sendiri yang telah ‘muak’ dengan tingkahlaku Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menjual negara.

KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar Ibrahim.

Strategi KAF ialah bersama PKR dalam menggerakkan operasi di negara ini melalui dua pendekatan yang dikenali sebagai 'dialog politik' termasuk ceramah dan 'pembangunan media' untuk merealisasikan agenda tersebut.

KAF yang juga salah satu cabang di bawah NED iaitu National Democratic Institute for International Affairs (NDI) didakwa turut terlibat secara langsung membantu PKR dan Anwar Ibrahim dari segi dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di Malaysia.

Lebih menggembirakan Anwar Ibrahim, NDI didakwa menyediakan buku panduan yang menggariskan pendekatan dan kaedah untuk PKR memenangi pilihan raya khususnya dalam mengekalkan Selangor.

Cakap-cakap Mohd. Zin Mohamed itu bukan omongan kosong seperti yang didakwa sesetengah pemimpin PKR yang selama ini taksub dengan perbuatan Anwar Ibrahim biarpun secara terang-terangan melakukan perbuatan liwat walaupun berjaya membebaskan diri daripada hukuman di Mahkamah.

Ramai berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Anwar Ibrahim meliwat atas alasan kesilapan teknikal. Keputusan kesilapan itu tidak dapat diterima rakyat dengan menyifatkan Anwar Ibrahim bermain tarik tali dalam kes liwatnya itu.

Antara bukti yang menjadi senjata utama UMNO Selangor adalah buku panduan yang diterbitkan NDI itu turut diterjemah kepada beberapa bahasa iaitu bahasa Melayu, Tagalog, bahasa Indonesia dan Thailand.

Tindakan NDI mengalihkan bahasa buku panduan itu boleh dikatakan sebagai menjadi ‘kitab’ kepada pakatan pembangkang khususnya PKR. Apa rasionalnya pihak asing memberi panduan kepada PKR untuk menguasai politik negara ini kalau tidak disusuli dengan agenda-agenda tertentu.

berdasarkan buku panduan yang dikenali sebagai 'Buku Panduan Perancangan Kempen Politik' antaranya menyentuh mengenai pendekatan menyebarkan dakyah bahawa kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

Anwar Ibrahim sendiri pernah mengucapkan mengenai 'Arab Spring' bagi memberi idea kepada rakyat bahawa 'Malaysia Spring' akan berlaku. Beliau menggunakan pengaruh golongan muda dan contoh-contoh kejatuhan rejim di negara-negara Asia Barat untuk menghasut rakyat membenci pemimpin mereka. Semua itu merupakan idea dan buah fikiran KAF dan NDI.

Berdasarkan maklumat yang diterima, KAF juga turut menaja ejen-ejen yang terpilih dalam pakatan pembangkang untuk mengikuti latihan meliputi penyusunan propaganda; gerak kerja unit khas DUN dan pasukan Khas; Perisian SisMap serta menggodam e-mel individu yang disasarkan terutamanya agensi kerajaan.

Kita tunggu reaksi Anwar Ibrahim terhadap kenyataan terbaru UMNO Selangor.

Monday, March 12, 2012


Langkah dan keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu dicontohi pemimpin pembangkang yang terpalit dengan dakwaan skandal, rasuah dan seks.

Walaupun ditelan pahit, namun demi perjuangan dan relevan BN di mata rakyat, Shahrizat Abdul Jalil mengambil pendekatan ‘terbaik’ biarpun secara asasnya beliau tidak terlibat secara langsung dalam kes NFC itu.

Melihat kepada kesanggupan Shahrizat itu, inilah pemimpin cakap serupa bikin, siasatan berkaitan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) masih lagi dijalankan, namun sanggup melepaskan jawatan.

Tindakan Shahrizat itu juga dilihat sangat bermaruah dan berani daripada pemimpin pembangkang yang tidak malu untuk terus memegang jawatan meski pun berdepan dengan pelbagai kesalahan.

Tidak seperti sesetengah pemimpin Pakatan Pembangkang yang sudah terpalit dengan skandal video seks dan perbuatan seksnya masih mahu berjuang dalam politik atas alasan kehendak parti biarpun rakyat secara terang menolaknya.

Biarpun ada di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang yang gembira dengan keputusan Shahrizat itu khususnya mereka yang mendesak Shahrizat berundur sebelum ini, namun ada juga pemimpin Pakatan Pembangkang yang kecewa kerana mereka selepas ini tiada modal politik untuk menyerang Kerajaan BN melalui NFC.

Apa pun selepas ini, perjuangan Shahrizat pastinya mahu membersihkan namanya yang kini sedang hangat difitnah Pakatan Pembangkang. Allah s.w.t sentiasa bersama hambanya yang menjadi kezaliman orang lain.

Saturday, March 10, 2012


Dalam kenyataan terbaru, Nik Aziz meminta rakyat khususnya masyarakat di Kelantan menganggap dirinya sebagai artis.

Artis adalah adalah kepunyaan rakyat atau ‘public figure’ dan rakyat perlu meniru daripada artis itu. Sama meniru yang baik atau buruk, terpulanglah kepada rakyat. rakyat juga boleh menolak artis yang jauh menyimpang daripada landasan agama dan budaya di Malaysia.

Dalam keghairahan mengejar glomor, Nik Aziz juga menyelar beberapa artis yang mengenakan pakaian yang menjolok mata dan tidak menutup aurat serta berperangai seperti ‘bukan manusia’.

“Saya sangat dukacita apabila ‘kurniaan’ artis ini disalahgunakan sehingga dikait dengan banyak perkara maksiat. Hal ini disebabkan dunia diperintah dan dikuasai Barat yang menjadikan pengertian artis ini lebih sempit dari sebenarnya.

Justeru, mana-mana artis yang sebelum ini telah terjerumus dalam kancah maksiat hendaklah segera bertaubat dan meniru Nik Aziz yang bukan sahaja ‘warak’ dalam agama bahkan boleh memberi kaunseling kepada artis yang bermasalah. 

Selangor Kotor. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan ke atas apa yang sedang berlaku di Selangor ekoran penyelewangan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Selain membuat laporan polis, CASSA juga menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Keputusan menubuhkan satu pasukan khas itu adalah desakan orang ramai yang kini sangat tidak berpuas hati dengan isu pemberian kontrak sampah yang disifatkan mengandungi unsur-unsur rasuah dan tidak telus.

Lebih menghairankan bagaimana kontraktor yang dilantik itu boleh mengutip sampah di 3 zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini. Malah, disebabkan itu banyak tempat yang mengalami masalah kutipan sampah sehingga menimbulkan bau busuk.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah.

Isu ini bukan baru bahkan telah berlaku sebaik sahaja Pakatan Pembangkang mengambilalih pentadbiran Kerajaan Selangor. Kini, rakyat Selangor sudah tidak tahan dengan bau busuk dan menyalahkan Kerajaan Selangor dalam hal ini.

Menjelang PRU-13, PKR dan Pakatan Pembangkang sibuk berpolitik dan mengenepikan masalah kutipan sampah yang melanda rakyat Selangor. Ini membuatkan rakyat Selangor resah dengan keadaan ini dan tidak teragak-agak mahu menukar Kerajaan Negeri pada PRU-13 akan datang.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!